PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

12 April 2008

KURSUS LEADERSHIP COACHING DAN MENTORING

Pada 8 - 11 April 2008 saya telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Latihan JPNS di Hotel MITC Ancasa Melaka. Kursus dikendalikan oleh 2 orang pensyarah dari IAB iaitu En Mazlan dan Cik Rukiyah Bee.

Banyak ilmu baru dari segi melaksanakan peranan untuk melakukan coaching dan mentoring kepada orang lain, baik dalam organisasi atau sesiapa sahaja.

Terima kasih kepada pihak yang menganjurkan kursus.

Terdapat beberapa proses yang perlu dilalui dalam sesi coaching ini.

  • Contect Interview - melibatkan active listening dan juga reflective questening
  • Goal setting
  • Observatian of leadership practice
  • Descriptive feedback
  • Evaluative feedback (coach listen) dan Evaluative feedback ( leader listen)
  • Discusion / Ideas/ Reflective conversation.

05 April 2008

PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pada laman web Jemaah Nazir ini diletakkan surat-surat pekeliling ikhtisan KPM yang dikeluarkan antara 1976 hingga 2003. Jika ingin memiliki pekeling tersebut boleh klik pada web berkaitan:
http://www.moe.gov.my/jns/index.php?option=com_content&task=view&id=97&Itemid=135

Selain pekeliling berkaitan, maklumat mengenai Jemaah Nasir boleh diperolehi di sini. Selamat mencuba

Pekeliling-pekeliling di atas jika tidak dapat dimuat turun boleh juga diambil daripada link berikut:
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=pekeliling&unit=utama&bhs=my

Selamat mencuba

24 March 2008

MESYUARAT ICTL PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Pada 24 Mac 2008, jam 2.30 petang satu mesyuarat telah dilaksanakan di SK Kuala Kubu Bharu (PPD Cawangan). Malangnya terdapat sekolah yang tidak menghantar wakilnya. Rasanya mesyuarat sebelah petang yang dijalankan tidaklah mengganggu pengajaran & pembelajaran guru semua.

Sekolah yang tidak menghantar wakil ialah:
1. SMK Dato Hj Kamaruddin.
2. SMK Kalumpang.
3. SM Sains Hulu Selangor

Saya tidak mahu mendengar cikgu ketiga-tiga buah sekolah ini mengeluh sendiri di sekolah tentang pelaksanaan program ini. Kita cuba mengumpulkan semua permasalahan yang akan dibawa oleh Jurulatih ICTL dalam mesyuarat peringkat negeri Selangor. Jika tidak ada wakil yang hadir bagaimana maklumat boleh dihimpunkan?. Terima kasih kepada semua guru yang hadir dan menyokong program ini. Semoga kelemahan seperti ini tidak akan berulang

Harap guru ketiga-tiga buah sekolah dapat menghubungi En Musalli b Md Sahid untuk diserahkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat ICTL daerah.

23 March 2008

KURSUS PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Tahniah kepada guru-guru yang hadir kursus tersebut di SK Ulu Yam Bharu pada 24-25 Mac 2008.

Semoga semua guru yang hadir dapat mengumpul ilmu dalam Penilaian. Penilaian merupakan salah satu bahagian yang penting dalam pengajaran & pembelajaran. Banyak perkara yang akan dapat kita peroleh dalam pengujian ini. Kita boleh mendapatkan ilmu bagaimana sesuatu Item dalam peperiksaan itu disediakan. Guru-guru akan memahami bagaimana JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) disediakan. Guru-guru juga akan mengetahui bagaimana sesuatu Item yang baik disediakan. Guru-guru juga akan mengetahui sesuatu ujian itu dari segi Kesahan dan Kebolehpercayaan.

Dapatkan segala aspek tentang pengujian sepanjang berkursus.

Maklumat yang diterima pada hari pertama, terdapat segelintir peserta kursus kita menunjukkan komitmen yang rendah. Saya rasa malu untuk menyatakan perkara tersebut. Walau bagaimanapun untuk mengelakkan perkara ini tidak berulang pada masa akan datang saya cuba membuat teguran di sini.

Bukankan kita kalangan guru yang dipilih. Rasanya kita sendiri di dalam kelas mengharapkan murid kita memberikan perhatian 100%, malah mungkin lebih daripada itu. Bagaimanakah tenaga pengajar yang mencurahkan ilmu untuk pertama kali kepada kita membuat penilaian. Rasanya sudah pasti penilaian yang negatif. Adakah itu yang kita mahukan.

Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, ilmu pengujian dan penilaian ini cukup penting dan menarik. Ini berdasar pengelaman saya sendiri. Mengapa tidak tumpukan perhatian terhadap kursus.Jika kita kurang memberikan perhatian sudah pasti apa yang kita peroleh tidak akan dapat semaksimumnya. Alangkah ruginya, tuan-tuan hadir ke kursus ini tetapi tidak mendapat semaksimum mungkin faedahnya. Fikir dan renungkanlah perkara ini.



BAJU KOPERAT UNTUK JU ICT

JU ICT yang saya senaraikan di sini harap datang berjumpa saya untuk mendapatkan baju tersebut, Walau bagaimanapun harap telefon terlebih dahulu sebelum datang. Nama JU ialah:

  1. Syed Hassan bin Syed Mohamad (SMK KKB)
  2. Ahzan Salvinawati bt Ahmad (SK Seri Fajar)
  3. Mohd Satria b Mein (SK Sungai Tengi)
  4. Mohd Kamaruzzaman b Abdullah (SK Kg Soeharto)
  5. Kumaresan (SMK Kg Soeharto)
  6. Roslina bt Che Ros (SMk Kg Soeharto)
  7. Rozaidy b Mohamed Sharif (SMK Gedangsa)
  8. Badrulisam b Mohd Ibrahim (SK Gesir Tengah
  9. Amran b Jusoh (SK Sg Selisek)
  10. Mohd Khori b Hj Jaya (SK Hulu Bernam)
  11. Faridah bt Alang Ismail (SK Kalumpang)
  12. Suzita bt Mohd Arif (SK Kerling)
  13. Kharil Azam b Yahya (SK Lembah Beringin)
  14. Mohd Azdi b Abd Aziz (SK KKB)
  15. Mohd Bakhtiar b Matal (SK Tun Abdul Razak)
  16. Mohd Nazimi Kateman b Ibrahim (SK KKB Satu)
  17. Hasanah bt Yatim (SK KKB Dua)
  18. Taufik b Abd Salam (SMK KKB)
  19. Saemah bt Mat Sahir (SMK Ampang Pecah)
  20. Hj Mohd Yusof b Jamaluddin (SMK Syed Mashor)
  21. Mohd Shahrul Afiza b Hassan (SK Bdr Baru Btg Kali)
  22. Mohd Faizal b Abdullah (SK Kg Kuantan)
  23. Mohd Zaini b Mat Salleh (SK Ulu Yam Bharu)
  24. Yusdi b Kamaruddin (SK Ulu Yam Bharu)
  25. Samsul b Selamat (SK Serendah)
  26. Zaimy b Shahbari (SK Sg Choh)
  27. Mardiana bt Tahir (SK Kalumpang)
  28. Musalli b Md Sahib (SMK Sg Choh)
  29. Muslimin b Parman (SMK Bukit Sentosa)
  30. Nor Sabtiah bt assan (SMK Bukit Sentosa)
  31. Yusry b Ramli (SMK Dato Hj Kamaruddin)
  32. Zainuddin b Che Sab (SMK Dato Hj Kamaruddin)
  33. Zuraida bt Mukhtar (SMK Dato Hj Kamaruddin)
  34. Belthazar b Ismail (SMK Tmn Bunga Raya)
  35. Zamrah bt Mokhtar (SMK Tmn Bunga Raya)
  36. Khairulazri b Hamdan (SK Antara Gapi)
  37. Mohd Faizal Farish b Ishak (SMK Serendah)
  38. Samsuria Yuddin (SMk Bdr Sg Buaya)
  39. Rohaida bt Ismail (SMK Kalumpang)
  40. Suhaimi b Salleh (SK Tmn Bunga Raya)
  41. Mohd Zaironi b Markimin (SK Bukit SEntosa)
  42. Norzalisa bt Bidi (SK Bdr Sg Buaya)
  43. Supian b Menan (SK Bukit Beruntung)
  44. Rosli b Jamil (SMK KKB)
  45. Nurul Asyikin bt Mohd Zain (SMK Tmn Bunga Raya)
  46. Tan Gee Loi (SMK Ampang Pecah)
  47. Mohd Wari b Lobe (SK KKB Satu)
  48. Suriani bt Man (SK Rasa)
  49. Norashikin bt Mohd Yusof (SK Rasa)
  50. Norhayah bt Ismail (SK Sg Choh)
  51. Suraya bt Karim (SK Sg Choh)
  52. Norjamilah bt Md Nordin (SK Seri Fajar)
  53. Muhd Zukhairi b Ahmad (SK KKB Dua)
  54. M Ashraff (SMK Sg Choh)
  55. Halezza (SMK Sg Choh)
  56. Rusidah (SMK Sg Choh)
  57. Abd Halim b Damad (SK Kerling)
  58. Fatimah Hanim bt Mustafa (SK Kerling)
  59. Supian bin Khalid (SK Ampang Pecah)

Tuan-tuan boleh juga merujuk dengan kaunter PPDHS (Cawangan). Pastikan tuan-tuan menandatangani akuan terima baju. Baju boleh diambil melalui rakan yang ada tetapi pastikan penerima menuliskan nama mereka sebagai penerima pada ruang tandatangan guru berkaitan. Tolong sebarkan berita ini kepada rakan-rakan kita yang mungkin tidak mempunyai kesempatan membuka blog ini. Tidak ada surat rasmi akan dikeluarkan untuk tujuan ini. Harap ambil segera.