PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

06 February 2008

22 SUBJEK MPV DI MALAYSIA

Berikut adalah subjek MPV yang ditawarkan di sekolah harian Akademik di Malaysia:
Pembinaan Domestik
Membuat Perabot
Seni Reka Tanda
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
Katering dan Penyajian
Rekaan dan Jahitan Pakaian
Landskap dan Nurseri
Tanaman Makanan
Kerja Paip Domestik
Pendawaian Domestik
Kimpalan Arka Dan Gas
Menservis Automobil
Menservis Motosikal
Menservis Peralatan Penyejukan Dan Penyamanan Udara
Pemprosesan Makanan
Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut
Hiasan Dalaman Asas
Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Gerontologi Asas Dan Perkhidmatan Geriatrik
Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi
Produksi Multimedia
Grafik Berkomputer

Subjek yang berwarna merah terdapat di daerah Hulu Selangor.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" kepada semua pendidik yang menyambut Tahun Baru Cina, terutamanya semua yang menjadi pendidik di daerah Hulu Selangor.

Semoga tuan-tuan dan puan-puan akan gembira menyambut sambutan Tahun Baru Cina. Bagi rakan-rakan lain yang pasti bersama-sama bercuti pada musim perayaan ini, berhati-hatilah kita sepanjang perjalanan ke mana-mana jua kita bergerak.

Bagi murid-murid, cuti seketika yang diberikan, harap gunakan sebaik mungkin. Janganlah melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

Semoga kita jumpa lagi dalam catatan yang lain.
Sekian, terima ksih.

03 February 2008

MAJLIS MENGANJAK PARADIGMA DAN MENYAMPAIAN SIJIL CEMERLANG HULU SELANGOR

Syukur Alhamdulillah. Majlis bersama Pengetua, Guru Besar, semua Penolong Kanan dan guru-guru pengajar UPSR, PMR, SPM dan STPM telah selamat dan selesai dilaksanakan pada hari Sabtu 2 Februari 2008 yang lalu di Akademi Bomba & Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Terima kasih kepada semua pegawai daripada Sektor Pengurusan Akademik kerana kerjasama tuan-tuan majlis ini berjaya dijalankan. Ucapan terima kasih saya mewakili pengurusan Akademik kepada semua yang sudi hadir dalam majlis tersebut. Rasanya tempat duduk di dalam Auditorium penuh, malah perlu ditambah dengan kerusi yang lain. Setakat yang saya ingat inilah majlis PPD Hulu Selangor di Akademi Bomba, peserta yang hadir melebihi kemampuan ruang yang sedia ada.

Minta maaf jika terdapat kekurangan sepanjang majlis tersebut. Minta maaf juga jika terdapat sebarang kekurangan dalam pengurusan dan makanan yang disediakan.

Walau bagaimanapun ini menjadi menanda awal bahawa pendidik-pendidik di daerah Hulu Selangor memang mempunyai komitmen yang tinggi, sehingga sanggup melupakan waktu cuti hari Sabtu untuk sama-sama berkumpul dalam majlis tersebut.

Tahniah kepada semua sekolah yang telah mendapat sijil Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR 2007. Semoga ini dapat menggalakkan semua pihak untuk mula bergerak ke arah kecemerlangan pada tahun 2008.

Terima kasih Sektor Pengurusan Akademik kepada En Kamsah bin Mokhtar kerana sudi mewakili Tn PPD, Tn Hj Suhaimi (A.M.N) dalam penyampaian sijil kepada sekolah-sekolah yang berjaya.

Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh penceramah diharap dapat sedikit sebanyak menyentuh hati kita kaum pendidik untuk meneruskan tugas dan kerja kita sebagai guru. Terima kasih kepada penceramah, En. Ismail Hashim bin Junaidi daripada Jabatan Perdana Menteri.

Semoga pelaksanaan majlis ini memberi kekuatan kepada semua untuk melaksanakan majlis lain yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

31 January 2008

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KALI PERTAMA

Pada 31 Januari 2008 mesyuarat ini dijalankan di SMK Dato Hj Kamaruddin.
Agenda mesyuarat ialah:

1. Perutusan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
2. Ucapan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan Akademik)
3. Membentang dan mengesahkan Minit mesyuarat 2/2007.
4. Hal / perkara berbangkit.
5. Laporan Unit:

- Unit Tennik & Vokasional.
-Unit Sains & Matematik
-Unit Bahasa.
-Unit Sains Kemanusiaan.
Unit Pendidikan Islam dan Moral.
-Unit Peperiksaan.
-Unit KBSR dan Penyelidikan.

6.Program menganjak Paradigma ke arah Kecemerlangan.
7. Perkongsian Bestari.

-SMK Dato Hj Kamaruddin
-SMK Bukit Sentosa.
-SMk Kg Soeharto.
-Lain-lain (jika ada)

8. Hal-hal lain.
9. Pelantikan Panitia Mata Pelajaran 2008-2009.
10. Penangguhan mesyuarat.

28 January 2008

SK TAMAN BUNGA RAYA (1) ... 29 JANUARI 2008.

Pada 29hb Januari 2008, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Kebangsaan telah diadakan di SK Taman Bunga Raya (1). Tuan PPD Hulu Selangor, Tn. Hj. Suhaimi bin Rashid tidak dapat bersama-sama dalam mesyuarat tersebut. Penolong PPD Pengurusan Akademik mengambil alih tugas selaku pengerusi mesyuarat tersebut.

Mesyuarat sepatutnya dihadiri oleh 30 orang Guru Besar Sekolah Kebangsaan daerah Hulu Selangor dan semua pegawai Kurikulum yang terdapat di PPD Hulu Selangor.

Agenda mesyuarat yang dirancang ialah:

1. Ucapan Pengerusi Majlis.
2. Membentangkan Minit Mesyuarat yang lalu.
3. Pengesahan Minit Mesyuarat.
4. Perkara Berbangkit.
5. Pembentangan khas sekolah:
a. SK bukit Sentosa.
b. SK Sungai Tengi.
c. SK Taman Bunga Raya (1)
6. Laporan ringkas sekolah-sekolah (jika ada)
7. Laporan PPPDPA / KUTV
8. Laporan Unit Sains Matematik.
9. Laporan Unit Bahasa.
10.Laporan Unit Sains Kemanusiaan.
11.Laporan UPIM dan j-QAF.
12.Laporan Unit Peperiksaan.
13.Laporan KBSR.
14.Laporan PKG.
15.Hal-hal lain.
16.Penyampaian sijil Pengerusi Panitia 2008-2009.

Semoga tuan-tuan dapat melapangkan masa untuk mesyuarat tersebut.