PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

19 February 2009

PEMANTAUAN ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA (ALS) SPM DI SMK BANDAR SG BUAYA

Assalamualaikum

Pada hari ini, Khamis 19 Februari saya sempat hadir ke SMK Bandar Sungai Buaya atas urusan pemantauan ALS SPM. Walaupun Pn pengetua tiada di sekolah kerana menghadiri mesyuarat, kehadiran saya disambut oleh PK Kurikulum dan PK Kokurikulum.

Pihak sekolah telah mula menyiapkan dokumen-dokumen yang perlu semasa pemantauan peringkat negeri pada bulan Mac 2008. Ada beberapa perkara yang perlu disediakan lagi selepas berbincang dengan mereka berdua, antaranya ialah perancangan strategik.

Semoga pihak sekolah dapat bersedia dengan baik terhadap Anugerah ini.

14 February 2009

TERIMA KASIH ATAS TEGURAN DAN CADANGAN TUAN-TUAN

Assalamualaikum...
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih terhadap pengunjung blog saya ini. Terima kasih di atas teguran yang diberi. Kadang kala kita tidak sedar kesilapan yang kita buat, terutama dalam masa saya menaipkan maklumat. Ejaan juga silap di sana sini.

Walaubagaimanapun teguran itu semua akan menguatkan semangat dan membuat kita berusaha dan berhati-hari pada masa akan datang.

Pada ruangan seperi ini dengan kemampuan yang terhad, saya cuba memberikan maklumat yang setakat yang termampu. Jumpa lagi.

MAJLIS INTERAKTIF BERSAMA IBUBAPA PELAJAR KELAS RANCANGAN KHAS

Assalamualaikum....
Pada hari ini, Sabtu, 14 Februari 2009, mulai 8.30 pagi satu majlis Interaktif ini telah dijalankan di SMK Bukit Sentosa. Saya telah dijemput untuk hadir sama untuk memberikan ucapan dan merasmikan perjumpaan ini.

Tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengaturkan majlis perjumpaan ini, walaupun tanpa Pengetua, yang baru bersara. Namun pemangku Pengetua, Penolong Kanan, Pn Zarina bt Abdul Rahman bersama guru-guru sekolah ini telah berjaya mengurus dan menganjurkan majlis ini dengan baik. Tahniah sekali lagi.

Bagi ibu bapa yang hadir, tahniah juga saya ucapkan kerana dengan keprihatinan tuan-tuan akan memastikan anak masing-masing, setidak-tidaknya anak bangsa kita ini akan berjaya dengan baik dan cemerlang. Semoga KRK 2009, pelajar PMR tahun ini akan mendapat keputusan yang baik tahun inil

12 February 2009

TAKLIMAT SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN SELANGOR

Hari ini, 12 Februari 2009 selesailah program "Taklimat Sektor Pengurusan Akademik JPN Selangor bersama Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor dan Gombak di SMK Taman Bunga Raya.

Taklimat pada hari ini disampaikan oleh Pn Haim bt Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Selangor. Taklimat diikuti dengan Taklimat Kewangan (En zainuddin JPN Selangor), Tn Hj Abdul Latif bin Aziz (KPP Bahasa Melayu), Pn Norfaridah (KPP Bahasa Inggeris), En Azhar bin Ariffin (PP Sains Kemanusiaan),En Ismail bin Abdullah (PP Teknik dan Vokasional), Tn Hj Ishak bin Jazuly (Penyelia ICT Pengkomputeran),dan Tn Hj Zainal Sudin (YDP Majlis Guru Cemerlang Selangor)

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai dan personal yang menyampaikan maklumat. Terima kasih juga kepada Pengetua dan guru-guru dan warga SMK Taman Bunga Raya (1) kerana sudi menjadi tuan rumah. Terima kasih kepada rakan-rakan di Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor kerana menjadi urusetia dalam majlis ini.

Tidak lupa kepada semua Pengetua dan Guru Besar dari daerah Hulu Selangor dan Gombak kerana menghadirkan diri dalam majlis ini. Saya mewakili semua warga PPD Hulu Selangor, selaku urusetia taklimat ini dan pihak tuan rumah (SMK Taman Bunga Raya (1), ingin merakamkan ribuan terima kasih atas segala sokongan. Minta maaf jika terdapat segala kekurangan sepanjang kami menjadi urusetia. Itu sahaja yang dapat kami lakukan, dalam segala kekurangan yang ada di daerah ini.

11 February 2009

SELAMAT DATANG KE SMK TAMAN BUNGA RAYA (1)

Assalamualaikum......

Selamat datang ke SMK Taman Bunga Raya terutama bagi Pengetua dan Guru Besar daerah Gombak yang mungkin tidak pernah sampai lagi ke sekolah ini. Bagi Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor mungkin sudah pernah dan biasa dengan lokasi ini.

Bagi yang menggunakan tol Bukit Beruntung, selepas melalui pintu tol tuan-tuan dan puan-puan membelok ke kiri. Teruskan perjalanan hingga sampai ke simpang jalan. Dari simpang ini terus membelok ke kiri. Teruskan perjalanan sehingga sampai ke kawasan perumahan dan membelok ke kanan. Selepas itu akan sampai ke kawasan sekolah.

bagi yang datang menggunakan jalan dari pekan Rawang, teruskan perjalanan mengarah ke utara mengguna Jalan Perseketuan 1, sehingga lampu isyarat simpang di Sungai Choh, membelok ke kiri, jalan menuju Sungai Buaya dan Bukit Sentosa. Teruskan perjalanan hingga ke Bukit Sentosa, jangan menyimpang ke arah lain. Teruskan perjalanan melepasi Bukit Sentosa hingga simpang tol Bukit Beruntung. Teruskan perjalanan seperti dinyatakan dalam keterangan awal, jangan ambil jalan ke tol. Peta ke sekolah ini boleh dilihat pada link berikut: