Anxiety – Kebimbangan yang disampaikan oleh En Bahari, Pegawai Kaunseling Pentadbiran PPD Hulu Selangor. Slot yang dibincangkan tentang kebimbangan yang terdapat dalam diri kita. Beliau membincangkan difinasi, punca, akibat dan lain-lain lagi.
Semoga slot ini dapat memberi kekuatan dalam diri masing-masing.
15 April 2008
14 April 2008
MESYUARAT SEMAKAN DAN PEMURNIAN DOKUMEN KUALITI MS ISO 9001:2000
PPD Hulu Selangor telah mengadakan mesyuarat berkaitan pada 13-15 April 2008, di Hotel Casa Rachado, Port Dickson.
Mesyuarat ini bertujuan melakukan penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti. Dalam mesyuarat ini segala pemurnian dilakukan terhadap dokumen yang terdapat dalam proses yang dilaksanakan di PPD Hulu Selangor. Tempat mesyuarat ini sebenarnya dijalankan di sebuah hotel yang terdapat di Tanjung Tuan(Cape Rachado), Melaka.

12 April 2008
KURSUS LEADERSHIP COACHING DAN MENTORING
Pada 8 - 11 April 2008 saya telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Latihan JPNS di Hotel MITC Ancasa Melaka. Kursus dikendalikan oleh 2 orang pensyarah dari IAB iaitu En Mazlan dan Cik Rukiyah Bee.
Banyak ilmu baru dari segi melaksanakan peranan untuk melakukan coaching dan mentoring kepada orang lain, baik dalam organisasi atau sesiapa sahaja.
Terima kasih kepada pihak yang menganjurkan kursus.
Terdapat beberapa proses yang perlu dilalui dalam sesi coaching ini.

- Contect Interview - melibatkan active listening dan juga reflective questening
- Goal setting
- Observatian of leadership practice
- Descriptive feedback
- Evaluative feedback (coach listen) dan Evaluative feedback ( leader listen)
- Discusion / Ideas/ Reflective conversation.
05 April 2008
PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Pada laman web Jemaah Nazir ini diletakkan surat-surat pekeliling ikhtisan KPM yang dikeluarkan antara 1976 hingga 2003. Jika ingin memiliki pekeling tersebut boleh klik pada web berkaitan:
http://www.moe.gov.my/jns/index.php?option=com_content&task=view&id=97&Itemid=135
Selain pekeliling berkaitan, maklumat mengenai Jemaah Nasir boleh diperolehi di sini. Selamat mencuba
Pekeliling-pekeliling di atas jika tidak dapat dimuat turun boleh juga diambil daripada link berikut:
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=pekeliling&unit=utama&bhs=my
Selamat mencuba

24 March 2008
MESYUARAT ICTL PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR
Pada 24 Mac 2008, jam 2.30 petang satu mesyuarat telah dilaksanakan di SK Kuala Kubu Bharu (PPD Cawangan). Malangnya terdapat sekolah yang tidak menghantar wakilnya. Rasanya mesyuarat sebelah petang yang dijalankan tidaklah mengganggu pengajaran & pembelajaran guru semua.
Sekolah yang tidak menghantar wakil ialah:
1. SMK Dato Hj Kamaruddin.
2. SMK Kalumpang.
3. SM Sains Hulu Selangor
Saya tidak mahu mendengar cikgu ketiga-tiga buah sekolah ini mengeluh sendiri di sekolah tentang pelaksanaan program ini. Kita cuba mengumpulkan semua permasalahan yang akan dibawa oleh Jurulatih ICTL dalam mesyuarat peringkat negeri Selangor. Jika tidak ada wakil yang hadir bagaimana maklumat boleh dihimpunkan?. Terima kasih kepada semua guru yang hadir dan menyokong program ini. Semoga kelemahan seperti ini tidak akan berulang
Harap guru ketiga-tiga buah sekolah dapat menghubungi En Musalli b Md Sahid untuk diserahkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat ICTL daerah.

Subscribe to:
Posts (Atom)