PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

07 March 2009

MESUARAT PENYELARASAN KURIKULUM ICT BERSAMA UNIT KURIKULUM PENGKOMPUTERAN ICT JPN SELANGOR

Assalamualaikum....
Walaupun saya menghadiri taklimat LADAP di Hotel Regency, Kuala Lumpur, namun pada 6 mac 2009 saya juga terpaksa menghadiri mesyuarat penyelarasan kurikulum ICT bersama JPN Selangor di SMK Perimbun, Hulu Langat. Keadaan ini terpaksa dilakukan juga kerana sudah menjadi tanggungjawab memegang dua jawatan di peringkat daerah.

Itu adalah kali pertama saya menjejak kaki ke sekolah ini. Sekolah ini sebuah sekolah yang agak besar. Suasana sekolah agak menarik.

Saya ingin mengucapkan selamat bertugas semula kepada Penolong Pengarah Kurikulum ICT dan Pengkomputeran JPN Selangor. Beliau kemalangan dan terpaksa bercuti panjang. Semoga kehadiran semula beliau akan memastikan pelaksanaan mata pelajaran ICT dapat dipastikan berjalan dengan baik di negeri ini.

Oleh kerana saya terpaksa meninggalkan Hotel Regency, saya telah serahkan tugas bersama guru-guru Hulu Selangor yang lain meneruskan mendapatkan maklumat daripada bengkel di Hotel Regency. Saya percaya mereka mampu dan boleh menerima maklumat dengan baik.

2 comments:

Habshah said...

Assalammualaikum tuan,

Kalau tuan meletakkan gambar -gambar SMK Perimbun, kan ke lebih menarik.

Terimakasih

PPPDPA_PPDHS said...

Minta maaf kepada Pn Habshah kerana tak dapat laksanakan permintaan tersebut. Mesyuarat pun tak cukup masa hingga pukul 1.00 t hari, hari Jumaat pula tu. Lepas sembahyang Jumaat bergegas ke Hotel Regency kerana bengkel pengurusan LADAP saya tinggalkan sahaja pada sebelah paginya. Tak ada masa tangkap gambar pun.