PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

25 February 2007

mesyuarat panitia perdagangan 2007

MESYUARAT PANITIA PERDAGANGAN KALI PERTAMA 2007

Mesyuarat akan dijalankan:

28 Februari 2007 (Rabu)
02.00 petang
SMK Serendah.

Assalamualaikum,

Kepada pengerusi panitia, setiausaha dan ahli-ahli panitia daerah yang terdiri daripada guru-guru setiap sekolah yang menawarkan subjek ini.

Minta maaf jika KUTV tidak dapat hadir bersama dalam mesyuarat panitia ini. Jika berkesempatan KUTV akan hadir, walau bagaimanapun segala-galanya bergantung kepada keadaan. Jika KUTV tidak dapat hadir, angaplah catatan pada blog ini sebagai ucapan daripada KUTV.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru yang dapat meluangkan masa untuk hadir. kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sudah cukup menjadi kekuatan kepada semua ahli lain untuk meneruskan mesyuarat dan sekali gus merancang aktiviti.

Pada tahun lalu panitia ini diterajui oleh SMK Sg Choh, pada tahun ini dengan persetujuan dan kehendak majlis Pengetua, SMK Serendah telah diserahkan tanggung jawab ini. Semoga SMK Serendah dapat meneruskan kecemerlangan tugas pengerusi panitia yang lalu.

Rasanya semua sekolah menawarkan subjek ini di daerah ini, kecuali SM Sains Hulu Selangor. Dengan ini rasanya panitia ini boleh bergerak dengan lebih baik.

Buat pengetahuan semua, JPNS telah bercadang secara lisan untuk memanggil semua setiausaha panitia daerah dalam satu mesyuarat peringkat negeri pada tarikh 28.02.2007, iaitu hari ini. Oleh kerana permintaan Hulu Selangor, JPNS bersetuju meminda tarikh mesyuarat ini pada awal Mac 2007.

Dengan cara ini, panitia ini di peringkat daerah masih ada masa untuk bersedia sebelum tarikh berkenaan. Setiausaha, bererti Ketua Panitia yang menjadi pengerusi subjek ini di daerah. Oleh itu gunakanlah sebaik mungkin mesyuarat panitia daerah untuk menyediakan perancangan.

Saya berharap tuan rumah dapat menyediakan maklumat penting seperti:
  1. Senarai nama dan tandatangan kehadiran semua ahli
  2. Minit mesyuarat

Untuk peringkat negeri harap sediakan:

  1. Laporan aktiviti tahun 2006.
  2. Perancangan tahunan 2007.

KUTV berharap semua guru bidang teknik & vokasional akan membudayakan diri masing-masing untuk menggunakan kemudahan internet. KUTV berikhtiar menyediakan makluman dengan cepat melalui blog yang disediakan. KUTV cuba menyediakan seberapa banyak maklumat melalui cara ini. Jangan biarkan KUTV keseorangan dalam perjuangan ini. Sokongan tuan-tuan dan puan-puan amat penting.

Mungkin dengan sokongan semua, KUTV akan bersemangat meneruskan peranan mengendalikan ruangan ini. KUTV telah menyediakan satu ruangan khas bagi warga pendidik teknik & vokasional untuk berkongsi makluman. Semua guru boleh berkongsi maklumat dengan menghantar bahan kepada KUTV untuk dimasukkan dalam blog. Lebih baik lagi, jika tuan-tuan dan puan-puan memiliki blog sendiri, KUTV boleh buatkan link pada blog KUTV. InsyaAllah. Jika berhasrat mempelajari membuat blog ini, boleh muat turun bahan dari alamat berikut:

http://www.esnips.com/doc/470256c6-458f-4190-9425-551648763ed5/langkah-buat-blog

Semoga KUTV akan mendapat sokongan dengan wujudnya blog masing-masing. Buat pengetahuan semua blog ini sebenarnya boleh dijadikan salah satu cara pengajaran & pembelajaran untuk murid kita di sekolah. Mungkin untuk membuat web, kita memerlukan kemahiran yang tinggi, tetapi blog ini adalah mudah. Pada masa yang sama kita akan menggalakkan anak didik kita belajar menggunakan kemudahan internet. Saya percaya, pendekatan ini amat kuat pengaruhnya pada anak didik kita. InsyaAllah.

Selamat bermesyuarat kepada semua. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS/ 25.02.2007/ 07 Safar 1428.

No comments: