PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

03 February 2007

mesyuarat panitia KHB P&K daerah 2007

MESYUARAT PANITIA KHB PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN 2007

TARIKH : 13 FEB 2007
MASA : 02.00 PETANG
TEMPAT : SMK SG CHOH

Ketua panitia mata pelajaran ini dikehendaki hadir mesyuarat tersebut. Pada masa yang sama membawa set soalan yang telah ditugaskan pada setiap sekolah. Selain perbincangan soalan pertengahan tahun dan percubaan, panitia juga akan membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2007.

Sekolah yang menawarkan subjek ini ialah:
  1. SMK KKB
  2. SMK Kg Soeharto
  3. SMK Sg Choh
  4. SMK Bukit Sentosa
  5. SMK Bdr Baru Btg Kali
  6. SMK Bdr Sg Buaya
  7. SMK Tmn Bunga Raya(1)
  8. SMK Syed Mashor
  9. SMK Dato Hj Kamaruddin
  10. SMK Serendah
  11. SAM Tinggi KKB
  12. SAM Sg Selisek

Semua sekolah menawarkan pada peringkat tingkatan 1,2 dan 3.

Hanya SMK kg Soeharto menawarkan kelas tingkatan 1 dan 3. SMK Sg Choh menawarkan kelas tingkatan 2 dan 3.

Sekolah yang tidak menawarkan KHB ini ialah:

  • SMK Kalumpang
  • SMK Gedangsa
  • SM Sains Hulu Selangor
  • SMK Ampang Pecah.

Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang tugasan harap rujuk Pengerusi di alamat SMK Sg Choh. Tuan rumah dikehendaki menguruskan mesyuarat panitia ini. Diharap segala perkara berkaitan akan dilaksanakan dengan baik. Harap sediakan:

  • Kedatangan ahli panitia dan tandatangan.
  • Minit mesyuarat panitia daerah.
  • Sediakan rancangan aktiviti tahun 2007

Pada bulan Mac 2007, setiausaha panitia mata pelajaran daerah akan dipanggil menghadiri mesyuarat peringkat negeri. Mereka dikehendaki membentangkan laporan aktiviti tahun 2006 dan laporan aktiviti yang akan dilaksanakan tahun 2007.

Selamat bermesyuarat.

Disediakan oleh: KUTV PPDHS / 03.02.2007 / 15 Muharam 1428.

No comments: