PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

07 March 2009

MESUARAT PENYELARASAN KURIKULUM ICT BERSAMA UNIT KURIKULUM PENGKOMPUTERAN ICT JPN SELANGOR

Assalamualaikum....
Walaupun saya menghadiri taklimat LADAP di Hotel Regency, Kuala Lumpur, namun pada 6 mac 2009 saya juga terpaksa menghadiri mesyuarat penyelarasan kurikulum ICT bersama JPN Selangor di SMK Perimbun, Hulu Langat. Keadaan ini terpaksa dilakukan juga kerana sudah menjadi tanggungjawab memegang dua jawatan di peringkat daerah.

Itu adalah kali pertama saya menjejak kaki ke sekolah ini. Sekolah ini sebuah sekolah yang agak besar. Suasana sekolah agak menarik.

Saya ingin mengucapkan selamat bertugas semula kepada Penolong Pengarah Kurikulum ICT dan Pengkomputeran JPN Selangor. Beliau kemalangan dan terpaksa bercuti panjang. Semoga kehadiran semula beliau akan memastikan pelaksanaan mata pelajaran ICT dapat dipastikan berjalan dengan baik di negeri ini.

Oleh kerana saya terpaksa meninggalkan Hotel Regency, saya telah serahkan tugas bersama guru-guru Hulu Selangor yang lain meneruskan mendapatkan maklumat daripada bengkel di Hotel Regency. Saya percaya mereka mampu dan boleh menerima maklumat dengan baik.

BENGKEL PENGURUSAN LADAP SEKOLAH PERINGKAT NEGERI

Assalamualaikum...
Pada 6-7 Mac 2009, satu bengkel berkaitan telah dianjurkan oleh Pusat Latihan JPN Selangor di Hotel Regency, Kuala Lumpur. Bengkel ini untuk memastikan perjalanan Latihan peringkat sekolah dapat berjalan dengan baik.

PPD Hulu Selangor diwakili oleh Penolong PPD Pengurusan Akademik, Penyelia KBSR dan beberapa orang guru yang telah dipilih untuk turut serta. Guru-guru ini akan menjadi Jurulatih Utama di peringkat daerah untuk membantu PPD termasuk dalam proses pemantauan.

Saya berharap perjalanan LADAP peringkat sekolah akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.