PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

08 February 2009

PERINGATAN KEDUA TENTANG MAKLUMAT (DATA) MURID TEKNIK & VOKASIONAL

Assalamualaikum....

Kepada SMK Gedangsa, saya berharap dapat menghantar data tentang murid Teknik dan Vokasional ini ke PPD Hulu Selangor dengan segera. Sehingga hari ini hanya SMK Gedangsa masih belum menghantar data berkaitan. Semoga makluman ini dapat diambil tindakan segera.

Setidak-tidaknya semasa mesyuarat Ketua Bidang pada 17 Februari 2009 maklumat ini dapat diserahkan. Bagi sekolah lain, terima kasih kerana telah menghantarnya. Bagi SMK Gedangsa jika sehingga 17 Februari 2009 tidak dihantar, maklumat ini telah tertangguh hampir 1 bulan daripada tarikh yang sepatutnya.

Semoga pengumpulan data murid ini dapat dibereskan dengan segera.

07 February 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK AMPANG PECAH

Assalamualaikum.....

Pada hari ini, 07 Februari 2009 (Sabtu) SMK Ampang Pecah telah menjalankan program mesyuarat agung PIBG Kali ke-8 mereka.

Saya turut hadir dalam majlis ini mewakili Tn PPD, Tn Hj Suhaimi bin Rashid yang mempunyai kominment lain yang lebih penting.

Majlis pada pagi ini dumulai dengan ceramah Motivasi untuk ibu bapa yang hadir. Majlis ini dimuatkan dengan persembahan para pelajar sekolah. Majlis diteruskan dengan ucapan Pn Pengetua, Ucapan YSP PIBG SMK Ampang Pecah. Selepas itu saya berkesempatan menyampaikan ucapan dan merasmikan mesyuarat PIBG kali ke - 8 ini.

Selepas ucapan mesyuarat PIBG diteruskan oleh YDP. Saya hanya sempat bersama setakat itu sahaja.

Saya berharap PIBG dapat membantu perkembangan pendidikan di peringkat sekolah ini.

06 February 2009

TAKLIMAT PENGURUSAN PAKEJ DAN ELAUN

Assalamualaikum........

Pada 4-6 Februari 2009, Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia, telah mengadakan taklimat tentang pengurusan pakej kepada pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan termasuk dari PPD ketiga-tiga negeri ini. Pada masa yang sama beberapa organisasi di negeri ini turut dipanggil seperti IPG-IPG, BTPN dan Kolej Metrikulasi.

Banyak input disampaikan tentang pengurusan pakej dan peerkara elaun yang boleh dituntut, Saya merasakan dengan taklimat ini akan memantapkan lagi proses penyediaan dokumen untuk permohonan menyediakan mesyuarat dan kursus secara pakej.

02 February 2009

DATA PELAJAR MENGAMBIL MATA PELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 2009

Assalamualaikum....

Hari ini 02 Februari. Sudah sebulan berlalu tahun 2009 ini. Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SMK Bandar Baru batang Kali kerana menghantar data ini kepada saya melalui faksimili pada hari ini. Ini bermakna masih terdapat dua buah sekolah masih belum menghantar data ini. Harap dapat disegerakan. Sekolah tersebut ialah:
1. SMK Gedangsa.
2. SM Sains Hulu Selangor.

Ini peringatan kali kedua saya tentang maklumat ini. Harap dapat disegerakan.

01 February 2009

ICT/TM DAN ICTL DI SEKOLAH MENENGAH

Assalamualaikum....
Hari ini 01 Februari 2009. Pada kali ini saya ingin merakamkan tentan mata pelajaran dan program ICTL di sekolah menengah daerah Hulu Selangor pada tahun 2009.

Mula-mula, mata pelajaran TM yang ditawarkan di sekolah. Hanya terdapat 4 buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini:
1. SMK Kuala Kubu Bharu.
2. SMK Dato Hj Kamaruddin.
3. SMK Sungai Choh.
4. SMK Syed Mashor.

Setiap sekolah hanya menawarkan satu kelas sahaja untuk tingkatan 4 dan satu kelas tingkatan 5. Bagi sekolah lain yang mahu menawarkan mata pelajaran ini sila buat permohonan rasmi ke Unit ICT dan Pengkomputeran, Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Selangor melalui PPD Hulu Selangor.

Program ICT, mesti dijalankan di sekolah yang mempunyai kemudahan makmal komputer KPM. Sila lihat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2007 tentang pelaksanaannya. Hanya dilaksanakan untuk tingkatan 1 dan 2 sahaja.

Ini bermakna daerah Hulu Selangor mempunyai 14 buah sekolah yang mesti melaksanakannya. Sekolah tersebut ialah 13 buah sekolah (SMK) dan 1 buah SBP (SM Sains Hulu Selangor), sementara 2 buah sekolah SABK tidak dapat melaksanakan program ini kerana tidak mempunyai kemudahan makmal komputer.

Kita berharap mata pelajaran dan program ICT ini dapat dilaksanakan dengan baik bagi semua sekolah pelaksananya.