PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

30 May 2007

TERIMA KASIH BPPT

BPPT DAERAH HULU SELANGOR 2004-2007.

KUTV ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam program BPPT peringkat daerah Hulu Selangor.

Ucapan ini sebagai mewakili KPM (Bahagian Pendidikan Guru), Pejabat Pelajaran Selangor (Unit ICT) dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor kepada:

Guru Besar SK Bukit Beruntung, sekolah yang menjadi pusat latihan pada awal pelaksanaan (Ogos-Disember 2004), Pengetua SMK Dato Hj Kamaruddin, pusat latihan (Januari 2005-Julai 2006) dan Pengetua SMK Syed Mashor, pusat latihan (Ogos 2006-Mei 2007). KUTV ingin merakamkan setinggi terima kasih kerana membenarkan makmal komputer masing-masing menjadi pusat latihan. Tanpa kerjasama tuan-tuan dan puan-puan, pasti program ini tidak dapat berjalan baik.

Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan kepada semua Pengetua dan Guru Besar di daerah Hulu Selangor kerana memberikan kerjasama untuk menghantar peserta dalam latihan ini.

Dengan kerjasama semua pihak pusat latihan di Hulu Selangor selama 3 tahun telah berjaya melatih 49 ambilan, terdiri daripada 1225 orang peserta. Jumlah ini adalah ramai bagi daerah kecil seperti Hulu selangor. Semoga kekuatan guru yang telah hadir kursus ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak di sekolah dan pihak PPD amnya.

Bagi semua guru yang telah hadir kursus ini saya ingin meminta maaf jika terdapat salah dan silap sepanjang saya mengendalikan kursus ini. Kembangkanlah terus kemahiran masing-masing semoga semua guru dapat diletakkan pada tahap profesional yang sebenar. Secara ini martabat kita dapat ditingkat dan dipertahankan. InsyaAllah.

Kepada trainer yang pernah bertugas di pusat latihan daerah Hulu Selangor, saya juga ingin meminta maaf dan terima kasih kerana usaha murni selama ini. Ucapan ini saya tujukan khas untuk En Mohd Sabli, En Nawawi dan tidak lupa kepada bekas trainer (2004-2006), En Kamarul.

KUTV juga bercadang untuk melaksanakan satu pertandingan untuk semua guru, khususnya guru-guru yang telah hadir BPPT, iaitu pertandingan menyediakan bahan pengajaran & pembelajaran. InsyaAllah.

KUTVPPDHS.
30.05.2007
13 Rabiul Awal 1428.

No comments: