14 February 2007
kutv tidak dapat hadir mesyuarat panitia khb ert
KUTV memohon maaf kepada ahli mesyuarat panitia KHB ERT kerana tidak dapat hadir mesyuarat panitia pada 15.02.2007 di SMK Dato Hj Kamaruddin.
Pada tarikh yang sama, JPNS menghendaki semua KUTV hadir mesyuarat MPV di SMK Seri Serdang. Jika mesyuarat di Serdang ini habis awal dan KUTV dapat balik awal, InsyaAllah KUTV cuba untuk berjumpa dalam mesyuarat panitia. Jika keadaan tidak mengizinkan, ahli-ahli panitia dikehendaki meneruskan mesyuarat diketuai oleh Pengerusi/Penolong Pengerusi/ Naib Pengerusi/ Setiausaha sendiri.
Aggaplah catatan pada blog ini sebagai ucapan KUTV.
Terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir mesyuarat ini. Selamat datang kepada ahli-ahli baru seperti SMA Tinggi KKB dan SMK Syed Mashor yang baru menawarkan ERT tingkatan Satu tahun 2007.
Panitia peringkat daerah dikehendaki membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2007, pada masa yang sama menyediakan laporan tahun 2006 sebagai persiapan, jika JPNS memanggil setiausaha panitia bermesyuarat peringkat negeri pada bulan Mac.
Tahniah pada sekolah yang berjaya mendapat 100% dalam peperiksaan PMR tahun 2006. Bagi sekolah yang tidak dapat mencapai 100% bukan bererti guru-guru tidak berusaha, tetapi mungkin Allah tidak mahu membenarkan harapan semua sekolah ditunaikan.
Pastikan segala keperluan sebelum mesyuarat disediakan oleh tuan rumah. Begitu juga segala keperluan selepas tamat mesyuarat panitia ini.
Sebagai makluman, edaran Anugerah Bengkel Gemilang KHB akan dilaksanakan pada tahun ini. Surat edaran itu boleh juga diambil dari alamat internet yang disediakan pada blog ini. Semua guru boleh juga mendapatkan kertas konsep anugerah ini. Hanya sekolah yang menawarkan keempat-empat subjek ini akan dipertimbangkan untuk mendapat anugerah keseluruhan. Sekolah lain hanya boleh dipertimbangkan anugerah mengikut kategori sahaja. Segala bentuk hadiah yang ditawarkan juga dicatatkan.
Anugerah ini sebagai usaha menggalakkan sekolah menawarkan semua subjek KHB, pada masa yang sama untuk mencari bengkel KHB yang boleh dijadikan contoh terbaik di daerah dan negeri. Selama hari ini kebanyakan bengkel KHb di sekolah gagal diuruskan dengan baik.
Satu format bagaimana menyediakan rekod-rekod penting di dalam bengkel juga disediakan oleh JPNS. Format ini telah diedarkan lebih awal. Semoga format ini dapat dirujuki oleh semua guru.
Segala maklumat yang bekaitan, boleh dirujuk pada KUTV. Tuan-tuan boleh membaca terus maklumat anugerah ini. KUTV berharap semua guru KHB dapat berganding bahu untuk menjayakan program ini. Semua sekolah akan dilawati oleh pemantau. Pemantauan peringkat negeri akan dilaksanakan pada bulan April - Mei. Peringkat negeri akan dijalankan pemantauan pada bulan Julai.
Pada masa yang sama KUTV berharap semua ahli mesyuarat dapat melayari blog KUTV, di blog ini KUTV berusaha menyebarkan maklumat secara cepat yang mungkin. Semuanya dipelawa untuk mengisi ruangan blog yang disediakan untuk warga pendidik bidang teknik & vokasional. KUTV bersedia menerima bahan untuk disiarkan melalui blog ini. Jika puan-puan mempunyai laman web atau blog sendiri, puan-puan boleh serahkan alamat web untuk saya buatkan pautan dengan blog KUTV.
Semoga mesyuarat berjalan dengan baik.
Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
14.02.2007
26 muharam 1428.
12 February 2007
mesyuarat ict
Diumumkan bahawa mesyuarat berkaitan akan dijalankan pada ketetapan berikut:
26 FEBRUARI 2007 (ISNIN)
02.00 PETANG
SK RASA.
Semua sekolah mempunyai makmal komputer hendaklah menghantar:
PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER
Sekolah yang tidak mempunyai makmal komputer sila hantar:
PENELARAS ICT SEKOLAH
Harap lengkapkan maklumat penyelaras dan penolong penyelaras makmal komputer, begitu juga penyelaras ICT, juga penyelaras-penyelaras yang berkaitan dengan ICT
Sila bawa maklumat semasa mesyuarat berkaitan.
Semoga kehadiran tua-tuan dan puan-puan akan memantapkan lagi pengurusan makmal komputer dan ICT di sekolah.
Surat rasmi akan diedarkan kepada semua sekolah.
Sebarang pertanyaan dalam hal ini sila kemukakan kepada KUTV PPDHS.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
12.02.2007
24 Muharam 1428.
11 February 2007
mohon kemaafan pada guru-guru khb
TARIKH ADALAH BETUL 13.02.2007, IAITU HARI SELASA, MINTA MAAF KERANA MENULISKAN HARI KHAMIS.
JIKA TERDAPAT KERAGUAN LAGI BOLEH HUBUNGI TERUS KUTVPPDHS DITALIAN TERUS 019-6677527.
Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
11.02.2007
23 Muharam 1428.
mesyuarat guru-guru mpv selangor
Semua guru MPV dikehendaki hadir mesyuarat berkaitan. Surat telah diedarkan kepada semua sekolah yang terlibat.
Mesyuarat:
15 Februari 2007
SMK Seri Serdang
Taman Seri Serdang
43300 seri Kembangan Selangor
09.00 pagi - 4.30 petang
Pastikan tuan-tuan dan puan-puan hadir mesyuarat ini.
Disediakan oleh:
KUTVPPDHS
11.02.2007
23 Muharam 1428.
anugerah bengkel khb
ANUGERAH (ABG KHB) 2007
Mesyuarat peringkat negeri Selangor telah memutuskan satu anugerah bengkel KHB akan dilaksanakan pada tahun ini. Surat kepada semua sekolah telah disebarkan. Jika pihak sekolah masih tidak mendapat surat edaran ini sila dapatkan daripada KUTV.
Jika sekolah memerukan Kertas Konsep atau kertas kerja anegerah ini dan instrumen yang akan digunakan oleh pihak pemantau sila klik pada simpanan fail pada sidebar blog ini (simpanan fail yang boleh dikongsi), atau layari terus ke: http://www.esnips.com/web/kutvppdhs
Terdapat 4 kategori anugerah:
- Bengkel KHB KT ( Reka bentuk teknologi, bengkel elektrik/ elektronik, bengkel paip/enjin)
- Bengkel KHB ERT (Bilik masakam, bilik jahitan, bilik persiapan diri)
- Bengkel KHB PTN (Unit Hortikultur, Unit Ternakan,Kebun Pertanian)
- Keseluruhan ( Hanya bagi sekolah yang menawarkan keempat-empat KHB di sekolah masing)
Pemantau peringkat daerah akan berkunjung ke sekolah tuan-tuan dan puan-puan pada bulan April-Mei. Pemantauan ini adalah dimestikan untuk semua sekolah menengah. Kemungkinan selain KUTV, pemantau juga kan terdiri daripada Jurulatih KHB sekolah rendah.
Surat edaran tentang anugerah ini boleh diambil daripada :
http://www.esnips.com/doc/a12e6bd1-5529-4c68-a75e-49d7a38b35ec/abg-khb
Kertas kerja anugerah ini boleh didapati di: http://www.esnips.com/doc/f58064e3-8bad-478c-a8ca-b06f6addba30/abgkhb
Istrument spn: http://www.esnips.com/doc/4412ccf9-5c3b-4253-93b8-7cc16c047934/instrumen-spn
instrumen rbt: http://www.esnips.com/doc/712dcce7-0100-4004-8db5-8be8f22aef36/intrumen-rbt
instrumen ert: http://www.esnips.com/doc/c80ca5a1-d5fd-44dd-b08b-76bd3567f659/iintrumen-ert
Disediakan oleh:
KUTVPPDHS / 11.02.2007 / 23 Muharam 1428.