PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 January 2007

mesyuarat panitia ekonomi asas

MESYUARAT PANITIA DAERAH EKONOMI ASAS KALI PERTAMA 2007

Mesyuarat panitia berkaitan telah ditetapkan pada:

Tarikh : 06 Februari 2007 (Selasa)
Masa : 02.00 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Kuala Kubu Bharu.

Surat kepada semua panitia telah diedarkan pada 29 Januari 2007. Setiap sekolah yang menawarkan subjek Ekonomi Asas dikehendaki menghantar ketua panitia, dalam mesyuarat tersebut.

Setiap wkil yang hadir dikehendaki membawa:
  • 2 set soalan objektif
  • 1 set soalan subjektif

Harap sediakan jawapan / skima jawapan bagi setiap set yang disediakan. Harap bawa salinan solf copy dan hard copy untuk tujuan mesyuarat.

Sebarang pertanyaan tentang kandungan mesyuarat boleh dirujuk kepada pengerusi panitia atau setiausaha panitia daerah, Pn Haw Lee Fong, di alamat SMK Kuala Kubu Bharu. Hal-hal lain boleh dirujuk kepada KUTV PPDHS, dengan menggunakan segala kemudahan yang tertera pada blog ini.

Semua hal berkaitan munum semasa mesyuarat telah diuruskan LO nya oleh KUTV. Pihak pengerusi hanya perlu membincangkan jenis minuman dan waktu minum yang paling sesuai.

Pengerusi melalui setiausaha dikehendaki menyiapkan maklumat mesyuarat:

  • Senarai nama kedatangan dan tandatangan guru-guru panitia.
  • Minit mesyuarat panitia.

Sekolah yang menawarkan subjek ini sekarang ialah:

  • SMK Kuala Kubu Bharu, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Kg Soeharto hanya memiliki kelas tingkatan 4.
  • SMK Sg. Choh, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Bukit Sentosa, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Ampang Pecah, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Bdr. Baru Btg. Kali, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Bdr. Sg. Buaya, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Tmn Buga Raya (1) memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Syed Mashor, memiliki kelas tingkatan 4 dan5.
  • SMK Dato Hj Kamaruddin, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMK Serendah, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMA Tinggi KKB, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.
  • SMA Sungai Selisek, memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.

Sekolah yang tidak menawarkan subjek ini ialah:

  • SMK Kalumpang.
  • SMK Gedangsa.
  • SM Sains Hulu Selangor.

Semoga panitia dapat merancang program yang lebih bermakna kepada semua ahli panitia.

Semoga panitia dapat bergerak dengan baik dan dapat melaksanakan program yang boleh dimanfaatkan oleh semua ahli panitia.

KUTV berharap semua ahli panitia dapat membiasakan diri menggunakan kemudahan internet dalam komunikasi antara satu sama lain khususnya dengan KUTV PPDHS. Biasakanlah diri masing-masing melawati blog yang disediakan oleh KUTV. Layari kemudahan ini untuk mengetahui segala maklumat yang disiarkan. Ini adalah salah satu kaedah maklumat dapat disebar dan diperoleh dengan cepat.

Semua ahli panitia juga dipelawa untuk memberikan respon masing-masing dalam blog ini. Komen dan respon tuan-tuan dan puan-puan akan membolehkan unit Teknologi & Vokasional bergerak dengan lebih baik.

Jika tuan-taun mempunyai maklumat atau artikel yang menarik, sila hubungi KUTV untuk dimasukkan di dalam blog ini sebagai perkongsian ilmu. KUTV amat berbesar hati menerima sumbangan guru semua.

Selamat bermesyuarat.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS / 29.01.2007 / 10 Muharam 1428.

28 January 2007

MAKLUMAT TEKNIK & VOKASIONAL 2007

MAKLUMAT TEKNIK & VOKASIONAL BELUM DITERIMA HINGGA 28 JANUARI 2007.

Mengikut rekod yang terdapat pada KUTV PPDHS, terdapat 3 buah sekolah belum menyerahkan disket maklumat Teknik & Voakasional, walaupun tarikh telah lama berlalu.

Sekolah dimaksudkan ialah:

1. SMK Ampang Pecah.
2. SMK Gedangsa.
3. SM Sains Hulu Selangor.

Semoga dapat diserahkan dengan segera kepada KUTV PPDHS. Jika boleh harap emailkan melalui sesiapa sahaja yang memiliki email di sekolah sebelum malam 29 Januari 2007, kerana pada 30 Januari 2007 KUTV perlu membawanya bersama ke mesyuarat dengan JPNS. Harap dapat disegerakan.

Terima kasih kepada semua sekolah yang telah menghantar maklumat dengan sempurna.

Buat pengetahuan semua sekolah,
KUTV menghadapi banyak masalah dalam mencantumkan maklumat yang disediakan oleh pihak sekolah kerana tidak mengikut ketetapan yang disebut dalam surat berkaitan. Antaranya, pihak sekolah telah menukar format borang kepada format word, ini menyebabkan KUTV terpaksa menggunakan masa yang lebih untuk menyelesaikan masalah tersebut. Malahan terdapat juga disket tidak boleh dibuka, mungkin ada virus, ini menyebabkan KUTV terpaksa menaip semula maklumat tersebut.

Untuk makluman semua,
Tuan PPDHS dalam mesyuarat JK induk data daerah Hulu Selangor, telah menyatakan hasratnya ntuk melihat semua sekolah membiasakan diri berhubung atau menghantar maklumat menggunakan email. Banyak masalah dapat diselesaikan jika kita sama-sama menggunakannya.

KUTV berharap semua pentadbir dapat membuka akaun email masing-masing. Jika masih tidak mempunyai kemampuan pada peringkat awal ini, gunakanlah email sesiapa sahaja di sekolah untuk menghantar maklumat. Ini sebagai langkah awal atau langkah pertama sebelum semuanya biasa dengan teknologi ICT ini, bagi mereka yang masih belum bermula.

Bagi mereka yang telah mempunyai kemahiran, berilah bantuan kepada semua pentadbir di sekolah masing-masing.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
28.01.2007
09 Muharam 1428.

khb ert tahun 2007

PELAKSANA KHB ERT TAHUN 2007 DI HULU SELANGOR

Panitia KHB ERT akan mempunyai ahli baru pada tahun 2007. Mungkin ada pertambahan sekolah yang menawarkan subjek ini.

Sekolah-sekolah yang menawarkan subjek ini di sekolah ialah:

1. SMK Kuala Kubu Bharu, mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
2. SMK Kg. Soeharto, mempunyai kelas tingkatan 1 dan 2 sahaja.
3. SMk Sg. Choh mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
4. SMK Kalumpang, mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
5. SMK Gedangsa mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
6. SMK Bukit Sentosa mempunyai kelas tingkatan 1,2 dan 3.
7. SM Sains Hulu Selangor mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
8. SMK Ampang Pecah mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
9. SMK Bdr. Baru Btg. Kali mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
10. SMK Bdr. Sg. Buaya mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
11. SMK taman Bunga raya mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
12. SMK Syed Mashor mempunyai kelas tingkatan 1 sahaja.
13. SMK Dato Hj. Kamaruddin mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
14. SMK Serendah mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
15. SMA Tinggi Kuala Kubu Bharu mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.

Sekolah yang tidak menawarkan sama sekali subjek ini ialah SM Agama Sg. Selisek.

Sekolah yang pertama kali akan memiliki calon subjek ini dalam PMR ialah SMK Taman Bunga Raya (1) sementara SMK Kg. Soeharto, tidak memiliki calon PMRnya pada tahun ini tetapi akan berada semula dalam PMR 2008.

SMA Tinggi Kuala Kubu Bharu, menjadi ahli panitia ini buat pertama kalinya. Selamat memberikan sumbangan dan berkongsi pengalaman dan maklumat dengan sekolah-sekolah yang lain.

Disedakan oleh:
KUTV PPDHS
28.01.2007
09 Muharam 1428.

27 January 2007

ketua panitia mata pelajaran ict sekolah-sekolah daerah hulu selangor

MESYUARAT DAN TAKLIMAT SEKOLAH PELAKSANA ICT NEGERI ELANGOR 2007

Semua ketua panitia dikehendaki hadir:

Tarikh : 30 Januari 2007
Masa : 09.00 pagi.
Tempat: Dewan Mesyuarat Unit Latihan, Unit Pengurusan Latihan, Jalan Cenderawasih, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor.

Ketua panitia dikehendaki membawa:
i. Strategi peningkatan prestasi m.p ICT di sekolah/ Pelan tindakan m.p ICT
ii. Jadual waktu guru panitia
iii. Jumlah pelajar m.p ICT tingkatan 4 dan 5.

Sekolah terlibat ialah:
  • SMK KKB
  • SMK Sungai Choh
  • SMK Dato Hj Kamaruddin
  • SMK Syed Mashor.

Surat panggilan telah diedarkan melalui Penolong Kanan masing-masing. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan tidak diabaikan.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS/ 26.01.2007 / 08Muharam 1428.

25 January 2007

harapan tuan PPD tentang pembangunan ICT

HARAPAN TUAN PPDHS, EN MOHD. SALLEH BIN KASSIM

Semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Data Daerah Hulu Selangor, menyatakan harapan supaya beliau dapat melihat perubahan berlaku dalam budaya ICT pentadbir di sekolah.

Beliau berharap dapat melihat semua pengetua, guru besar dan pemimpin-pemimpin lain di peringkat sekolah dapat membiasakan diri dan menjadi budaya membuka email pada setiap hari di pejabat atau di sekolah. Ini mungkin satu cabaran terhadap semua pengetua dan guru besar. Sebagai pemimpin di eringkat sekolah, mereka diharap dapat menjadi contoh dan teladan dalam hal ini.

Apabila kebiasaan ini menjadi budaya, sudah pasti banyak perubahan dapat berlaku. Penggunaan email ini sebagai membuka langkah kepada suatu harapan yang lebeh besar, dan beliau berhasrat perkara ini akan menjadi kenyataan. Beliau berharap kita dapat mewujudkan pentadbiran yang mengarah kepada elektronik seperti pengumpulaqn data yang lebih cepat daripada sekarang. Begitu juga dengan penyebaran maklumat ke seluruh sekolah di daerah ini.

Rasanya perkara ini amat selari dengan PIPP yang meletakkan ICT sebagai salah satu sasaran yang perlu diberi perhatian. Semoga tidak ada yang buta ICT lagi.

Sebelum hasrat Tuan PPD Hulu Selangor ini menjadi kenyataan, marilah kita memulakan perkara kecil dalam komunikasi melalui ICT, iaitu membiasakan penggunaan email apabila berhubung dengan pihak lain, terutamanya dengan PPD.

Beliau sudah pasti akan menyatakan hasrat besar ini dalam perjumpaan-perjumpaan yang akan datang. KUTV selaku salah seorang ahli jawatankuasa ini amat mengalu-ngalukan langkah baik ini. Kewujudan blog ini, sebagai bukti unit Teknologi & Vokasional amat gembira sekiranya semua kita dapat bekerjasama dan memulakan budaya dan kebiasaan ini.

Jangan bertangguh lagi untuk keesokan harinya, baru hendak memulakannya. Janganlah tunggu dan lihat sahaja perkembangan ICT yang berlaku di keliling kita. Sama-samalah kita menggunakan kemudahan yang baik ini. Saya berharap, jika KPM ada PIPP dalam tempoh 5 tahun, hasrat ini akan tercapai sepenuhnya dalam lingkungan tarikh tersebut. Insya Allah.

Dicatatkan oleh:
KUTV PPDHS
25.01.2007
06 Muharam 2007.

mesyuarat panitia KHB ERT daerah

MESYUARAT PANITIA KHB ERT KALI PERTAMA 2007

Sukacita dimaklumkan surat panggilan mesyuarat telah diedarkan pada 25 Januari 2007.

Mesyuarat ini akan diadakan :
Tarikh: 15 Februari 2007 ( Khamis)
Masa : 02.00 petang.
Tempat: SMK Dato Hj Kamaruddin, KKB
.

Tugasan untuk setiap sekolah yang menjadi ahli panitia juga telah ditetapkan. Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang hal ini sila rujuk Pn Bibi Fatimah bt Said Rastan (Setiausaha Panitia KHB ERT daerah) . Telefon SMK Dato Hj Kamaruddin ialah 03-60641378.

Jika ada pertanyaan lain, selain tugasan tersebut sila hubungi KUTV PPDHS, menggunakan telefon, faks atau email yang tertera pada blog ini.

Semoga panitia dapat merancang program yang baik untuk peningkatan prestasi mata pelajaran ini di peringkat sekolah masing-masing dan peringkat daerah amnya.

Semoga panitia dapat menguruskan perjalanan mesyuarat dengan baik. Harap sediakan maklumat mesyuarat seperti:

1. Kedatangan dan tandatangan ahli panitia daerah

2. Minit mesyuarat panitia.

Minuman mesyuarat telah diuruskan oleh KUTV dengan pembekal kantin SMK Dato Hj Kamaruddin, dan LO telah diuruskan. Harap pengerusi melalui wakilnya dapat berhubung engan pembekal minuman untuk menentukan masa minum dan jenis makanan yang diperlukan.


Dicatatkan oleh:
KUTV PPDHS
25.01.2007
06 Muharam 1428.

23 January 2007

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN

Masuklah blog ini untuk membaca beberapa tajuk lain yang disediakan oleh KUTV PPDHS. http://utvppdusel.blogspot.com
Terdapat tajuk-tajuk Headcount, PIPP(2006-2010) dan tonggak 12 yang pertama.

Berita terbaru untuk guru-guru khasnya guru-guru PPSMI.
Satu Ujian Khas akan diadakan pada 10 Februari 2007, seluruh Malaysia. Sila klik pada blog tercatat di atas.

Semoga saya diberikan kesempatan untuk menulis di ruangan ini lagi.
Jumpa lagi.

KUTV PPDHS
23.01.2007
04 Muharam 1428.

20 January 2007

persiapan untuk konvensyen ict negeri

KEPADA GURU-GURU YANG BERMINAT

Unit ICT JPNS bercadang untuk mengadakan konvensyen ICT peringkat negeri pada tahun ini. Insya Allah. Untuk tujuan itu kita perlu bersedia dengan wakil daerah untuk membentangkan kertas kerja.

Semua guru yang telah mendapat pendedahan dalam segala kemahiran ICT sama ada secara individu atau kumpulan, mungkin melalui latihan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia atau oleh pihak swasta dijemput memberi sumbangan jika ada idea dan kemahiran.

Mungkin guru-guru ada bahan pengajaran & pembelajaran yang dibangunkan sendiri untuk dikongsikan dalam konvensyen. Mungkin kumpulan guru di sekolah telah membangunkan apa-apa sahaja tentang ICT dan telah dapat dikongsikan secara bersama-sama di sekolah.

Alangkah baiknya semua ini dapat kita kongsi bersama di peringkat negeri, pada masa yang sama mungin boleh membantu guru-guru untuk menjadi guru anovatif dan mungkin boleh menjadi sokongan untuk jawatan guru cemerlang.

Jika guru-guru di Hulu Selangor, memiliki perkara ini harap dapat hubungi KUTV PPDHS atau boleh dibincangkan dengan penyelaras makmal omputer/ penyelaras ICT sekolah. Idea ini boleh dibawa dalam mesyuarat ICT akan datang.

Semoga guru-guru Hulu Selangor tidak ketinggalan dalam aspek ICT ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
20.01.2007
01 Muharam 1428.

19 January 2007

bppt ambilan 2 2007

KURSUS BPPT AMBILAN 2 SESI 2007

Berikut ialah peserta BPPT ambilan 2
Tarikh : 05-16 Februari 2007
Tempat : SMK Syed Mashor

1. Mohd Bakhtiar b Matal (SK Tun Razak)
2. Sarala a/p Subramaniam (SK KKB Satu)
3. Mohd Najib b Karim (SK Hulu Yam Bharu)
4. Hazita bt Abd. Ghani (SMK Bdr Sg. Buaya)
5. Noraishah bt Mohd Ghazali (SK Hulu Bernam)
6. Che Zainon bt Yusof (SMK Bukit Sentosa)
7. Naslah bt Ismail (SMK Bukit Sentosa)
8. Zubaidah bt Sulaiman (SK Tmn Bunga Raya)
9. Rosnita bt Zakaria (SK Tmn Bunga Raya)
10. Rajeswari a/p Appalanarsu (SJK T Batang Kali)
11. Zulkifli b Zainuddin (SK Ampang Pecah)
12. Juriah bt Judin ( SMK Tmn Bunga Raya)
13. Siti Zalilah bt Selamat (SK Serendah)
14. Ahmad Hisham b Hj Omar ( SK Kg. Kuantan)
15. Rosni bt Dahalan (SK Bdr. Sg. Buaya)
16. Hanip b Idris (SK Bdr. Sg. Buaya)
17. Lee Ai Ling ( SJK C Khing Ming)
18. Rani a/p Pachaiappan (SJK T KKB)
19. Fedoh Ompidok (SJK C Serendah)
20. Zarina bt Zainal Abidin (SMK KKB)
21. Rokayah bt Mohd Daud (SMK Serendah)
22. Hartoni bt Jazuri (SK Sg. Buaya)
23. Noor Asmah bt Mohd Nawi (SK Bkt. Sentosa)
24. Noraini bt Ab. Rahman (SK Bkt. Sentosa)
25. Nozidah bt Hassan (SMk Sg. Choh)

Surat telah diedarkan pada 19.01.2007 ( Jumaat), bagi guru-guru yang tidak mendapat surat lagi harap dapatkan daripada pentadbir di pejabat sekolah masing-masing. Jangan lupa hubungi KUTV PPDHS, untuk mendapatkan kepastian tentang hal ini.

Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat hadir pada pagi 05 Februari 2007 di Makmal Komputer SMK Syed Mashor.

Disediakan oleh
KUTV PPDHS
20.01.2007
01 Muharam 1428.

mesyuarat pemantapan makmal komputer dan program permata

MESYUARAT PEMANTAPAN MAKMAL KOMPUTER DAN PROGRAM MAHKOTA

Dua orang penyelaras ICT dari kalangan guru:

1. Tn. Syed Hassan bin Syed Mohamad (SMK KKB)
2. En. Mssalli bin Sahid (SMK Sg. Choh)

Dikehendaki hadir mesyuarat:

07 Februari 2007
SK Bukit Kapar, Jalan Setia Jaya, Kg. Bukit Kapar, Klang.
09.00 pagi - 05.00 petang.

Surat akan diedarkan ke sekolah pada Isnin 22 Januari 2007.
Sila hubungi KUTV PPDHS jika terdapat pertanyaan tentang hal ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
19.01.2007
29 Zulhijjah 1427.

mesyuarat pk kurikulum tentang kelas ict

MESYUARAT DAN TAKLIMAT SEKOLAH PELAKSANA ICT TAHUN 2007.

Penolong Kanan Kurikulum sekolah pelaksana ICT di Hulu Selangor

1. SMK Kuala Kubu Bharu
2. SMK Sg. Choh
3. SMK Dato Hj. Kamaruddin
4. SMK Syed Mashor

dikehendaki hadir
Mesyuarat berkaitan:

Tarikh: 24 Januari 2007
Masa: 09.00 pagi
Tempat: SMK Tinggi Klang

Perkara yang perlu dibawa semasa mesyuarat:

i. Senarai nama pelajar mp ICT Tingkatan 4 & 5, bilangan pelajar tingkatan 4 & 5 dan bilangan kelas tingkatan 4 & 5.

ii. Kriteria pemilihan pelajar untuk tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran ICT.

iii. Srategi peningkatan prestasi mp ICT sekolah

Terima kasih.
Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
19.01.2007
29 Zulhijjah 1427.

guru anovatif bidang teknologi & vokasional

GURU ANOVATIF TEKNIK & VOKASIONAL 2007

Pengumuman kepada semua guru subjek Teknik & Vokasional, termasuk guru ICT:

Anda dipelawa untuk dicalonkan sebagai guru anovatif peringkat negeri. Anda hanya perlu menyediakan satu bahan pengajaran & pembelajaran atau kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan dengan baik di dalam kelas.

Sila hubungi KUTV dengan segera melalui apa cara sekali pun yang mudah bagi mendapatkan maklumat. Guru-guru boleh berbuat dengan segera, untuk melaksanakan hal ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
19.01.2007
29 Zulhijjah 1427.

pemantauan kurikulum pertama KUTV

SMK SG CHOH
18 JANUARI 2007

Pemantauan pertama sesi 2007 oleh KUTV ialah ke SMK Sg. Choh. Tumpuan utama pemantauan ialah memantau pengajaran & pembelajaran di dalam kelas.

KUTV sempat memantau guru subjek Ekonomi Asas. KUTV memantau bersama PPPD Akademik (En Kamsah b Mokhtar).

Pemantauan bertujuan untuk berkongsi pengalaman, supaya pendidikan di daerah ini boleh berada pada tahap yang baik.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS
19.01.2007
29 Zulhijjah 1427.

maklumat teknik & vokasional 2007

SEKOLAH YANG TELAH MENGHANTAR MAKLUMAT SEHINGGA 18 JANUARI 2007

Sekolah yang telah diterima maklumatnya ialah:
1. SMK KKB
2. SMK Bdr. Sg. Buaya
3. SMK Kg. Soeharto
4. SMK Dato Hj Kamaruddin
5. SMK Syed Mashor
6. SMK Sg. Choh
7. SMK Kalumpang
8. SMK Bukit Sentosa
9. SMK Tmn Bunga Raya
10. SMA Sungai Selisek

Maklumat belum diterima daripada:
1. SMK Gedangsa
2. SMAT KKB
3. SMK Ampang Pecah
4. SMK Bdr. Baru Btg Kali
5. SMK Serendah
6. SM Sains Hulu Selangor.

Semoga pihak sekolah berkaitan dapat segerakan penghantaran maklumat.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
19.01.2007
29 Zulhijjah 1427.

15 January 2007

anugerah makmal komputer 2007

ANUGERAH MAKMAL KOMPUTER 2007

Salah satu program ICT tahun ini ialah anugerah makmal komputer terbilang 2007. Program ini akan dijalan di peringkat daerah dan seterusnya di peringkat negeri.

Semua penyelaras makmal komputer dikehendaki bersedia dalam hal ini. Jadikanlah makmal komputer di sekolah sebagai tempat yang digemari oleh semua murid dan warga sekolah. Urus dan gunakanlah makmal komputer ini secara yang baik dan teratur.

Kejayaan atau kegagalan makmal komputer sudah pasti menjadi tanggungjawab semua warga di sekolah. Oleh kerana ICT menjadi agenda yang besar, sudah pasti penyelaras akan menjadi individu yang akan memberi sumbangan dengan kejayaan program ini atau sebaliknya.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
15.01.2007
25 Zulhijjah 1427.

anugerah bengkel KHB kali pertama negeri Selangor

MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA PANITIA KHB DI SEKOLAH MENENGAH

ANUGERAH BENGKEL KHB GEMILANG 2007

Buat julung kali pada tahun ini, satu anugerah akan diberi kepada sekolah di peringkat daerah dan negeri.

Semua sekolah diharap dapat mengambil tindakan proaktif untuk memastikan bengkel KHB daerah Hulu Selangor berkeadaan baik. Semua guru yang bertanggung jawab terhadap bengkel-bengkel ini dapat bergerak lebih awal.

Taklimat akan dibuat, kemungkinan pada bulan Februari 2007. Walau bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan jika para guru dapat bertindak menceria dan menguruskan bengkel lebih awal.

Syarat anugerah akan dikemukan kepada semua sekolah selepas ini. Pada dasarnya anugerah mengikut kategori jenis bengkel akan diwujudkan. Walau bagaimanapun anugerah keseluruhan hanya akan diberi kepada sekolah yang berjaya menawarkan keempat-empat subjek KHB di sekolah masing-masing.

GERAKKAN PENGURUSAN BENGKEL KHB SEKOLAH MASING-MASING.

Semoga semua menerima masej ini.

Disediakan oleh
KUTV PPDHS
15.01.2007
25 Zulhijjah 1427.

14 January 2007

mesyuarat panitia bidang teknik & vokasional

PERHATIAN SEMUA PENGERUSI SUBJEK TEKNIK & VOKASIONAL 2007

Panitia-panitia berikut sila rujuk pengerusi masing-masing (Pengetua) tentang takwim mesyuarat panitia yang sepatutnya dijalankan sepanjang Jan dan Feb 2007. Rujuk takwim yang telah disediakan. Rujuk edaran-edaran yang diberi kepada mereka semasa mesyuarat Pengetua kali pertama bulan Disember dan Mesyuarat Kurikulum pertama pada 10 Januari 2007.

Pastikan keperluan mesyuarat panitia dibuat. Rujuk KUTV untuk melaksanakan mesyuarat.

Panitia yang perlu bertindak segera mengikut kronologi ialah:

1. Panitia KHB Pertanian dan Sains Pertanian (SMK Kg Soeharto) mesyuarat
dijangka pada 23 JANUARI 2007.

2. Panitia KHB ERT dan ERT ( SMK Dato Hj Kamaruddin) mesyuarat dijangka
pada 25 JANUARI 2007.

3. Panitia Ekonomi Asas (SMK kuala Kubu Bharu) mesyuarat dijangka
pada 05 FEBRUARI 2007

4. Panitia Perakauanan (SMK Sg Choh) mesyuarat dijangka
pada 08 FEBRUARI 2007

5. Panitia TMK (SMK Sg Choh) mesyuarat dijangka pada 13 FEBRUARI 2007.

6. Panitia Perdagangan (SMK Serendah) mesyuarat dijangka pada 15 FEBRUARI 2007.

7. Panitia KHB Perdagangan & Keusahawanan (SMK Sg Choh) mesyuarat
dijangka pada 15 Februari 2007.

Sila rujuk takwim, hubungi KUTV dengan segera untuk tindakan membekalkan makan/minum semasa mesyuarat dijalankan. Hantar maklumat pembekal makanan dengan segera. Jika tidak peruntukan makan/minum tidak akan dikeluarkan.

PERKARA PENTING UNTUK TINDAKAN:

AKTIVITI MESYUARAT HANYA BOLEH DILAKSANA PADA SEBELAH PETANG, KECUALI AKTIVITI YANG DIRANCANG SELEPAS ITU, JIKA MEMERLUKAN MASA YANG PANJANG BOLEH DIJALANKAN SEBELAH PAGI.

Disediakan oleh
KUTV PPDHS
14 Januari 2007
24 Zulhijjah 1427.

11 January 2007

bppt ambilan 1 2007

BPPT AMBILAN 1 2007

Selamat berkursus kepada semua guru ke pusat BPPT di SMK Syed Mashor Batang Kali. Berikut ialah nama peserta yang telah dipilih:

1. Pn Fazliana bt Ismail (SK Tun Abd Razak)
2. Pn Laila bt Monir (SK KKB Satu)
3. En Zahari b Ismail (SK KKB)
4. Pn Noraini bt Mohd Noor (SK Bkt Sentosa)
5. Pn Rosliza bt Wan Abd Kadir (SK Bkt Sentosa)
6. Pn Hartini bt Ibrahim (SK Bdr Sg Buaya)
7. Pn sakinah bt Ahmad (SK Bdr Sg Buaya)
8. Pn Mawarni bt Suib (SK Ampang Pecah)
9. En Ahmad Aniza b Ibrahim (SK Hulu Bernam)
10.Pn Norzaini bt Adnan (SK Ulu Yam Bharu)
11.Pn Noraishikin bt Harun (SK Ulu Yam Bharu)
12.Pn Rosmani bt Othman (SK Serendah)
13.Pn Sakinah bt Mustafa (SK Serendah)
14.En Kamal b Dahalan (SMK Bdr Sg Buaya)
15.En Mohd Nor b Yusoff (SMK Kg Soeharto)
16.En Mat Rahim b Yom (SMK Ampang Pecah)
17.Pn Laili bt Yahya (SMK DH Kamaruddin)
18.En Mohamad b Resad (SMK Syed Mashor)
19.Pn Zaiton bt Sangit (SMK Tmn Bunga Raya)
20.Pn Zubaida Beham Pakcher Mohamad (SMK Tmn Bunga Raya) digantikan oleh peserta yang lain)
21.Pn Roslaini bt Ali Bashah (SMK Sg Choh)
22.Pn Asmahan bt Abd Halim (SMK Sg Choh)
23.Norlizha bt Abdullah (SMK Bdr Baru Btg Kali)
24.Zamilah bt Che Ngah (SK Tmn Bunga Raya)
25.Asmah bt Ariffin (SK Bukit Beruntung)

Saya berharap semua guru ambilan 1 dapat menghadiri kursus dengan baik. Saya berharap apabila ada kelapangan, semua guru berkaitan datang melawati blog KUTV PPDHS. Berikanlah komen dan respon tentang kursus yang dihadiri.

Tinggalkanlah mesej dan maklum balas tuan-tuan dan puan-puan di sini.

Khas buat En Kamarul Azam:
Saya bagi pihak PPD Hulu Selangor ingin merakamkan ribuan terima kasih banyak atas sumbangan beliau menjadi Jurulatih Utama semenjak Ogos 2004 - Dis 2006. Selamat menjalankan tugas di tempat yang baru.

Untuk pengganti beliau:
Saya ingin merakamkan ucapan selamat datang dan bertugas di Hulu Selangor. Jurulatih Utama bagi sesi 2007 akan dipikul oleh En Mohd Sabli bin Othman, sebelum ini bertugas di Kuala Selangor. Saya berharap semua peserta dapat memberikan kerjasama kepada beliau dan pembantunya yang sedia ada di pusat SMK Syed Mashor. Kepada kedua-dua mereka, saya berharap kedua-duanya tidak jemu-jemu meluahkan ilmu kepada guru-guru di daerah ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
11.01.2007
21 Zulhijjah 1427.
Dikemaskini pada:
14.01.2007
02.55 petang.



04 January 2007

KEPUTUSAN PMR UNIT TEKNOLOGI & VOKASIONAL

SUBJEK KHB DALAM KEPUTUSAN PMR TAHUN 2006

Peratus Kelulusan dan rank berdasar 14 subjek utama di daerah.

KHB Kemahiran Teknikal ( Pilihan 1) 2006 mencatat 96.12% (rank 2) berbanding 95.14% (rank 5) tahun 2005. meningkat 0.98%. Jika dibandingkan keputusan peratusan negeri 93.98%.
Calon mendapat A ialah 33.33% berbanding negeri 27.59%.

Tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus untuk memastikan peningkatan ini berlaku.

KHB ERT (Pilihan 2) 2006 mencatat 95.26% (rank 3) berbanding 97.98% (rank 2) tahun 2005, menurun 2.72%. Jika dibandingkan keputusan peratusan negeri 95.71% yang lebih tinggi sedikit. Calon mendapat A 24.77% berbanding negeri 27.96%.

Guru-guru subjek ini diharap dapat meningkatkan usaha supaya peningkatan dikembalikan semula.

KHB Pertanian ( Pilihan 3) 2006 mencatatkan 91.01% (rank 9) berbanding 89.78% (rank 10) tahun 2005. meningkat 0.23%. Jika dibandingkan keputusan peratusan negeri 92.52% yang lebih tinggi sedikit. Calon mendapat A hanya 9.61% berbanding negeri 14.03%.

Tahniah kepada semua guru yang dapat meningkatkan peratusannya, tetapi kualiti mendapat A perlu diberikan penumpuan.

KHB Perdagangan & Keusahawanan (Pilihan 4) 2006 mencatatkan 97.97% (rank 1) berbanding 98.81%(rank 1) tahun 2005, menurun 0.84%. Jika dibandingkan keputusan peratusan negeri 95.07% sahaja. Calon mendapat A 27.83% berbanding negeri 31.16%.

Walaupun menurun, peratusan lulus subjek ini masih tinggi, namun begitu masih ada ruang untuk penambahbaikan terutama aspek kualiti.

GPMP dan rank berdasar 14 subjek utama.

KHB Teknikal
2.37 (rank 5) 2006 berbanding 2.36 (rank 4) 2005. Terdapat sedikit kemerosotan.GPMP negeri hanya 2.47.

KHB ERT
2.37 (rank 5) 2006 berbanding 2.31 (rank 3) 2005. Terdapat sedikit kemerosotan. GPMP negeri hanya 2.47.

KHB Pertanian
2.70 (rank 8) 2006 berbanding 2.82 (rank 10) 2005. Terdapat peningkatan. GPMP negeri hanya 2.85.

KHB Perdagangan & keusahawanan
2.23 (rank 1) 2006 berbanding 2.24 (rank 1) 2005. Terdapat peningkatan. GPMP negeri hanya 2.36.

Tahniah kepada semua guru yang berkaitan kerana mampu mengekalkan subjek KHB Pil 4 sebagai subjek terbaik bagi tahun kedua berturut-turut.

Marilah kita, terutamanya semua guru KHB setiap sekolah di Hulu Selangor meneliti analisis ini dan bandingkanlah dengan keputusan KHB sekolah masing-masing. Tahniah jika sekolah tuan-tuan dan puan-puan berada pada tahap yang lebih baik daripada himpunan analisis daerah dan negeri. Tahniah khusus kepada pendidik yang berada di dalam kelas dan bengkel KHB untuk memastikan perkara tersebut terhasil. Walau bagaimanapun kita tidak boleh cepat berpuas hati. Pasti masih ada ruang untuk melakukan penambahbaikan.

Bagi sekolah yang tidak mencapai tahap itu, sama-samalah tanamkan azam untuk berusaha mengubah semua yang kekurangan.


Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
05.01.2007
15 Zulhijjah 1427.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKADEMIK

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKADEMIK HULU SELANGOR KALI PERTAMA 2007

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada:
Sekolah Rendah:
Tarikh: 09 Januari 2007
Tempat : SK RASA
Masa: 09.00 pagi
Kehadiran: Semua guru besar daerah Hulu Selangor
48 orang.

Sekolah Menengah:
Tarikh: 10 Januari 2007
Tempat: PPD Hulu Selangor
Masa: 09.00 pagi
Kehadiran : Semua pengetua daerah Hulu Selangor
16 orang.

Semoga tuan-tuan dan puan-puan maklum akan hal ini. Semoga kehadiran semua akan meletakkan pendidikan kurikulum Hulu Selangor dan sekolah masing-masing pada tahap yang terbaik.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
04.01.2007
14 Zulhijjah 1427.

02 January 2007

SELAMAT MEMULAKAN SESI 2007

Pada 03 Januari 2007 bersamaan 13 Zulhijjah 1427 bermulalah sesi persekolahan 2007

Selamat kembali menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing, kepada warga pendidik di daerah Hulu Selangor.

Kita semua baru selesai melalui Hari Raya Kurban. Pasti telah ramai rakan pendidik yang telah selesai menjalani ibadat ini. Semoga mereka akan selamat kembali ke tanah air. Bagi yang tidak ke tanah suci Mekah, mereka menjalani ibadat kurban di tanah air.

Perkara yang paling penting daripada ibadat ini, pasti kita dituntut untuk terus berkorban dalam bidang pendidikan. Kaum pendidik pasti dituntut untuk melakukan sedikit pengorbanan semasa menjalankan tanggungjawab. Marilah kita fikirkan bersama-sama, apakah kita telah mengorbankan tenaga kita, malahan memang dituntut, memberikan komitment dalam tugas kita.

Adakah benar-benar kita telah melaksanakan tanggungjawab kita sepenuhnya, atau mungkin hanya sekadar yang sepatutnya sahaja. Apa yang terhasil pastilah berkait dengan apa sahaja yang kita usahakan. Jika sedikit usaha, pastilah hasilnya tak seberapa juga. InsyaAllah, saya ingin mengingatkan diri saya dan semua, Allah akan memberikan balasan yang sepatutnya dengan segala pengorbanan yang kita lakukan.

Pada tarikh yang sama kita disambungkan dengan tanggal 01 Januari 2007. Menjelang tahun baru ini pelbagai perayaan dilakukan, kadang kala jika diteliti semuanya tidak lebih daripada hiburan semata-mata. Paling malang jika sambutan kita menyimpang daripada kehendak agama dan adat orang timur sendiri.

Tahun baru juga masing-masing menanam azam baru. Ada yang war-warkan azam masing-masing di radio dan alat media yang lain. Kadang kala terlintas difikiran ini, azam yang dikemukakan hanya memenuhi tuntutan masa sahaja. Apabila, mulanya hari-hari mendatang azam yang dilafazkan hanya tinggal begitu sahaja.

Azam atau tekat ini sama seperti menanam tumbuh-tumbuhan yang kita harap membuahkan hasil. Jika setakat ditanam tanpa dibaja pasti hasilnya tak begitu memuaskan hati. Ada juga tanaman yang ditanam itu tidak hidup, apatah lagi hendak mengeluarkan hasil. Azam tahun baru juga memerlukan pelaksanaan sepenuh hati. Pada masa inilah pengorbanan kita diperlukan.

Saya berharap semua warga pendidik, khususnya guru-guru bidang teknologi & vokasional akan meneruskan tanggungjawab masing-masing dengan lebih baik. Semoga segala kesilapan dan kekurangan pada sesi 2006 yng lalu dapat kita baiki bersama-sama. Semoga sesi 2007 akan membuahkan hasil yang menggembirakan kita semua.

Semoga hidup kita sebagai pendidik akan sentiasa dirahmati Allah hendaknya. Berikan pendidikan yang terbaik kepada anak didik kita, sesuai dengan tuntutan agama dan matlamat Kementerian Pelajaran.Marilah kita berikan yang terbaik sebagaimana kita mengharapkan pendidik lain mendidik anak-anak kita atau adik-adik kita, mungkin semua waris kita.

Selamat bertugas kembali. Selamat memulakan tugas di daerah ini bagi rakan-rakan guru yang baru bertukar ke daerah ini.

Sekian, terima kasih.
KUTV PPDHS
02.01.2007
12 Zulhijjah 1427.