PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

15 January 2007

anugerah bengkel KHB kali pertama negeri Selangor

MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA PANITIA KHB DI SEKOLAH MENENGAH

ANUGERAH BENGKEL KHB GEMILANG 2007

Buat julung kali pada tahun ini, satu anugerah akan diberi kepada sekolah di peringkat daerah dan negeri.

Semua sekolah diharap dapat mengambil tindakan proaktif untuk memastikan bengkel KHB daerah Hulu Selangor berkeadaan baik. Semua guru yang bertanggung jawab terhadap bengkel-bengkel ini dapat bergerak lebih awal.

Taklimat akan dibuat, kemungkinan pada bulan Februari 2007. Walau bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan jika para guru dapat bertindak menceria dan menguruskan bengkel lebih awal.

Syarat anugerah akan dikemukan kepada semua sekolah selepas ini. Pada dasarnya anugerah mengikut kategori jenis bengkel akan diwujudkan. Walau bagaimanapun anugerah keseluruhan hanya akan diberi kepada sekolah yang berjaya menawarkan keempat-empat subjek KHB di sekolah masing-masing.

GERAKKAN PENGURUSAN BENGKEL KHB SEKOLAH MASING-MASING.

Semoga semua menerima masej ini.

Disediakan oleh
KUTV PPDHS
15.01.2007
25 Zulhijjah 1427.

No comments: