Majlis yang dikendalikan oleh PSPN ini dilaksanakan Holiday Villa, Subang Jaya, 12-14 November 2007.Pada 14 November 2007 dijalankan majlis penyampaian anugerah berkaitan yang disempurnakan oleh yang berbahagia Datin Pengarah Pelajaran Selangor, Datin Hamidah bt Nordin.
Tahniah kepada yang telah mendapat anugerah pada hari tersebut. Hulu Selangor juga mendapat beberapa anugerah.
SMK Bukit Sentosa disenaraikan sebagai Naib Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Kategori sekolah luar bandar
SK Sungai Tengi mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Pusat Sumber Cemerlang kategori sekolah rendah luar bandar.
Dalam anugerah Nilam dalam kategiri Sekolah Menengah Luar Bandar:
Tempat ketiga - Kumaraguru (SM Sains Hulu Selangor)
Johan - Siti Aisah bt Razali (SM Sains Hulu Selangor)
Anugerah Pengurusan Nilam (Sekolah) kategori Sekolah Rendah Luar Bandar - SK Hulu Bernam.
Anugerah Tokoh Nilam kategori sekolah menengah dinobatkan kepada Siti Aishah bt Razali (SM Sains Hulu Selangor)
Anugerah Kecemerlangan Pusat Kegiatan Guru dalam Pengurusan Aktiviti PKG Berbangunan diserahkan kepada PKG Kg. Soeharto.
Sehari sebelumnya telah dijalankan konvensyen yang berkaitan Teknologi Pendidikan:
Laterasi Maklumat disampaikan oleh Dr Abriyah bt Abdullah (Universiti Malaya)
Sistem Pengurusan Kualiti dibentangkan oleh Pn Lucia Quek Sai Geam (BTP)
Pusat Akses disampaikan oleh Tuan Hj Omar bin Mos (PSPN)
Program Inovasi PSPN Selangor - e-Pintas dibentangkan oleh En Rosli bin Hadi (PKG Semenyih)
Mutiara Minda (PKG Kalumpang & SK Hulu Bernam) dibentangkan oleh Pn Maziah bt Mohamad (SK Hulu Bernam)
Program Intensif Menulis & Membaca-PIa2M (PKG Kuala Selangor & SMK Seri Tanjung) dibentangkan oleh Pn Habshah bt bMajid SMK Seri Tanjung.
English iterature PKG Kg Soeharto & SK Sungai Tengi dibentqangkan oleh Pn Norlela bt Alias.
Para peserta konvensyen dapat melihat perbagai tajuk yang dibentangkan. Semua ini dapat menjadi pengetahuan yang baik kepada para peserta yang hadir.
16 November 2007
12 November 2007
KURSUS APLIKASI ICT GURU-GURU KIA2M DAERAH HULU SELANGOR
Kursus Aplikasi ICT ini dijalankan pada 12-14 November 2007 di SK Hulu Bernam. Kursus Aplikasi ini dijalankan sama seperti guru-guru yang lain. Pada masa yang sama guru-guru berkaitan diharap dapat menggunakan ICT dalam menyediakan bahan pengajaran untuk program KIA2M. Semoga kursus ini dapat meningkatkan kebolehan membaca dan menulis murid pada peringkat awal.
Semoga guru-guru yang hadir dapat mengembangkan kemahiran ini kepada guru-guru yang lain. Saya berharap semua guru dapat mengembangkan kemahiran mereka kepada guru KIA2M yang lain.
Semoga guru-guru yang hadir dapat mengembangkan kemahiran ini kepada guru-guru yang lain. Saya berharap semua guru dapat mengembangkan kemahiran mereka kepada guru KIA2M yang lain.
07 November 2007
SELAMAT HARI DEEPAVALI
Saya ingin mengucapkan selamat menyembut hari Deepavali kepada semua Guru Besar SJK Tamil daerah Hulu Selangoryang menyambut perayaan ini. Tidak ketinggalan ucapan ini kepada semua warga pendidik yang menyambut perayaan ini. Saya berharap semua warga pendidik akan menyambut perayaan ini dengan rasa hormat dan mengharmati antara satu sama lain.
MESYUARAT KRK NEGERI SELANGOR
Pada 04-07 November 2007 suatu mesyuarat telah dihadiri oleh Pentyelaras KRK negeri Selangor i Hotel Mandarin Cout di Kuala Lumpur. Semua sekolah yang melaksanakan progran KRK (Kelas Rancangan Khas menghadiri mesyuarat ini. Hulu Selangor diwakili oleh 5 orang penyelaras daripada 5 buah sekolah iaitu:
1. SMK Dato Hj Kamaruddin.
2. SMK Syed Mashor.
3. SMK Sungai Choh
4. SMK Bukit Sentosa.
5. SMK Taman Bunga Raya (1).
Semoga pengurusan Kelas KRK di kelima-liama buah sekolah ini akan berjalan dengan nlancar. Pelajar yang menyertai KRK adalah murid-murid yang cemerelang dalam UPSR tetrapi tidak mempunyai peluang untuk menyertai Sekolah Bantuan Penuh (SBP). Mungkin juga mereka tidak mahu tinggal di asrama penuh. Program KRK akan memastikan mereka berjaya mengikuti kelas yang cemerlang tanpa pergi ke SBP.

03 November 2007
KURSUS ICTL MENENGAH PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR 2007
Kursus peringkat daerah Hulu Selangor akan dijalankan pada 13-15 November 2007, di SMK Kuala Kubu Bharu.
Surat panggilan telah dikeluarkan. Semoga semua sekolah menengah menghantar 2 orang guru bagi kursus berkaitan. Peserta yang hadir pastikan membawa perkara berikut:
1. Laptop yang mempunyai wifi.
2. Wayer sambungan.
3. Buku panduan ICTL yang telah diedarkan kepada semua sekolah.
4. Gambar-gambar dalam bentuk solf copy iaitu:
gambar lencana sekolah dan gambar bangunan sekolah masing-masing.
Semoga semua sekolah menghantar guru masing=masing. Jika ada sekolah ingin menghantar lebih daripada 2 orang harap hubungi saya terlebih dahulu.

Subscribe to:
Posts (Atom)