PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

04 April 2007

penyelaras makmal komputer

MESYUARAT KHAS PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER DAN PENYELARAS ICT 2007.

Mesyuarat ini hanya melibatkan 14 orang penyelaras yang dipilih oleh PPDHS sahaja.
Mesyuarat ini akan diadakan pada:

12 April 2007.
02.00 petang.
SMK Syed Mashor, Batang Kali.

Penyelaras yang terlibat ialah:
  1. Tn Syed Hassan bin Syed Mohamad (SMKKKB)
  2. Tn Hj Yusoff bin Jamaluddin (SMK Syed Mashor)
  3. Pn Saemah bt Mat Sahir (SMk Ampang Pecah)
  4. Pn Norzaida bt Abdullah (SMK Dato HjKamaruddin)
  5. En Kumaresan a/l Kawagasabai (SMK Kg Soeharto)
  6. Pn Suzita bt Mohd Ariff (SK Kerling)
  7. En Mohd Bakhtiar bin Matal (SK Tun Abdul Razak)
  8. En Abdul Wahib bin Muhammad Nasir (SK Tmn Bunga Raya(1)
  9. En Shamsul bin Selamaat (SK Serendah)
  10. En Prabakaran a/l Subramaniam (SJK T Sg Choh)
  11. Pn Ng Poh Kim (SJK C Batang Kali)
  12. En Muslimin bin Parman (SMK Bukit Sentosa)
  13. En Wan Zaki bin Wan Muda ( SMK Bdr Baru Btg Kali)
  14. En Mohd Zaironi bin Markimin (SK bukit Sentosa)

Mesyuarat ini akan membincangkan aktiviti ICT daerah pada tahun 2007. Paling penting ahli mesyuarat akan membincangkan proses penarapan makmal komputer sekolah dan pemantauan untuk memilih makmal komputer terbaik bagi mewakili daerah dalam Anugerah Makmal komputer Terbilang peringkat negeri.

Sekolah yang dipilih selain mewakili daerah, akan dapat dijadikan sebagai penanda aras bagi semua sekolah di daerah dalam pengurusan makmal komputer di sekolah masing-masing. Pada masa yang sama semua makmal komputer akan dapat dinilai kedudukan makmal .

Semoga semua penyelaras yang terlibat dapat membantu pihak KUTV dalam pelaksanaan program ini di peringkat daerah.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS. 04.04.2007.

03 April 2007

untuk mu pelastin

LAGU KUMPULAN RAIHAN
Sila klik pada blok tambahan KUTV pada sidebar di sebelah kanan blog ini (warna biru)

KUTV PPDHS

blog pegawai teknologi pkg kalumpang

Blog kedua yang dapat dilink(sambung) dengan blog KUTV.

Tahniah dan terima kasih kepada En Wahi kerana turut bersama-sama KUTV untuk mewujudkan blog. Semoga dapat diperkembang dan dikemas kini dari masa ke semasa. Terima kasih kerana bersama-sama KUTV.

Blog En Wahi boleh dilihat melalui link pada sidebar blog ini (warna biru) sebelah kanan. Boleh klik pada ruangan 'khas penyelaras makmal dan ict'.

Semoga yang lain akan turut meneyertai KUTV selepas ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
03.04.2007
15 Rabiulawal 1428.

Mesyuarat Pelaksanaan Pusat Asses Hulu Selangor

MESYUARAT PUSAT ASSES FASA 1,2 DAN 3 DAERAH HULU SELANGOR

Pada 03 April 2007 mulai 09.00 pagi, mesyuarat berkaitan dimulakan di Bilik Mesyuarat SMK Syed Mashor, Batang Kali.

Mesyuarat dihadiri oleh Penyelia Pembangunan PPDHS, Pegawai Teknologi PKG di daerah Hulu Selangor, KUTV PPDHS, Pengetua / Guru Besar dan Penyelaras ICT / Guru Media.

Semasa mesyuarat En Wahi, Pegawai Teknologi PKG kalumpang menyempaikan taklimat kerana pegawai PSPN tidak dapat hadir bersama. Selepas itu wakil pembekal peralatan menyampaikan maklumat.

Sekolah yang terlibat ialah:
  1. SM Sains Hulu Selangor
  2. SMK Bukit Sentosa
  3. SMK Bdr Baru Btg Kali
  4. SK Kg Soeharto
  5. SK Bdr Sg Buaya
  6. SJK C Kalumpang
  7. SMK Ampang Pecah
  8. SMK Kg Soeharto
  9. SMk Gedangsa
  10. SMK Dato Hj Kamaruddin
  11. SK Kerling
  12. SK Kalumpang
  13. SK Hulu Bernam
  14. SK KKB Satu
  15. SK Sg Choh
  16. SK Bukit Beruntung
  17. SK Tmn Bunga Raya (1)
  18. SK Btg Kali
  19. SK KKB
  20. SK Gedangsa
  21. SK Tun Abd Razak
  22. SK Sg Tengi
  23. SK Sri Keledang
  24. SK Ampang Pecah
  25. SK Seri Fajar
  26. SMK Sg Choh
  27. SMK Kalumpang
  28. SMK Syed Mashor
  29. SMK KB

Ini bererti untuk tiga fasa 29 buah sekolah telah dilibatkan. Kandungan taklimat ialah:

  • Pengenalan
  • Matlamat
  • Objektif
  • Pengurusan dan Pentadbiran
  • Susun atur dan Peralatan
  • Waktu Operasi
  • Pengguna
  • Cadangan Aktiviti
  • Keselamatan
  • Cadangan Peraturan
  • Pengurusan Penyenggaraan

Bahan cetakan telah diedarkan kepada semua sekolah. Jika terdapat pihak sekolah mahu bahan dalam bentuk solf copy boleh didapati melalui blog KUTV ini pada masa akan datang:

Panduan pusat asses:

http://www.esnips.com/doc/acc5ea4e-5c96-4246-8f37-6ce9852a3cd9/Panduan-Penggunaan-Pusat-Akses

Pelan susun atur:

http://www.esnips.com/doc/407576f5-0f0c-4ed4-80c2-75af543716c3/Plan-Susun-Atur

adangan cartoa organisasi:

http://www.esnips.com/doc/738e4ac5-d8fe-4b0b-bcfd-da3869b88b68/Cadangan-Carta-Organisasi-Pusat-Akses-Sekolah

Disediakan oleh:

KUTVPPDHS / 03.04.2007

31 March 2007

anugerah guru ict peringkat kebangsaan 2007




ANUGERAH GURU ICT DAN PEMIMPIN ICT TAHUN 2007.

Tahniah kepada En Abd. Shukor bin Yusof, Penolong Penyelaras makmal komputer SMK Sungai Choh kerana telah dipilih untuk penilaian seterusnya, iaitu peringkat kebangsaan, sebagai Tokoh Guru ICT sekolah menengah.

Beliau akan mewakili negeri Selangor peringkat Kebangsaan. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia akan melakukan penilaian akhir untuk mendapatkan tokoh peringkat kebangsaan.

Tahniah kepada SMK Sungai Choh dalam hal ini. Semoga beliau akan dapat mengharumkan nama daerah Hulu Selangor. Kita berdoa semoga namanya akan tercatat sebagai tokoh guru ICT peringkat kebangsaan.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
31.03.2007
12 Rabiulawal 1428.