PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

14 February 2007

kutv tidak dapat hadir mesyuarat panitia khb ert

KETIDAKHADIRAN KUTV

KUTV memohon maaf kepada ahli mesyuarat panitia KHB ERT kerana tidak dapat hadir mesyuarat panitia pada 15.02.2007 di SMK Dato Hj Kamaruddin.

Pada tarikh yang sama, JPNS menghendaki semua KUTV hadir mesyuarat MPV di SMK Seri Serdang. Jika mesyuarat di Serdang ini habis awal dan KUTV dapat balik awal, InsyaAllah KUTV cuba untuk berjumpa dalam mesyuarat panitia. Jika keadaan tidak mengizinkan, ahli-ahli panitia dikehendaki meneruskan mesyuarat diketuai oleh Pengerusi/Penolong Pengerusi/ Naib Pengerusi/ Setiausaha sendiri.

Aggaplah catatan pada blog ini sebagai ucapan KUTV.

Terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir mesyuarat ini. Selamat datang kepada ahli-ahli baru seperti SMA Tinggi KKB dan SMK Syed Mashor yang baru menawarkan ERT tingkatan Satu tahun 2007.

Panitia peringkat daerah dikehendaki membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2007, pada masa yang sama menyediakan laporan tahun 2006 sebagai persiapan, jika JPNS memanggil setiausaha panitia bermesyuarat peringkat negeri pada bulan Mac.

Tahniah pada sekolah yang berjaya mendapat 100% dalam peperiksaan PMR tahun 2006. Bagi sekolah yang tidak dapat mencapai 100% bukan bererti guru-guru tidak berusaha, tetapi mungkin Allah tidak mahu membenarkan harapan semua sekolah ditunaikan.

Pastikan segala keperluan sebelum mesyuarat disediakan oleh tuan rumah. Begitu juga segala keperluan selepas tamat mesyuarat panitia ini.

Sebagai makluman, edaran Anugerah Bengkel Gemilang KHB akan dilaksanakan pada tahun ini. Surat edaran itu boleh juga diambil dari alamat internet yang disediakan pada blog ini. Semua guru boleh juga mendapatkan kertas konsep anugerah ini. Hanya sekolah yang menawarkan keempat-empat subjek ini akan dipertimbangkan untuk mendapat anugerah keseluruhan. Sekolah lain hanya boleh dipertimbangkan anugerah mengikut kategori sahaja. Segala bentuk hadiah yang ditawarkan juga dicatatkan.

Anugerah ini sebagai usaha menggalakkan sekolah menawarkan semua subjek KHB, pada masa yang sama untuk mencari bengkel KHB yang boleh dijadikan contoh terbaik di daerah dan negeri. Selama hari ini kebanyakan bengkel KHb di sekolah gagal diuruskan dengan baik.

Satu format bagaimana menyediakan rekod-rekod penting di dalam bengkel juga disediakan oleh JPNS. Format ini telah diedarkan lebih awal. Semoga format ini dapat dirujuki oleh semua guru.

Segala maklumat yang bekaitan, boleh dirujuk pada KUTV. Tuan-tuan boleh membaca terus maklumat anugerah ini. KUTV berharap semua guru KHB dapat berganding bahu untuk menjayakan program ini. Semua sekolah akan dilawati oleh pemantau. Pemantauan peringkat negeri akan dilaksanakan pada bulan April - Mei. Peringkat negeri akan dijalankan pemantauan pada bulan Julai.


Pada masa yang sama KUTV berharap semua ahli mesyuarat dapat melayari blog KUTV, di blog ini KUTV berusaha menyebarkan maklumat secara cepat yang mungkin. Semuanya dipelawa untuk mengisi ruangan blog yang disediakan untuk warga pendidik bidang teknik & vokasional. KUTV bersedia menerima bahan untuk disiarkan melalui blog ini. Jika puan-puan mempunyai laman web atau blog sendiri, puan-puan boleh serahkan alamat web untuk saya buatkan pautan dengan blog KUTV.

Semoga mesyuarat berjalan dengan baik.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
14.02.2007
26 muharam 1428.