Assalamualaikum....
Surat baru diedarkan kepada semua sekolah daerah Hulu Selangor tentang kursus pembugaran Headcout daerah Hulu Selangor.
Kursus akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 02 Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi.
Tempat: Auditorium Raja Alam, Akademi Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.
Pengisian kursus dijangkakan ialah:
1. Slot Program PATS.
2. Slot "Konsep Headcount"
3. Slot Elemen 9: Ke arah pemantauan pengajaran & pembelajaran yang berkesan.
Peserta kursus terdiri daripada:
1. Pengetua dan Guru Besar.
2. Penolong Kanan Kurikulum.
3. Penolong Kanan Petang.
4. Ketua Bidang.
Semoga jemputan kursus ini dapat dipenuhi semua pentadbir peringkat sekolah.