PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 January 2007

mesyuarat panitia ekonomi asas

MESYUARAT PANITIA DAERAH EKONOMI ASAS KALI PERTAMA 2007

Mesyuarat panitia berkaitan telah ditetapkan pada:

Tarikh : 06 Februari 2007 (Selasa)
Masa : 02.00 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Kuala Kubu Bharu.

Surat kepada semua panitia telah diedarkan pada 29 Januari 2007. Setiap sekolah yang menawarkan subjek Ekonomi Asas dikehendaki menghantar ketua panitia, dalam mesyuarat tersebut.

Setiap wkil yang hadir dikehendaki membawa:
  • 2 set soalan objektif
  • 1 set soalan subjektif

Harap sediakan jawapan / skima jawapan bagi setiap set yang disediakan. Harap bawa salinan solf copy dan hard copy untuk tujuan mesyuarat.

Sebarang pertanyaan tentang kandungan mesyuarat boleh dirujuk kepada pengerusi panitia atau setiausaha panitia daerah, Pn Haw Lee Fong, di alamat SMK Kuala Kubu Bharu. Hal-hal lain boleh dirujuk kepada KUTV PPDHS, dengan menggunakan segala kemudahan yang tertera pada blog ini.

Semua hal berkaitan munum semasa mesyuarat telah diuruskan LO nya oleh KUTV. Pihak pengerusi hanya perlu membincangkan jenis minuman dan waktu minum yang paling sesuai.

Pengerusi melalui setiausaha dikehendaki menyiapkan maklumat mesyuarat:

  • Senarai nama kedatangan dan tandatangan guru-guru panitia.
  • Minit mesyuarat panitia.

Sekolah yang menawarkan subjek ini sekarang ialah:

  • SMK Kuala Kubu Bharu, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Kg Soeharto hanya memiliki kelas tingkatan 4.
  • SMK Sg. Choh, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Bukit Sentosa, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Ampang Pecah, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Bdr. Baru Btg. Kali, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Bdr. Sg. Buaya, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Tmn Buga Raya (1) memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Syed Mashor, memiliki kelas tingkatan 4 dan5.
  • SMK Dato Hj Kamaruddin, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Serendah, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMA Tinggi KKB, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMA Sungai Selisek, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.

Sekolah yang tidak menawarkan subjek ini ialah:

  • SMK Kalumpang.
  • SMK Gedangsa.
  • SM Sains Hulu Selangor.

Semoga panitia dapat merancang program yang lebih bermakna kepada semua ahli panitia.

Semoga panitia dapat bergerak dengan baik dan dapat melaksanakan program yang boleh dimanfaatkan oleh semua ahli panitia.

KUTV berharap semua ahli panitia dapat membiasakan diri menggunakan kemudahan internet dalam komunikasi antara satu sama lain khususnya dengan KUTV PPDHS. Biasakanlah diri masing-masing melawati blog yang disediakan oleh KUTV. Layari kemudahan ini untuk mengetahui segala maklumat yang disiarkan. Ini adalah salah satu kaedah maklumat dapat disebar dan diperoleh dengan cepat.

Semua ahli panitia juga dipelawa untuk memberikan respon masing-masing dalam blog ini. Komen dan respon tuan-tuan dan puan-puan akan membolehkan unit Teknologi & Vokasional bergerak dengan lebih baik.

Jika tuan-taun mempunyai maklumat atau artikel yang menarik, sila hubungi KUTV untuk dimasukkan di dalam blog ini sebagai perkongsian ilmu. KUTV amat berbesar hati menerima sumbangan guru semua.

Selamat bermesyuarat.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS / 29.01.2007 / 10 Muharam 1428.