PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

27 October 2007

PENGETUA, PENOLONG KANAN DAN GURU BESAR DI SURIA CERATING

Mulai 28 Oktober 2007 PPD Hulu Selangor mengadakan program mesyuarat dan kursus bagi Pengetua dan Penolong Kanan sekolah menengah di Suria Cerating. Pada masa yang sama Guru Besar sekolah rendah daerah Hulu Selangor juga berada di Suria Cerating untuk program PPD Hulu Selangor.

Selamat datang dan memulakan program bersama di Suria Cherating.

Pengurusan Akademik telah diminta oleh Tuan PPD menyedia dan membentangkan program khas pada masa perjumpaan tersebut. Pengerusan Akademik telah bersetuju melalui Unit Bahasa dan Unit Sains Matematik menyediakan program yang dijangka akan dijalankan pada tahun 2008. Kita mengakui kedua-dua unit ini memang menjadi tonggak dalam kebanyakan program Kementerian Pelajaran Malaysia.

Apabila dibincangkan terdapat beberapa isu dalam subjek berkaitan, kami memilih untuk menyediakan program bagi subjek Bahasa Inggeris sekolah rendah. Program Sains Matematik untuk peringkat menengah dan rendah. Ini berkait rapat bahawa PPSMI masih menjadi program yang masih dipantau dan dijalankan di semua sekolah.

Diruang ini saya ingin mencatatkan sedikit sebanyak program yang disediakan oleh kedua-dua unit berkenaan. Sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ketua Unit iaitu Pn Hjh Hamidah bt Samad dan En Aznan bin Kasan.

Program Unit Bahasa bersama Unit KBSR:
Hulu Selangor English Language Programme (HELP) 2008.

Pengenalan:
Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang diberi perhatian penting dalam pendidikan hari ini. Bagi sekolah-sekolah di Hulu Sewlangor banyak usaha yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan dan pencapaian bahasa Inggeris yang baik dalam kalangan guru mahupun murid. Usaha yang bersepadu dan terancang amat perlu bagi memastikan pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris cemerlang di daerah ini.

Objektif:
1. Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru-guru.
2. Mendedahkan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang berkesan.
3. Menyebarkan maklumat terkini tentang program-program bahasa anjuran KPM.
4. Memupuk dan merangsang minat murid-murid untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris.
5. Meningkatkan pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan awam.

Antara program yang akan dilaksanakan ialah:
1. English Day - murid-mrid di sekolah.
2. Bengkel Penandaan Kertas Bahasa Inggeris UPSR.
3. Pengajaran dan Pembelajaran Pembendaharaan Kata dan Menulis.
4. Enhance Learning by British Council.
5. Methods to Teach Literature Component.
6. Bengkel Pembinaan Item Soalan Bahasa Inggeris.
7. Newspaper in Classroom (NIE)
8. Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris bagi Guru Bukan Opsyen.
Program 2-8 adalah untuk semua guru sekolah rendah yang telah ditetapkan bagi semua peringkat guru Bahasa Inggeris. Semua yang dicadangkan oleh Unit Bahasa ini adalah program yang boleh dikendalikan secara terus oleh PPD yang menjurus kepada guru-guru.

Jika pihak sekolah ingin mengadakan program bolehlah fikirkan perkara yang menjadi isu di sekolah. daripada isu tersebut bolehlah wujudkan program kurikuum masing-masing.

Program Unit Sains Dan Matematik:

PROGRAM SOYUZ TMA-11
SCIENCE AND MATEMATIK INNOVATIF PROGRAMME (SMIP)

Latar belakang:
Program Soyuz TMA-11 mengambil nama sempena kapal angkasa dalam misi ke stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang disertai oleh Dr. Sheikh Muszaphar Syukur Sheikh Musstapha. Beliau ialah angkasawan negara pertama telah menjalankan eksperimen di ISS dan telah membakar semangat seluruh rakyat negara khsnya pelajar-pelajar menerokI Dn mencari maklumat tentang alam angkasa lepas. Bertolak daripada ini, Unit Sains dan Matematik Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor mengambil inisiatif melaksanakan program SMIP daerah ini.

Matlamat:
Program ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan PPSMI dan secara khusus prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains dan matematik (S&M) khasnya tahun 6 pada tahun 2008.
Sila rujuk kertas kerja yang disediakan oleh Ketua Unit Sains dan Matematik, En Aznan bin Kassan.
Perkara ini akan dibentangkan dalam perjumpaan beliau engan pihak guru berkaitan pada masa akan datang.