Majlis ini telah dijalankan bagi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor pada 05 September 2007 di SMK Bagan Terap, Sabak Bernam. 12 orang Penolong Kanan atau wakil daripada daerah Hulu Selangor telah hadir. Sekolah yang tidak hadir ialah:
SMK Kalumpang.
SMK Gedangsa.
Semoga kedua-dua buah sekolah ini tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan program ini. Rujuk kepada sekolah yang telah hadir taklimat ini.Walau apa cara sekalipun program ini perlu dilaksanakan seperti pekeliling yang telah diedarkan.
Penolog PPD Akademik
PPD Hulu Selangor
PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK
08 September 2007
KURSUS JU APLIKASI ICT DAERAH HULU SELANGOR
Surat untuk guru-guru sekolah menengah dan sekolah kebangsaan menghadiri kursus ini pada 11-12 September 2007 di SK Kalumpang, telah diedarkan. Patikan guru yang telah dipilih pihak sekolah membawa keperluan berikut:
- Laptop teknologi wifi
- Wayar sambungan
Selamat berkursus. Saya tidak dapat hadir pada tarikh tersebut kerana telah dikehendaki hadir kursus ISO pada saat akhir di Port Dickson.
Jurulatih yangakan menguruskan kursus ini ialah:
- Tn Syed Hassan b Syed Mohamad.
- Tn Hj Musalli b Md Sahid
- En Muslimin b Parman
- En Samsul b Selamat
Disediakann oleh
Rozali bin Mazlan/ PPPDPA Hulu Selangor.
MODUL ICTL SEKOLAH MENENGAH
Semua 14 buah sekolah pelaksana ICTL sekolah menengah dikehendaki mengambil modul ICTL daripada KUTV/Penolong PPD Pengurusan Akademik di PPD Cawangan. Sila dapatkan daripada petugas di kaunter PPD Cawangan.
Rozali bin Mazlan
Rozali bin Mazlan
Subscribe to:
Posts (Atom)