Pemantauan dan taklimat program rintis "i-board".
Semua KUTV daerah di negeri Selangor bermesyuarat di SMK Bukit Changgang, Kuala Langat pada 10 April 2007.
Semua yang hadir memantau dan menyaksikan pengajaran & pembelajaran guru Biologi dan Fizik mengajar menggunakan i-board. Sekolah ini adalah sebagai sekolah rintis yang menggunakan kemudahan ini.
Teknologi terkini ini nampak cukup canggih, malah memudahkan guru. Murid sendiri lebih mudah dan belajar dengan menyeronokkan.
Selepas itu wakil syarikat yang menjalankan rintis ini menunjukkan secara detail bagaimana kemudahan ini berfungsi. Sekolah ini adalah sekolah pelaksana MPV iaitu Katering dan Penyajian dan juga Seni Reka Tanda.
Bersama ini disediakan gambar-gambar yang diambil sepanjang KUTV berada di SMK Bukit Changgang. Gambar semasa menunggu kehadiran Ketua Sektor Pengurusan akademik, semasa dalam kelas Biologi dan Fizik,dan semasa makan di restoren MPV Katering dan Penyajian.
http://s162.photobucket.com/albums/t246/rorokiza
Jika perlukan lebih banyak gambar, boleh muat turun dari:
http://www.mediamax.com/kutvppdusel
Jika terlupa alamat di atas, tuan-tuan boleh klik pada link yang terdapat pada sidebar (warna biru sebelah kanan).
Semoga sekolah lain akan dapat kemudahan ini jika kementerian bercadang untuk meluaskan penggunaannya di sekolah-sekolah lain.
Semua KUTV ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah, SMK Bukit Changgang, PPD Kuala Langat dan JPNS kerana memberi peluang kepada KUTV untuk memantau penggunaan peralatan ini.
Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
10.04.2007
22 Rabiulawal 1428.
10 April 2007
09 April 2007
SENARAI NAMA MURID GALUS
SEGERA
PERHATIAN KHUSUS BAGI SEMUA SEKOLAH KEBANGSAAN, (30 BUAH SEKOLAH) SEMUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HARIAN (13 BUAH SEKOLAH) DAN 02 BUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA.
Sekolah Kebangsaan dikehendaki menyenaraikan nama murid yang tahap ujian / peperiksaan yang berada pada tahap GALUS, bagi murid tahun 6 (murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini)
Sekolah menengah dikehendaki menyenaraikan nama murid GALUS peringkat tingkatan 5 (SPM 2007). Subjek yang diutamakan B Inggeris, Sains,dan Matematik
Senarai nama perlu dihantar ke PPD ( cawangan) fak segera ke 03-60641818. Senarai ini mesti sampai ke PPD Cawangan selewat-lewatnya 04.00 petang ( Selasa ). boleh ditujukan kepada KUTV PPDHS.
SENARAI INI AMAT PENTING.
Disediakan oleh:
KUTVPPDHS
09.04.2007
21 Rabiulawal 1428

perpindahan tempat bengkel ekonomi asas
PENGUMUMAN PENTING:
Program "Bengkel Ekonomi Asas" yang sepatutnya berlangsung di SMK Syed Mashor, Batang Kali terpaksa dipindahkan ke tempat lain. Oleh kerana masalah teknikal program ini akan dilaksanakan di SMK Kuala Kubu Bharu. Tarikh dan masa masih lagi sama seperti ketetapan awal.
KUTV minta maaf kerana tidak dapat mengelakkan masalah ini daripada berlaku. Semoga masalah ini akan wujudnya semangat yang tinggi pada semua yang terlibat. Jika ada masalah sila hubungi KUTV PPDHS segera.
Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
09.04.2007
21 Rabiulawal 1428.

08 April 2007
bulan april sebagai bulan ict dan pembestarian untuk pipp
Telah diumumkan dalam bulan April ini akan menjadi bulan program ICT di peringkat KPM. Ini sebagai menyokong teras dalam pipp khususnya dalam merapatkan jurang pendidikan, khasnya jurang digital.
Bersama ini disertakan bahan bacaan tentang:
Bersama ini disertakan bahan bacaan tentang:
- Pembestarian sekolah, boleh dilihat bahan yang ditulis oleh Bahagian Teknologi Pendidikan:
http://www.esnips.com/doc/38d4b4a1-3173-4454-b18d-6f0dc3117f90/bestari
- Rencana ICT yang tertera dalam akhbar tempatan pada April 2007.
http://www.esnips.com/doc/181ba9ea-c667-485a-848f-ee958fdebc8b/RENCANA-ICT-04
Semoga bahan ini memudahkan semua rakan guru mencari bahan berkaitan ICT dan pembestarian sekolah.
Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
08.04.2007/ 20 Rabiulawal 1428.
web guru daerah hulu selangor pertama disambungkan
KUTV ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Sukor SMK Sg Choh yang telah mewujudkan laman web Sejarah. Untuk guru-guru dan pelajar yang berminat web ini telah saya pautkan pada blog ini.
Tuan-tuan dan puan-puan semua boleh masuk melalui "sidebar" blog ini di sebelah kanan (warna biru), klik pada blog tambahan KUTV. Blog ini terdapat pautannya pada sebelah kiri ruangan tersebut. Boleh terus guna alamat ini:
http://www.sukosensei.com
atau alamat ini:
http://utvppdusel.blogspot.com . Carilah pada kiri blog berkaitan).
Selamat melayari web berkaitan. saya amat berharap lebih ramai akan menyertai Cikgu Sukor dalam hal begini.
Terima kasih.
Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
08.04.2007
20 Rabiulawal 1428.

Subscribe to:
Posts (Atom)