PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

28 August 2007

PEMBANTU JU KURSUS APLKASI ICT SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

Kursus Aplikasi ICT Guru KHB yang dijalankan pada 27-30 Ogos 2007. Peserta yang hadir telah dilatih untuk membantu JU peringkat sekolah yang telah hadir di SMK KKB pada 15-16 Ogos 2007.

Walaupun kursus ini khas untuk guru Kemahiran Hidup, namun diharap guru-guru berkaitan dapat membantu JU melaksanakan kursus Aplikasi ICT yang akan dilaksanakan di sekolah. Kita berharap JU yang telah dilatih dan kumpulan yang akan dilatih akan mempunyai kumpulan guru pembantu di sekolah. Kita berharap latihan di sekolah akan berjalan dengan baik dengan kerjasama semua guru.

Guru-guru KHB yang hadir semasa kursus Aplikasi ICT dibekalkan bahan yang terkini berbanding JU sekolah yang hadir kursus di SMKKKB. Kita berharap JU yang hadir dapat mengguna dan berkongsi maklumat dengan guru KHB.

Kita percaya semua guru mempunyai kemampuan walaupun ada antara kita tidak mempunyai latar belakang rasmi dalam ICT. Bersama-samalah kita membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran & pembelajaran.

KUTVPPDHS




No comments: