PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

25 January 2007

harapan tuan PPD tentang pembangunan ICT

HARAPAN TUAN PPDHS, EN MOHD. SALLEH BIN KASSIM

Semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Data Daerah Hulu Selangor, menyatakan harapan supaya beliau dapat melihat perubahan berlaku dalam budaya ICT pentadbir di sekolah.

Beliau berharap dapat melihat semua pengetua, guru besar dan pemimpin-pemimpin lain di peringkat sekolah dapat membiasakan diri dan menjadi budaya membuka email pada setiap hari di pejabat atau di sekolah. Ini mungkin satu cabaran terhadap semua pengetua dan guru besar. Sebagai pemimpin di eringkat sekolah, mereka diharap dapat menjadi contoh dan teladan dalam hal ini.

Apabila kebiasaan ini menjadi budaya, sudah pasti banyak perubahan dapat berlaku. Penggunaan email ini sebagai membuka langkah kepada suatu harapan yang lebeh besar, dan beliau berhasrat perkara ini akan menjadi kenyataan. Beliau berharap kita dapat mewujudkan pentadbiran yang mengarah kepada elektronik seperti pengumpulaqn data yang lebih cepat daripada sekarang. Begitu juga dengan penyebaran maklumat ke seluruh sekolah di daerah ini.

Rasanya perkara ini amat selari dengan PIPP yang meletakkan ICT sebagai salah satu sasaran yang perlu diberi perhatian. Semoga tidak ada yang buta ICT lagi.

Sebelum hasrat Tuan PPD Hulu Selangor ini menjadi kenyataan, marilah kita memulakan perkara kecil dalam komunikasi melalui ICT, iaitu membiasakan penggunaan email apabila berhubung dengan pihak lain, terutamanya dengan PPD.

Beliau sudah pasti akan menyatakan hasrat besar ini dalam perjumpaan-perjumpaan yang akan datang. KUTV selaku salah seorang ahli jawatankuasa ini amat mengalu-ngalukan langkah baik ini. Kewujudan blog ini, sebagai bukti unit Teknologi & Vokasional amat gembira sekiranya semua kita dapat bekerjasama dan memulakan budaya dan kebiasaan ini.

Jangan bertangguh lagi untuk keesokan harinya, baru hendak memulakannya. Janganlah tunggu dan lihat sahaja perkembangan ICT yang berlaku di keliling kita. Sama-samalah kita menggunakan kemudahan yang baik ini. Saya berharap, jika KPM ada PIPP dalam tempoh 5 tahun, hasrat ini akan tercapai sepenuhnya dalam lingkungan tarikh tersebut. Insya Allah.

Dicatatkan oleh:
KUTV PPDHS
25.01.2007
06 Muharam 2007.

No comments: