PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

03 February 2007

pipp

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG BERKAITAN TENTANG PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006-2010) DI WEB KPM:
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=lihat_info&info=pengumuman&id=292&bhs=my

Semua lapisan warga pendidikan boleh membacanya. Saya pasti mulai daripada sekarang topik ini akan dibincangkan dengan meluas. AJK peringkat negeri, daerah malahan peringkat sekolah perlu diwujudkan. Jika ingin menonton bagaimana guru-guru di kawasan pendalaman Sabah menjalani kehidupan di sekolah dan pelancaran oleh PM Malaysia pada 19 Januari 2007 yang lalu, boleh klik pada alamat URL di atas.

Semoga kita akan berjaya melaksanakan semua yang digariskan dalam PIPP ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
03.02.2007
15 Muharam 1428.

mesyuarat panitia KHB KT daerah 2007

MESYUARAT PANITIA KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

TARIKH : 27 FEB 2007.
MASA : 02.00 PETANG
TEMPAT : SMK KALUMPANG

Semua guru panitia KHB KT peringkat sekolah dikehendaki hadir mesyuarat KHB ini. Sila bawa set soalan yang telah ditetapkan oleh pihak pengerusi atau setiusaha panitia peringkat daerah. Surat panggilan mesyuarat diedarkan pada 05.02.2007.

Sekolah yang menawarkan subjek ini ialah:
  1. SMK KKB
  2. SMK Kg Soeharto
  3. SMK Kalumpang
  4. SMK Gedangsa
  5. SMK Bukit Sentosa
  6. SM Sains Hulu Selangor
  7. SMK Ampang Pecah
  8. SMK Bdr Baru Btg Kali
  9. SMK Bdr Sg Buaya
  10. SMk Tmn Bunga Raya(1)
  11. SMk Syed Mashor
  12. SMK Dato Hj Kamaruddin
  13. SMK Serendah

Semua sekolah di atas mempunyai kelas peringkat tingkatan 1,2 dan 3.

Sekolah yang tidak menawarkan subjek ini ialah;

  • SMK Sg Choh
  • SAM Tinggi KKB
  • SAM Sg Selisek

Pengerusi melalui setiausaha panitia peringkat daerah dikehendaki menguruskan mesyuarat ini. sila pasti segala hal berkaitan panitia dapat diuruskan dengan baik. Tolong sediakan:

  1. Kedatangan dan tandatangan ahli panitia
  2. Minit mesyuarat panitia
  3. Perancangan aktiviti panitia sepanjang tahun.

Pada bulan Mac nanti setiausaha panitia daerah akan dipanggil mesyuarat peringkat negeri untuk membentangkan:

  • Laporan aktiviti sepanjang tahun 2006.
  • Perancangan aktiviti panitia sepanjang tahun 2007.

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh rujuk Pn Rubiyah bt Ariffin di alamat SMK Kalumpang untuk mendapatkan keterangan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh juga merujuk KUTV PPDHS dengan menggunakan kemudahan yang tertera pada blog ini.

Disediakan oleh: KUTV PPDHS / 03.02.2007 / 15 Muharam 1428.

mesyuarat panitia KHB P&K daerah 2007

MESYUARAT PANITIA KHB PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN 2007

TARIKH : 13 FEB 2007
MASA : 02.00 PETANG
TEMPAT : SMK SG CHOH

Ketua panitia mata pelajaran ini dikehendaki hadir mesyuarat tersebut. Pada masa yang sama membawa set soalan yang telah ditugaskan pada setiap sekolah. Selain perbincangan soalan pertengahan tahun dan percubaan, panitia juga akan membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2007.

Sekolah yang menawarkan subjek ini ialah:
  1. SMK KKB
  2. SMK Kg Soeharto
  3. SMK Sg Choh
  4. SMK Bukit Sentosa
  5. SMK Bdr Baru Btg Kali
  6. SMK Bdr Sg Buaya
  7. SMK Tmn Bunga Raya(1)
  8. SMK Syed Mashor
  9. SMK Dato Hj Kamaruddin
  10. SMK Serendah
  11. SAM Tinggi KKB
  12. SAM Sg Selisek

Semua sekolah menawarkan pada peringkat tingkatan 1,2 dan 3.

Hanya SMK kg Soeharto menawarkan kelas tingkatan 1 dan 3. SMK Sg Choh menawarkan kelas tingkatan 2 dan 3.

Sekolah yang tidak menawarkan KHB ini ialah:

  • SMK Kalumpang
  • SMK Gedangsa
  • SM Sains Hulu Selangor
  • SMK Ampang Pecah.

Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang tugasan harap rujuk Pengerusi di alamat SMK Sg Choh. Tuan rumah dikehendaki menguruskan mesyuarat panitia ini. Diharap segala perkara berkaitan akan dilaksanakan dengan baik. Harap sediakan:

  • Kedatangan ahli panitia dan tandatangan.
  • Minit mesyuarat panitia daerah.
  • Sediakan rancangan aktiviti tahun 2007

Pada bulan Mac 2007, setiausaha panitia mata pelajaran daerah akan dipanggil menghadiri mesyuarat peringkat negeri. Mereka dikehendaki membentangkan laporan aktiviti tahun 2006 dan laporan aktiviti yang akan dilaksanakan tahun 2007.

Selamat bermesyuarat.

Disediakan oleh: KUTV PPDHS / 03.02.2007 / 15 Muharam 1428.

mesyuarat panitia prinsip perakaunan daerah 2007

MESYUARAT PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN 2007

TARIKH: 13 FEB 2007
MASA : 02.00 PETANG
TEMPAT: SMK SG. CHOH

Semua ketua panitia sekolah yang menawarkan subjek ini dikehendaki hadir semasa mesyuarat ini.

Sekolah berkaitan ialah:
  1. SMK KKB
  2. SMK Kg. Soeharto
  3. SMK Kalumpang
  4. SMK Sg Choh
  5. SMk Gedangsa
  6. SMK Bukit Sentosa
  7. SMK Ampang Pecah
  8. SMK Bdr Baru Btg Kali
  9. SMK Bdr Sg Buaya
  10. SMK Tmn Bunga Raya (1)
  11. SMK Syed Mashor
  12. SMK Dato Hj Kamaruddin
  13. SMK Serendah
  14. SAM Tinggi KKB
  15. SAM Sg Selisik

Semua sekolah ini memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.

Hanya SM Sains Hulu Selangor tidak menawarkan mata pelajaran ini.

Pengerusi, SMK Sg. Choh diharap dapat menguruskan perjalanan mesyuarat dengan baik. Surat panggilan mesyuarat diedarkan pada 05 Feb 2007. Harap sebarkan maklumat ini pada rakan dari sekolah yang lain jika telah membaca makluman ini. Sebarang pertanyaan boleh rujuk pada pengerusi panitia daerah di alamat SMK sungai Choh. Boleh hubungi Pn Roslaini bt Ali Bashah.

Harap sediakan maklumat:

  • Senarai kehadiran dan tandatangan guru yang hadir
  • Minit mesyuarat panitia daerah

Harap dapat bincangkan program atau aktiviti panitia daerah. Pihak JPNS akan memanggil satu mesyuarat khas untuk setiausaha panitia daerah dalam bulan Mac. Setiausaha perlu membawa dan membentangkan laporan aktiviti panitia 2006 dan perancangan panitia 2007.

Sekian. terima kasih.

Disediakan oleh: KUTVPPDHS/ 03.02.2007 / 15 Muharam 1428.

KURSUS BPPT AMBILAN 3 DAERAH HULU SELANGOR

KURSUS BPPT AMBILAN 3

26 FEB- 09 MAC 2007
TEMPAT: SMK SYED MASHOR.

Berikut nama-nama guru yang ditawarkan mengikuti kursus BPPT Ambilan 3 2007:

  • Azlan Kamal b Ariffin (SMK Ampang Pecah)
  • Siti Mahanum bt Manap (SK KKB Satu)
  • Azizah bt Wahid (SK Hulu Yam Bharu)
  • Noriha bt Nordin (SMK Bdr Sg. Buaya)
  • Rosfadzilah bt Mohamed Razali (SK Hulu Bernam)
  • Suriana bt Ali (SMK Sg Choh)
  • Rosmina bt Abdul Rahman (SK Sg Buaya)
  • Maizatul Akmam bt Mohd Taha (SMK Syed Mashor)
  • Rosmawati bt Mohd Nor (SMK Kalumpang)
  • Noor Ashikin bt Sabri (SK Bukit Sentosa)
  • Nor Rizan bt Amran (SK Bukit Sentosa)
  • Razak b Ishak (SK Gesir Tengah)
  • Mageswari a/p Kupusamy (SK Bdr Sg Buaya)
  • Raja Noraini bt Raja Abdllah (SK Bdr Sg Buaya)
  • Haslina bt Ismail (SK Tmn Bunga Raya)
  • Anisah bt Mohd Tauhid (SK Tmn Bunga Raya)
  • Muhamad Azmi b Ngadimon (SMk serendah)
  • Siti Roha bt Haris (SMK KKB)
  • Norazmi b Mohd Azid (SK Serendah)
  • Vijaya a/p Kasinathan (SJKT Btg Kali)
  • Zulfalilah bt Atan (SMK Bukit Sentosa)
  • Norliza bt Jamaluddin (SMK Bukit Sentosa)
  • Che Masitoh bt Sabu (SMK Tmn Bunga Raya)
  • Norazihan bt Abdullah (SMK Tmn Bunga Raya)
  • Lee Siew Ling (SJKC Kg. Gurney)

Semoga semua guru terpilih dapat mengikuti kursus dengan baik sepanjang 10 hari tersebut. Jangan lupa melaporkan diri pada 26 Feb 2007 di Makmal Komputer, SMK Syed Mashor. Tuan-tuan dan puan-puan dijemput memberikan komen tentang kursus tersebut di dalam blog ini.

Disediakan oleh: KUTV PPDHS/ 03.02.2007 / 15 muharam 1428.

pertandingan menulis "lesson plan" prinsip perakauanan

PERTANDINGAN TERBUKA KEPADA GURU-GURU PERAKAUNAN SMK / SMT

Pihak JPNS memaklumkan bahawa pertandingan terbuka kepada semua guru perakaunan yang telah dibekalkan dengan perisian ASSETBase dan telah menjalani latihan. Pertandingan ini boleh secara individu atau secara kumpulan maksimum 5 orang. Rancangan mengajar hendaklah dihantar secara 'softcopy' melalui laman web:
http://www.lessonplancompetition.net.my


Segala maklumat boleh didapati di web ini. Tarikh akhir ialah 20 Februari 2007.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
03.02.2007
15 Muharam 1428.