PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 March 2017

MAKLUMAT UNIT PEPERIKSAAN

MAKLUMAT LAMA YANG BELUM DIPOSKAN LAGI

Unit Peperiksaan menguruskan semua yang berkaitan dengan peperiksaan Awam dan peperiksaan PTK Guru. Namun bagi yang ingin mendudki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian, berikut adalah makluman yang penting.

Peperiksaan SPM November:
Peperiksaan ini diadakan dalam bulan November. Mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon persendirian seperti berikut:






  1. 1103 - Bahasa Melayu (RM12.00)



  2. 1119 - Bahasa Inggeris (RM20.50)



  3. 1223 - Pendidikan Islam (RM10.50)



  4. 1225 - Pendidikan Moral (RM10.50)



  5. 1249 - Sejarah (RM10.50)



  6. 1449 - Matematik (RM10.50)



  7. 1511 - Sains (RM12.00))



  8. 2205 - Literature in English (RM10.50)



  9. 2215 - Kesusasteraan Melayu (RM10.50)



  10. 2280 - Geografi (RM10.50)



  11. 2361 - Bahasa Arab Tinggi (RM10.50)



  12. 2611 - Pendidikan Seni Visual (RM12.00)



  13. 3472 - Matematik Tambahan (10.50)



  14. 3755 - Perdagangan (RM10.50)



  15. 3756 - Prinsip Perakaunan (RM10.50)



  16. 3757 - Ekonomi Asas (RM10.50)



  17. 3759 - Lukisan Kejuruteraan (RM10.50)



  18. 4531 - Kimia (RM12.00)



  19. 4541 - Fizik (RM12.00)



  20. 4551 - Biologi (RM12.00)



  21. 4561 - Sains Tambahan (RM12.00)



  22. 4571 - Pengetahuan Sains Sukan (RM10.50)



  23. 5226 - Tasawwur Islam (RM10.50)



  24. 5227 - Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah (RM10.50)



  25. 5228 - Pendidikan Syariah Islamiah (RM10.50)



  26. 6351 - Bahasa Cina (RM10.50)



  27. 6354 - Bahasa Tamil (RM10.50)



  28. 6355 - English for Science and Technology (RM10.50)



  29. 6362 - Bahasa Arab (Komunikasi)



  30. 9216 - Kesusasteraan Cina (RM10.50)



  31. 9217 - Kesusasteraan Tamil (RM10.50)



  32. 9221 - Bible Knowledge (RM210.50)



  33. 9302 - Bahasa Peranchis (RM10.50)



  34. 9378 - Bahasa Punjabi (RM10.50)



Mata Pelajaran bewarna merah adalah mata pelajaran dengan komponen kerja kursus. Calon perlu mendapat tajaan sebelum mendaftar mata pelajaran tersebut.



Bagaimana untuk mendaftar?



Barang pendaftaran, buku peraturan dan panduan peperiksaan SPM untuk mengambil peperiksaan ini boleh diperoleh di Jabatan Pelajaran Negeri. Tarikh pendaftaran akan diumumkan melalui akhbar-akhbar tempatan. Calon perlu mengemukakan borang pendaftaran sebelum tarikh tutup pendaftaran.



Apakah syarat-pendaftaran?



Mereka yang pernah menduduki PMR sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun sebelum mendaftar untuk SPM atau yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPM/MCE/SC/FMC atau yang telah mencapai umur 19 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan semasa.



Syarat Pemilihan mata pelajaran.



Calon yang mengambil peperiksaan SPM kali pertama wajib mendaftar mata pelajaran berikut:



1103 - Bahasa Melayu



1119 - Bahasa Inggeris



1223 - Pendidikan Islam atau



1225 - Pendidikan Moral



1249 - Sejarah



1449 - Matematik



1511 - Sains



Calon juga boleh menambah mata pelajaran lain yang ditawarkan tertakluk kepada syarat syarat mata pelajaran berkenaan. Calon yang mempunyai sijil SPM/SPMV/MCE/PMC boleh memilih mana-mana mata pelajaran yang ditawarkan tertakluk kepada syarat

No comments: