PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

25 June 2008

MESYUARAT AKADEMIK PENOLONG PPD PENGURUSAN AKADEMIK BERSAMA JPNS

Mesyuarat ini akan diadakan di daerah Hulu Selangor iaitu pada 26 Jun 2008 di SMK Kuala Kubu Bharu. Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pegawai daripada Sektor Pengurusan Akademik JPNS dan Penolong PPD Pengurusan Akademik negeri Selangor ke Hulu Selangor.

Minta maaf kepada semua kerana saya tidak dapat bersama-sama dalam mesyuarat tersebut. Walau bagimanapun semua pegawai PPD Hulu Selangor Pengurusan Akademik yang tidak terlibat dengan mana-mana tugas atau mesyuarat yang penting tetap akan bersama. Saya akan diwakili oleh Ketua Unit Bahasa PPD Hulu Selangor, Pn Hjh Hamidah bt Samad.

Saya harap rakan-rakan daripada pengurusan Akademik yang lain akan dapat membantu bagi melicinkan mesyuarat tersebut.

No comments: