PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

31 January 2009

TAKLIMAT PERKHIDMATAN GURU-GURU BARU DAERAH HULU SELANGOR 2009

Assalamualaikum...

Pada hari ini 31 Januari 2009, PPD Hulu Selangor telah mengadakan taklimat ini di Serendah Golf Resort mulai 8.30 pagi. Dalam majlis ini En Kamsah bin Mokhtar mewakili Tuan PPD, Tn Hj Suhaimi bin Rashid telah memulakan majlis dengan ucapan perasmian. Selepas itu En Kamsah mengambil kesempatan memberikan taklimat tentang organisasi PPD Hulu Selangor, terutama yang berkaitan dengan Pengurusan Sekolah.

Saya mewakili kumpulan pengurusan Akademik menyampaikan taklimat dari sudut Akademik. Dalam perjumpaan ini saya sempat menyentuh dan memperkenalkan semua pegawai Akademik di samping mata pelajaran yang diuruskan oleh setiap unit. Saya juga sempat menyentuh semua fungsi yang dimainkan oleh setiap pegawai Akademik. Saya juga menghuraikan secara umum prongram KPM yang diuruskan oleh Pengurusan Akademik.

Pada perjumpaan ini saya sempat memperkatakan sedikit perkara berkaitan:
1. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
2. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
3. Surat Perkeliling Ikhtisas (SPI) dengan memberi beberapa contoh yang berkaitan dengan Kurikulum.

Di ruang ini sekali lagi, saya ingin mengucapkan selamat datang dan bertugas di Hulu Selangor. Sumbangan dan bakti cikgu-cikgu amat diharapkan. Saya mengalu-ngalukan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan di daera ini pada masa akan datang. Semoga sumbangan semua akan memastikan Hulu Selangor akan bertambah meningkat dalam apa-apa juga aktiviti dan segala jenis pencapaian.

Sehingga jumpa lagi dalam ruangan yang lain. Selamat bertugas.

30 January 2009

PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

PENYELIA j-QAF (EN SAMSUDIN BIN AHMAD)
PENYELIA KBSR (EN. MOHD HASREN BIN DAMIRI)

PENOLONG PENYELIA PENDIDIKAN ISLAM (TN. HJ. KAMAL MAA'RUF BIN SAIRUN)


PENYELIA PENDIDIKAN ISLAM (TN. HJ SABERI BIN YUSOF)



PENYELIA PEPERIKSAAN (EN MOHAMAD AKHWAN BIN JAMIL)




KETUA UNIT SAINS KEMANUSIAAN (TN. HJ. SAMEON BIN SIDIK)





KETUA INIT SAINS & MATEMATIK (EN AZNAN BIN KASAN)






KETUA UNIT BAHASA (PN HJH. HAMIDAH BT ABDUL SAMAD)







PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PENGURUSAN AKADEMIK / KU TEKNIK & VOKASIONAL
EN ROZALI BIN MAZLAN)

























HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH (SK SUNGAI SELISEK)

Assalamualaikum khs buat warga SK Sungai Selisek.

Saya ingin mengucapkan tahniah dengan majlis yang akan dianjurkan oleh sekolah pada 31 Januari 2009 ini. Ucapan terima kasih kerana mengundang kami di PPD untuk turut serta. Bagi diri saya, minta maaf kerana tidak dapat hadir kerana terdapat majlis lain yang perlu dihadiri. Walau bagaimanapun En Aznan bin Kasan, Ketua Unit Sains dan Matematik akan hadir bersama tuan-tuan dan puan-puan. InsyaAllah.

Semoga semua persediaan pihak tuan akan menghasilkan majlis yang lancar dan berjalan seperti yang dirancangkan.

28 January 2009

TIGA MINGGU PERSEKOLAHAN SESI 2009

Assalamualaikum.........

Pada hari ini 28 Januari, beerti sudah tiga minggu sesi persekolahan 2009 berlalu. Minggu ini akan menjadikan genap empat minggu persekolahan.

Saya amat berharap semua guru di Hulu Selangor telah menyiapkan semua perkara berkait dengan Buku Ringkasan dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Rujuk semula SPI Bil 3/1999 dan Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Baca dan fahamkan semua hal berkaitan. Lengkapkan semua yang dituntut daripada kita oleh Kementerian Pelajaran malaysia.

Saaya berharap tidak ada yang gagal menunjukkan maklumat untuk pemeriksaan. Jadikanlah kerja menulis RPH sebagai satu kebiasaan. Jangan terjumpa guru yang mengabaikan tugas ini.

Pada bulan Februari pegawai Akademik PPD akan cuba memulakan pemantauan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sekerap yang mungkin.

Bagi sekolah menengah diharapkan program OPSMI telah dijalankan dengan baik. Pemantauan pada bulan Januari - Februari juga akan memberikan penekanan terhadap aspek program ini.

27 January 2009

MAJLIS BERSAMA IBU BAPA PELAJAR KRK SMK SYED MASHOR

Assalamualaikum......

Pada 23 Januari 2009, jumaat saya berkesempatan menghadiri majlis KRK di SMK syed Mashor. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Syed Mashor dan warga SMK Syed Mashor, kerana menjemput saya hadir bersama-sama dalam majlis tersebut. Saya diberi peluang untuk merasmikan majlis berkaitan.

Tahniah kepada ibu bapa yang dapat memberi ruang masa untuk hadir. Bagi pelajar yang telah dipilih untuk menyertai kelas ini (KRK), tahniah, semoga semuanya akan berusaha dengan gigih untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Jumpa lagi.

25 January 2009

MAKLUMAT (DATA) PELAJAR TEKNIK DAN VOKASIONAL

Assalamualaikum...

Hari ini ialah hari Ahad 25 Januari 2008. Saya pernah menghantar surat ke semua sekolah menengah untuk mendapatkan data murid atau pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknik dan Vokasional. Saya perlu data itu pada 19 Januari 2009.

Hingga Jumaat 23 Januari 2009 saya telah menerima data daripada 10 buah sekolah. Masih terdapat 6 buah sekolah belum menghantar maklumat tersebut. Sekolah berkaitan yang perlu segerakan penghantaran ialah:

1. SMK Gedangsa.



3. SMK Syed Mashor.

4. SMK Bandar Baru Btg Kali.

5. SM Sains Hulu Selangor.



Bagi sekolah yang telah menghantar maklumat diucapkan ribuan terima kasih.

23 January 2009

HADIR DALAM MESYUARAT MATA PELAJARAN

Assalamualaikum....

Setakat ini saya berkesempata hadir bersama dalam Mesyuarat mata pelajaran Teknik dan Vokasional. Antaranya ialah:
1. Mata Pelajaran Perdagangan di SMK Serendah.
2. Mata Pelajaran KHB Pertanian dan Sains Pertanian di SMK Kg Soeharto.
3. Mata Pelajaran Ekonomi Asas di SMK Kuala Kubu Bharu.
4. Mata Pelajaran MPV dan KHB Perdagangan dan Keusahawanan di SMK Bandar Baru Btg Kali.
5. Mata Pelajaran KHB Kemahiran Teknikal di SMK Kalumpang.

Beberapa mata pelajaran saya tidak dapat turut serta kerana terdapat mesyuarat di peringkat negeri pada 15 dan 16 Januari 2009.

18 January 2009

SELAMAT BERSARA PN MAIMUNAH PENGETUA SMK BUKIT SENTOSA

Assalamualaikum semua,,,,

Pada kali ini saya ingin mengmbil kesempatan mengucapkan "Selamat Bersara Kepada Pn Maimunah" yang akan meninggalkan perkhidmatan pendidikan pada 22 Januari 2009.

Semoga semangat bekerja dan menjalankan tugas yang pernah ditunjukkan oleh beliau dapat diteruskan oleh warga SMK bukit Sentosa. Bagi PKPSM Hulu Selangor, pasti kehilangan ahli mereka untuk menjadi anggota persatuan mereka.

Bagi pihak PPD Hulu Selangor, khasnya Pengurusan Akademik, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh beliau selama ini. Pegawai-pegawai Akademik mendoakan beliau sentisa bahagia dan gembira melalui zaman bersara. Semua kita bergelar pegawai perkhidmatan kerajaan akan melalui masa itu jika diizikan oleh Allah. Semoga Puan Maimunah telah bersedia dengan aktiviti pilihannya untuk mengisi masa yang mungkin banyak selepas ini.

Bagi yang masih ada masa dan bersedia untuk berkhidmat, semoga dapat meneruskan tanggungjawab dengan baik. Semoga Pn Maimunah tidak lupa dengan kita, walaupun telah bergelar pesara.

Selamat bersara kepada Pn Maimunah.

10 January 2009

MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN SEKOLAH MENENGAH

Assalamualaikum....

Mulai 12 Januari 2009 terdapat banyak perjumpaan guru-guru mata pelajaran peringkat menengah di daerah ini. Semua pengerusi mata pelajaran diharap dapat menghubungi ketua unit berkaitan untuk mendapatkan makluman terkini tentang jumlah peserta dan berapa jumlah minum petang perlu disediakan.

Saya berharap semua perjalanan mesyuarat panitia adalah baik dan lancar. Jika ada kelapangan saya akan berusaha untuk hadir dalam mesyuarat berkaitan, terutama mesyuarat mata pelajaran berkaitan Teknik dan vokasional. Jika tidak ada ruang saya berharap semua mata pelajaran akan menjalankan mesyuarat tanpa Ketua Unit / penolong PPD Pengurusan Akademik.

Selamat bermesyuarat buat kali pertama.

07 January 2009

RABU, 07 JANUARI 2009

Assalamualaikum.......

Hari ini saya rasa cukup lega apabila dua aktiviti dapat dijalankan dalam satu hari. Sesi pagi saya bersama KUSM, PPD Hulu Selangor berjaya melaksanakan tugas pepantauan (PPSAT) di SMK Syed Mashor, sehingga pukul 1.00 tengah hari.

Selepas itu, mulai pukul 2.00 petang mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah dapat diadakan. Terima kasih kepada semua yang hadir, khasnya kkepada Tuan PPD Hulu Selangor, Tn Hj Suhaimi bin Rashid. Tewrima kasih kepada beliau kerana dapat hadir untuk mempengerusikan mesyuarat pertama tahun 2009 ini.

Kepada semua pengetua dan Penolong Kanan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan komitmen untuk mesyuarat ini.

06 January 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KALI PERTAMA 2009

Assalamualaikum.....

Besok, 07 Januari 2009 akan dijalankan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah di SMK Syed Mashor, Batang Kali, pada pukul 2.00 petang.

Kehadiran mesyuarat melibatkan Tuan PPD, pegawai-pegawai Akademik PPD Hulu Selangor, Pengetua-pengetua dan Penolong Kanan Kurikulum sekolah menengah.

Harap bawa minit mesyuarat yang pernah diedarkan kepada semua sekolah sebelum ini.

Saya akan memulakan tugas harian esok dengan memantau (PPSAT) ke SMK Syed Mashor dari awal pagi persekolahan. Saya bersama KU Sains Matematik akan berada sepanjang pagi 07 Januari 2009 di sekolah. Kami berharap semua guru telah siap sedia. Kami akan berada di SMK Syed Mashor dari pagi hingga ke petang.

Saya berharap semua perkara telah selesai. Oleh kerana sudah memasuki hari ketiga persekolahan, kami berharap proses pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar. Saya amat berharap semua perkara berkaitan dengan akademik seperti Buku Persediaan Mengajar, jadual waktu dan lain-lain telah lengkap.

04 January 2009

AHAD 04 JANUARI 2009

Assalamualaikum.....

Hari ini Ahad, 04 Januari. Saya mula membuat catatan di blog ini pada pukul 7.00 pagi.

Hari ini pasti ada di kalangan guru daerah ini yang masih bercuti di kampung, walau bagaimanapun tentu tuan-tuan akan balik ke daerah ini untuk memulakan sesi persekolahan pertama tahun 2009, pada esok hari. Selamat balik ke Hulu Selangor dan seterusnya ke sekolah pada hari Isnin.

Adik-adik atau anak-anak yang bersekolah, cepatlah tengok keperluan persekolahan jika masih belum disediakan, ada masa satu hari ini lagi.

Bagi SMK Kuala Kubu Bharu, saya berharap semuanya telah tersedia. Saya dijadualkan akan hadir memantau ke sekolah tuan-tuan pada 05 Januari bersama En Aznan bin Kasan, Ketua Unit Sains dan Matematik. Kami berdua akan berada di sekolah tuan-tuan sepanjang satu hari persekolahan. Jumpa besok pagi.

03 January 2009

SABTU 03 JANUARI 2009

Assalamualaikum......

Selamat berjumpa lagi kepada semua yang biasa membaca maklumat di blog ini. Sekolah masih bercuti hingga besok hari bagi kawasan yang akan memulakan persekolahan pada 05 Januari 2009.Walau bagaimana[in pejabat tetap bercuti pada hari ini.

Saya difahamkan masih ada sekolah yang melakukan mesyuarat guru pertama pada hari ini. Selamat bermesyuarat saya ucapkan kepada Pengetua dan guru-=guru SMK Sungai Choh. Semoga selepas mesyuarat ini, tuan-tuan benar-benar bersedia untuk sesi persekolahan pada 05 Januari 2009. Harap semua yang perlu disediakan telah beres, supaya sesiapa sahaja yang bakal hadir pada awal persekolahan akan puas hati.

Selamat bermesyuarat.

02 January 2009

JUMAAT TERAKHIR CUTI PERSEKOLAHAN 2008

Assalamualaikum...

Hari ini 2 Januari 2009, hari Jumaat. Sudah 2 hari kita melalui tahun 2009. Hari ini hari Jumaat terakhir bagi semua murid bercuti panjang untuk sesi persekolahan 2008.

Pasti terdapat sekolah yang akan menjalankan mesyuarat pertama mereka hari ini. Mungkin ada yang menjalankan aktiviti pendaftaran murid baru di sekolah. Selamat menjalankan aktiviti masing-masing.

Saya ingin mengucapkan selamat kmbali ke sekolah masing-masing bagi murid-murid yang masih bersekolah. Tidak lupa kepada semua guru yang masih kekal berkhidmat di daerah Hulu Selangor. Selamat datang diucapkan kepada guru-guru yang baru pindah ke daerah ini, termasuk yang baru dihantar bertugas sebagai guru pada sesi 2009.

Bagi guru-guru yang telah berpindah selamat bertugas di sekolah baru. Sebenarnya di mana-mana kita berada tidak penting. Paling penting ialah khidmat bakti kita, sepatutnya kita menjalankan tanggung jawab dengan bersungguh-sungguh dan anggap tugas kita sebagai ibadah juga. Semoga semuanya gembira di tempat baru.

Semoga sesi 2009 akan mendaatang segala pencapaian yang cemerlang kepada semua murid dan pendidik di daerah ini. Sekian terima kasih.

01 January 2009

MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum....

Kepada semua pengerusi panitia sekolah rendah, sebagai memenuhi hasrat kita supaya panitia bergerak awal dan tidak banyak mengganggu pengajaran & pembelajaran di sekolah, kita akan mengadakan mesyuarat panitia kita pada tahun ini sebelah petang. Mesyuarat yang melibatkan hari Isnin hingga Khamis kita kan mulakan pada pukul 2.00 petang hingga 5.30 petang. Mesyuarat pada hari Jumaat akan kita mulakan pada 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Surat panggilan mesyuarat telah mula diedarkan bagi beberapa mesyuarat yang akan dijalankan pada bulan Januari. Selepas itu beberapa mesyuarat yang tidak sempat dijalankan pada bulan Januari akan dijalankan pada bulan Februari,

Saya berharap pihak sekolah dapat memberikan kerjasama untuk melepaskan guru-guru terbabit pada pukul 12.00 tengah hari bagi sekolah yang jauh. Guru-guru terlibat pastikan dapat bertukar kelas dengan rakan lain jika terpaksa ada kelas pada bahagian tengah hari dengan rakan lain yang tidak terlibat. Bergerak terus ke tempat mesyuarat, harap makan tengah hari terlebih dahulu kerana kita tidak menyediakan makan tengah hari. Bagi yang beragama Islam sempurnakan sembahyang masing-masing semasa perjalanan ke tempat mesyuarat atau lakukan di tempat mesyuarat, sebelum mesyuarat bermula. Saya berharap mesyuarat dapat dimulakan tepat pada 2.00 petang atau 2.30 petang pada hari Jumaat.

Bersama ini saya catatakan tarikh dan tempat mesyuarat bagi mesyuarat pada bulan Januari.

1. Pendidikan Islam 8 Januari di SK Batang Kali.
2. Bahasa Cina 9 Januari di SJK C Serendah.
3. B Melaysia SJK 9 Januari di SJK C Rasa.
4. B Inggeris SJK 9 Januari di SJK T Kuala Kubu Bharu
5. j-QAF 9 Januari di SK Batang Kali
6. B Tamil 9 Januari di SJK T Bukit Beruntung
7. B Malaysia 12 Januari di SK Gedangsa
8. B Inggeris 13 Januari di Taman Bunga Raya (1)
9. Matematik 14 Januari di SK KKB (1)
10.Sains 15 Januari di SK Bandar Baru Btg Kali
11 Kajian Tempatan 19 Januari di SK Kuala Kubu Bharu (2)
12 PJK 20 Januari di SK Bukit Beruntung
13 Muzik 21 Januari di SK lembah Beringin
14 Seni Visual 22 Januari di SK Kalumpang
15 Moral 23 Januari di SK Kuala Kubu Bharu.

Jika tidak tercatat di atas, kita akan maklumkan tarikh dan tempatnya kemudian. Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang mesyuarat ini sila hubungi Penyelia KBSR.

TALIMAT PEMANTAUAN AWAL TAHUN SESI 2009

Assalamualaikum...

Hari ini 1 Januari 2009. Bermulalah kalender sesi 2009 kita.

Semalam, 31 Disember 2008, hari terakhir kalender 2008. Tn PPD, Tn Hj Suhaimi telah menyampaikan taklimat khas untuk menghadapi sesi persekolahan 2009 yang akan bermula pada 5 Januari 2009. Beliau menyampaikan taklimat kepada semua pengetua dan guru besar daerah Hulu Selangor. Majlis taklimat ini diadakan di dewan SMK Syed Mashor, Batang Kali.

Kita berharap pihak sekolah dapat bersedia dengan baik, mengambil tindakan yang telah digariskan supaya sesi persekolahan akan bermula dengan baik tanpa ada isu yang boleh menjejaskan semua pihak. Pastikan proses pengajaran & pembelajaran berjalan pada hari pertama persekolahan.

Semua pegawai PPD Hulu Selangor telah mendengar taklimat khas tentang pemantauan selepas taklimat pengetua dan guru besar.

Untuk makluman semua, pada tahun ini kami diminta berada di sekolah yang di pantau sepanjang sesi persekolahan sehari. jika 2 sesi kami berlu berada di sekolah dari pagi hingga ke petang.

Saya harapm kehadiran kami tidak disalah tanggap oleh pihak sekolah. Demi menjaga perjalanan sesi persekolahan kita yang lebih baik dan pasti kita perlu membuat pemantauan yang sebegitu rupa.

Pada hari pertama 2009 (5 Januari), saya dijadualkan berada di SMK Kuala Kubu Bharu sepanjang sehari persekolahan pada hari itu. Saya harap pihak sekolah akan pastikan semua perkara yang telah ditetapkan dapat dipastikan pelaksanaannya.