PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 August 2007

ICTL SEKOLAH RENDAH

Semua sekolah pelaksana ICTL telah dibekalkan modul bagi tahun 1, 2 dan 3. Paling akhir modul tahun 3 telah beres diedarkan pada 24 Ogos 2007. Jika masih terdapat pihak sekolah yang mahu memiliki mmodul ini, boleh muat turun daripada web PPK. Bersama ini disertakan link bahan tersebut:
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/indexp.htm

Jika mahu jadikan modul ini sebagai koleksi sekolah atau koleksi individu.

KUTVPPDHS

GAMBAR SEMASA KURSUS APLIKASI ICT


Ini gambar semasa kursus Aplikasi ICT guru-guru KHB daerah Hulu Selangor di Hotel Goldcouse, Klang (27-30 Ogos 2007). Gambar ini diambil pada 29hb Ogos 2007.

PERINGATAN UNTUK PENOLONG KANAN KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH

Peringatan kepada semua Penolong Kanan Kurikulum sekolah menengah daerah Hulu Selangor.

Jika tuan-tuan dan puan-puan masih belum menerima surat untuk Roadshow ICTL dan ICT JPNS pada 05 September 2007 di SMK Bagan Terap, Sabak Bernam harap hubungi KUTVPPDHS.

Selamat jumpa lagi di di SMK Bagan Terap Sabak Bernam.

KUTVPPDHS.
29.08.2007.

KURSUS APLIKASI ICT DI HOTEL GOLDCOUSE, KLANG

Guru KHB baru diperkenalkan dengan konsep Casper dalam membuat Power Point. Guru-guru telah didedahkan kepada Mod Aplikasi ICT dalam pengajaran & pembelajaran: mod penerokaan, mod tutorial, mod komunikasi dan mod aplikasi.

Guru-guru sedang berbengkel menyediakan rancangan mengajar dan membentangkan kepada semua guru mengikut mod. Dengan ini kita berharap ICT akan benar-benar diaplikasikan di dalam pengajaran & pembelajaran

KUTVPPDHS.
29.08.2007.

28 August 2007

PEMBANTU JU KURSUS APLKASI ICT SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

Kursus Aplikasi ICT Guru KHB yang dijalankan pada 27-30 Ogos 2007. Peserta yang hadir telah dilatih untuk membantu JU peringkat sekolah yang telah hadir di SMK KKB pada 15-16 Ogos 2007.

Walaupun kursus ini khas untuk guru Kemahiran Hidup, namun diharap guru-guru berkaitan dapat membantu JU melaksanakan kursus Aplikasi ICT yang akan dilaksanakan di sekolah. Kita berharap JU yang telah dilatih dan kumpulan yang akan dilatih akan mempunyai kumpulan guru pembantu di sekolah. Kita berharap latihan di sekolah akan berjalan dengan baik dengan kerjasama semua guru.

Guru-guru KHB yang hadir semasa kursus Aplikasi ICT dibekalkan bahan yang terkini berbanding JU sekolah yang hadir kursus di SMKKKB. Kita berharap JU yang hadir dapat mengguna dan berkongsi maklumat dengan guru KHB.

Kita percaya semua guru mempunyai kemampuan walaupun ada antara kita tidak mempunyai latar belakang rasmi dalam ICT. Bersama-samalah kita membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran & pembelajaran.

KUTVPPDHS




KURSUS APLIKASI ICT DAERAH HULU SELANGOR

Pada 27-30 Ogos 2007 Guru-guru Kemahiran Hidup Daerah Hulu Selangor menghadiri kursus Aplikasi ICT di Hotel Goldcouse, Klang. Seramai 30 peserta menyertai kursus ini. Terdapat 5 orang JU yang mengendalikan kursus ini. Pihak PPD Hulu Selangor yang mengendalikan kursus ini terdiri daripada KUTV dan En Hasrin b Damiri (Penyelia KBSR)

Semasa berita ini disediakan, para peserta sedang mengikuti latihan yang disampaikan oleh En Wahi b Abd Wahid (Pegawai Teknologi PKG Kalumpang). Semoga semua peserta mendapat banyak manfaat daripada 3 hari kursus ini. Selepas sesi En Wahi, kursus akan bertumpu kepada kursus Apliukasi ICT yang sebenarnya.

KUTV ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Hasrin (PKBSR) kerana membantu KUTV menguruskan kursus ini. Ribuan terima kasih kepada semua JU yang mengendalikan kursus, khususnya Tn Syed Hassan (SMKKKB) . En Muslimin b Parman (SMK Bukit Sentosa), Amjad Anas (SK Sg Tengi), Mohd Khori b Hj Jaya (SK Hulu Bernam).

Tidak lupa kepada semua peserta yang sanggup meninggalkan rumah dan sekolah masing-masing untuk mengikuti kursus ini. Semoga semua guru mendapat manfaat untuk diri masing-masing dan secara tak langsung anak didik kita di sekolah akan mendapat faedah juga.

Kita ingin melihat pengajaran & pembelajaran dalam kelas guru akan lebih menarik dan mendatangkan kesan yang mendalam kepada murid-murid kita.

En Kamsah, Penolong PPD Pengurus Sekolah telah menyampaikan ucapan dalam majlis pertama pada malam 27 Ogos 2007 (Isnin). Terima kasih kerana masih bersemangat untuk memberikan perangsang kepada Sektor Ekademik.

Sebagai tanda ingatan kepada peserta bersama ini di masukkan senarai nama tuan-tuan dan puan-puan.

  1. Normah bt Hj Abdullah (SMK Gedangsa)
  2. Roslina bt Che Ros (SMK Kg Gedangsa)
  3. Rusidah bt Imbran (SMk Sg Choh)
  4. Norzaidah bt Abdul Ghani (SMk Bdr Sg Buaya)
  5. Azhar b Miswan (SMK Tmn Bunga Raya)
  6. A. Aziz b Kamarulzaman (SMK Syed Mashor)
  7. Zainuddin b Che Sab (SMk Dato Hj Kamaruddin)
  8. Mohd Termizi b Yaacob (SMk Kuala Kubu Bharu)
  9. Zuraini bt Md Rodzi (SMK Bukit Sentosa)
  10. Faridah bt Hussain (SK Gedangsa)
  11. Wong Chui Feun (SJK C Batang Kali)
  12. Norashikin bt Mohd Yusof (SK Rasa)
  13. Sarina bt Shaari (SK Antara Gapi)
  14. Kamsiah bt Yaacob (SK Kg Kuantan)
  15. Sarimah bt Marjan (SK Serendah)
  16. Mardiana bt Mhmad Tahar (SK Kalumpang)
  17. Mohd Lazim b Mujni (SK bdr Baru Btg Kali)
  18. Shahrin b Salleh (SK Batang Kali)
  19. Mohd Yasmawi b Zainal (SK Tun Abdul Razak)
  20. Khairun Nizam b Zafri (SM Sains Hulu Selangor)
  21. Adin b Hussain ( SK Kuala Kubu Bharu Satu)
  22. M. Sharuddin b Ab Rahman (SK Bukit Beruntung)
  23. Shuib b Hussein (SK Taman Bunga Raya)
  24. Abdul Halim b Damid (SK Kerling)
  25. Paridatul Akmar bt Ahmad (SK Hulu Bernam)
  26. Saripah bt Abd Manan (SMK Serendah)
  27. Mohd Azrulzami b Azmi (SK Seri Keledang)
  28. Asmariwati bt Mohd Bohari (SMK Bdr Baru Btg Kali)

Semoga selepas ini kita dapat melihat perubahan yang menyeluruh di sekolah-sekolah. Semoga pada tahun 2010 nanti semua sekolah telah berjaya melaksanakan pembestarian di sekolah-sekolah di daerah Hulu Selangor.

Jumpa lagi.

24 August 2007

TAHNIAH EN KAMSAH BIN MOKHTAR

Tahniah diucapkan oleh semua pegawai Akedamik PPD Hulu Selangor kepada En Kamsah kerana telah dilantik menjadi Penolong PPD Pengurusan Sekolah PPD Hulu Selangor, menggantikan tempat Tn Hj Suhaimi b Rashid, yang telah menjadi Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Semoga terus berkhidmat dengan baik dalam sektor yang berbeza. Kami juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada Tn Hj Sameon b Sidik dari SMK Bdr Sg Buaya yang memegang jawatan Ketua Unit Kemanusiaan (Sains Sosial) di PPD Hulu Selangor. Selamat menjadi keluarga PPD Hulu Selangor. Selamat bertugas di PPD. Semoga dapat menyumbang bakti kepada perkembangan pendidikan daerah Hulu Selangor. Mulai sekarang bertambahlah ahli/ pegawai Akedamik di PPD Hulu Selangor.

KUTV PPDHS
24.08.2007.

JEYARAWARA ICT PENOLONG KANAN SEKOLAH MENENGAH

Satu program Jeyarawara (Roadshow) ICT akan dilaksanakan oleh JPN Selangor pada 05 September 2007 mulai 08.30 pagi, di SMK Bagan Terap, Sabak Bernam.

Surat rasmi tentang program ini akan dikeluarkan tidak lama lagi. Jika Penolong Kanan sekolah menengah daerah Hulu Selangor tidak menerima surat berkaitan sehingga minggu hadapan harap hubungi KUTV PPDHS.

Surat rasmi telah diedarkan mulai 24 Ogos 2007.

Sila hubungi KUTV jika terdapat sebarang pertanyaan.