PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

31 October 2007

KURSUS APLIKASI ICT UNTUK JURULATIH ICTL NEGERI SELANGOR

Kursus ini dijalankan di Impiana Cherating pada 30.10. hingga 02.11.2007. Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Hjh. Hanim bt Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Selangor.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan kata-kata aluan daripada Ketua Jurulatih ICTL.
En Abd Razk bin Taib (Penyelia Bidang Kurikulum ICT dan Pengkomputeran)memulakan ucapan. Mengalu-ngalukan kehadiran Ketua Sektor dan kepada semua peserta.

Setiap daerah diwakili 4 orang peserta (Jurulatih).Jurulatih ICTL terdapat juga menjadi Jurulatih Aplikasi ICT.
En Abd Razak menerangkan bahawa Aplikasi ICT akan menjangkau 6 ribu orang. Pada masa yang sama kursus memanfaatkan schoolnet pada 20-21 November 2007. Untuk murid-murid akan dijalankan pada minggu hadapan. ICTL menengah akan dijalankan untuk 2 orang setiap sekolah. Telah dicadangkan tarikhnya 13-14 November 2007. ICTL sekolah rendah memulakan kursus 31.10 hingga 03.11.2007 di Sentuary, Cherating.

Ucapan Puan Hanim (Ketua Sektor Pengurusan Akademik)
Tahniah kerana pengerusi memulakan majlis dengan pantun. Walaupun musim hari raya masih ada peserta telah diminta hadir ke sini. Setiap kita perlu selesaikan visi yang perlu diselesaikan pada tahun ini juga. Dalam masa tersingkat ini hendaklah laksana sebelum SPM.

Ketua Sektor mencadangkan supaya gunakan Bahasa Inggeris lebih supaya selari dengan rancangan Kementerian Pelajaran dalam program ini. Guru yang menjadi Jurulatih masih muda dan diyakini untuk melaksanakan program ini. Harap lihat semula buat perancangan tahun hadapan kerana banyak kursus yang telah dibuat. Buat kajian terhadap ICT di daerah dan negeri.

Ucapan terima kasih kepada Jurulatih yang dikendali.Peserta dicadangkan supaya menyediakan minit curai dan diserahkan kepada Pengetua supaya mereka lebih faham dengan tugas yang dijalan dan akan dilaksanakan selepas ini. Majlis ini dirasmikan dengan ucapan Bismillahirrahmanir rahim.

27 October 2007

PENGETUA, PENOLONG KANAN DAN GURU BESAR DI SURIA CERATING

Mulai 28 Oktober 2007 PPD Hulu Selangor mengadakan program mesyuarat dan kursus bagi Pengetua dan Penolong Kanan sekolah menengah di Suria Cerating. Pada masa yang sama Guru Besar sekolah rendah daerah Hulu Selangor juga berada di Suria Cerating untuk program PPD Hulu Selangor.

Selamat datang dan memulakan program bersama di Suria Cherating.

Pengurusan Akademik telah diminta oleh Tuan PPD menyedia dan membentangkan program khas pada masa perjumpaan tersebut. Pengerusan Akademik telah bersetuju melalui Unit Bahasa dan Unit Sains Matematik menyediakan program yang dijangka akan dijalankan pada tahun 2008. Kita mengakui kedua-dua unit ini memang menjadi tonggak dalam kebanyakan program Kementerian Pelajaran Malaysia.

Apabila dibincangkan terdapat beberapa isu dalam subjek berkaitan, kami memilih untuk menyediakan program bagi subjek Bahasa Inggeris sekolah rendah. Program Sains Matematik untuk peringkat menengah dan rendah. Ini berkait rapat bahawa PPSMI masih menjadi program yang masih dipantau dan dijalankan di semua sekolah.

Diruang ini saya ingin mencatatkan sedikit sebanyak program yang disediakan oleh kedua-dua unit berkenaan. Sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ketua Unit iaitu Pn Hjh Hamidah bt Samad dan En Aznan bin Kasan.

Program Unit Bahasa bersama Unit KBSR:
Hulu Selangor English Language Programme (HELP) 2008.

Pengenalan:
Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang diberi perhatian penting dalam pendidikan hari ini. Bagi sekolah-sekolah di Hulu Sewlangor banyak usaha yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan dan pencapaian bahasa Inggeris yang baik dalam kalangan guru mahupun murid. Usaha yang bersepadu dan terancang amat perlu bagi memastikan pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris cemerlang di daerah ini.

Objektif:
1. Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru-guru.
2. Mendedahkan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang berkesan.
3. Menyebarkan maklumat terkini tentang program-program bahasa anjuran KPM.
4. Memupuk dan merangsang minat murid-murid untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris.
5. Meningkatkan pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan awam.

Antara program yang akan dilaksanakan ialah:
1. English Day - murid-mrid di sekolah.
2. Bengkel Penandaan Kertas Bahasa Inggeris UPSR.
3. Pengajaran dan Pembelajaran Pembendaharaan Kata dan Menulis.
4. Enhance Learning by British Council.
5. Methods to Teach Literature Component.
6. Bengkel Pembinaan Item Soalan Bahasa Inggeris.
7. Newspaper in Classroom (NIE)
8. Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris bagi Guru Bukan Opsyen.
Program 2-8 adalah untuk semua guru sekolah rendah yang telah ditetapkan bagi semua peringkat guru Bahasa Inggeris. Semua yang dicadangkan oleh Unit Bahasa ini adalah program yang boleh dikendalikan secara terus oleh PPD yang menjurus kepada guru-guru.

Jika pihak sekolah ingin mengadakan program bolehlah fikirkan perkara yang menjadi isu di sekolah. daripada isu tersebut bolehlah wujudkan program kurikuum masing-masing.

Program Unit Sains Dan Matematik:

PROGRAM SOYUZ TMA-11
SCIENCE AND MATEMATIK INNOVATIF PROGRAMME (SMIP)

Latar belakang:
Program Soyuz TMA-11 mengambil nama sempena kapal angkasa dalam misi ke stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang disertai oleh Dr. Sheikh Muszaphar Syukur Sheikh Musstapha. Beliau ialah angkasawan negara pertama telah menjalankan eksperimen di ISS dan telah membakar semangat seluruh rakyat negara khsnya pelajar-pelajar menerokI Dn mencari maklumat tentang alam angkasa lepas. Bertolak daripada ini, Unit Sains dan Matematik Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor mengambil inisiatif melaksanakan program SMIP daerah ini.

Matlamat:
Program ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan PPSMI dan secara khusus prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains dan matematik (S&M) khasnya tahun 6 pada tahun 2008.
Sila rujuk kertas kerja yang disediakan oleh Ketua Unit Sains dan Matematik, En Aznan bin Kassan.
Perkara ini akan dibentangkan dalam perjumpaan beliau engan pihak guru berkaitan pada masa akan datang.




17 October 2007

MINGGU HARI RAYA AIDIL FITRI

Pada hari ini sudah masuk Raya ke-5. Minggu ini kebanyakan warga pendidik masih bercuti. Selamat berhari raya kepada semua. Jangan lupa diri semasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Berhati-hati di jalan raya.

Saya hanya sempat bercuti sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, Pada hari Isnin dan Selasa (Hari Raya ke-4 dan ke-5) saya telah mula bertugas semula. Walau bagaimanapun saya mengambil cuti rehat pada Raya ke-6 dan ke-7, kerana sebelumnya terpaksa bertugas. Setidak-tidaknya dapatlah merehatkan diri.

Jemputlah datang ke rumah jika ada kelapangan.

08 October 2007

MESYUARAT PENYELARASAN JU APLIKASI ICT PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum..

Dengan ini dimaklumkan bahawa suatu mesyuarat bagi semua Ketua Jurulatih Aplikasi ICT peringkat sekolah akan diadakan pada 22 Oktober 2007 di Bilik Mesyuarat SK Kuala Kubu Bharu (PPD Cawangan), bagi menyelaraskan semua perkara yang diperlukan bagi melaksanakan kursus.

Setiap sekolah diminta menghantar seorang wakil (Ketua Jurulatih Sekolah), Nama tercatat pada lampiran surat yang telah diedarkan. Harap dapat mengambil tindakan beberapa perkara yang penting; iaitu, jumlah yang boleh dilatih oleh pihak sekolah, jika memerlukan jumlah tambahan daripada jumlah yang telah dipersetujui. Sila bawa maklumat semasa mesyuarat.

Sekolah yang tidak dapat melaksanakan sendiri seperti:
SK Kerling akan menumpang di SK Lembah Beringin.
SK Antara Gapi menumpang di SK Batang Kali.
SMK Bdr Baru Btg Kali menumpang di SMK Sg Choh

Terdapat beberapa buah sekolah, Penolong Kanan tidak hadir semasa mesyuarat penyelarasan yang lalu, maka tidak dapat dibuat keputusan muktamat. Oleh itu pihak sekolah diminta membuat keputusan sama ada ingin menjalankan sendiri atau menumpang di sekolah lain. Sekolah yang perlu membuat keputusan dalam hal ini ialah:
SM Sains Hulu Selangor.
SMK Kalumpang.
SK Sg Tengi
SK Gedangsa.
SK Ulu Yam Lama
Harap buat keputusan segera. Hubungi Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Akademik segera, setidak-tidaknya pada 22 Oktober 2007, perkara ini dapat diputuskan.

Sekolah SJK Cina dan SJK Tamil hanya akan dipanggil kursus ke pusat latihan yang akan ditetapkan semasa persekolahan antara Oktober - November 2007.

Satu kumpulan guru KIA2M akan dipanggil kursus berkaitan, ini melibatkan semua sekolah rendah (SK,SJKC dan SJKT). Harap pihak sekolah dapat menyediakan guru berkaitan apabila dipanggil untuk berkursus.

Harap semua yang dipanggil mesyuarat pada 22 Oktober 2007 dapat hadir supaya kursus dapat dijalankan dengan lancar.

Semoaga pihak sekolah dapat maklumat ini demi kebaikan latihan guru di peringkat daerah.

04 October 2007

MESYUARAT PENGURUSAN KURSUS APLIKASI ICT DAERAH HULU SELANGOR

Pada 5 Oktober 2007, telah diadakan taklimat dan mesyuarat pelaksanaan kursus Aplikasi ICT daerah Hulu Selangor. Semua Penolong Kanan Kurikulum yang dijangkakan sekolah mereka akan dijadikan pusat latihan telah hadir taklimat ini.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PPSMI DAERAH HULU SELANGOR

Selepas taklimat guru cemerlang suatu mesyuarat Jawatankuasa Induk PPSMi daerah Hulu Selangor telah dilaksanakan di SK Kalumpang. Dengan adanya mesyuarat ini maka secara rasmi tertubuhlahlah Jawatankuasa PPSMI secara rasmi.

Semoga perlaksanaan PPSMI peringkat daerah akan lebih baik dan mantap dengan tertubuhnya Jawatankuasa ini.

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH DI SK KALUMPANG

Pada 4 Oktober 2007, suatu perjumpaan pihak PPDHS dengan semua Pengetua, Guru Besar telah dilaksanakan di SK Kalumpang. En Kamsah mempengerusikan mesyuarat kerana Tn Hj Suhaimi tidak dapat turut serta. Perjumpaan khas untuk guru Cemerlang.

Semoga ramai akan memohon kerana syarat dipermudah. Borang perlu dikembalikan ke PPD pada atau sebelum 10 Oktober 2007.

Penilaian akan dilakukan oleh Pengetua dan Guru Besar sahaja. Setiap sekolah perlu calonkan sekurang-kurangnya 2 orang guru.

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang hadir. Maaf zahir batin.