PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

04 January 2007

KEPUTUSAN PMR UNIT TEKNOLOGI & VOKASIONAL

SUBJEK KHB DALAM KEPUTUSAN PMR TAHUN 2006

Peratus Kelulusan dan rank berdasar 14 subjek utama di daerah.

KHB Kemahiran Teknikal ( Pilihan 1) 2006 mencatat 96.12% (rank 2) berbanding 95.14% (rank 5) tahun 2005. meningkat 0.98%. Jika dibandingkan keputusan peratusan negeri 93.98%.
Calon mendapat A ialah 33.33% berbanding negeri 27.59%.

Tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus untuk memastikan peningkatan ini berlaku.

KHB ERT (Pilihan 2) 2006 mencatat 95.26% (rank 3) berbanding 97.98% (rank 2) tahun 2005, menurun 2.72%. Jika dibandingkan keputusan peratusan negeri 95.71% yang lebih tinggi sedikit. Calon mendapat A 24.77% berbanding negeri 27.96%.

Guru-guru subjek ini diharap dapat meningkatkan usaha supaya peningkatan dikembalikan semula.

KHB Pertanian ( Pilihan 3) 2006 mencatatkan 91.01% (rank 9) berbanding 89.78% (rank 10) tahun 2005. meningkat 0.23%. Jika dibandingkan keputusan peratusan negeri 92.52% yang lebih tinggi sedikit. Calon mendapat A hanya 9.61% berbanding negeri 14.03%.

Tahniah kepada semua guru yang dapat meningkatkan peratusannya, tetapi kualiti mendapat A perlu diberikan penumpuan.

KHB Perdagangan & Keusahawanan (Pilihan 4) 2006 mencatatkan 97.97% (rank 1) berbanding 98.81%(rank 1) tahun 2005, menurun 0.84%. Jika dibandingkan keputusan peratusan negeri 95.07% sahaja. Calon mendapat A 27.83% berbanding negeri 31.16%.

Walaupun menurun, peratusan lulus subjek ini masih tinggi, namun begitu masih ada ruang untuk penambahbaikan terutama aspek kualiti.

GPMP dan rank berdasar 14 subjek utama.

KHB Teknikal
2.37 (rank 5) 2006 berbanding 2.36 (rank 4) 2005. Terdapat sedikit kemerosotan.GPMP negeri hanya 2.47.

KHB ERT
2.37 (rank 5) 2006 berbanding 2.31 (rank 3) 2005. Terdapat sedikit kemerosotan. GPMP negeri hanya 2.47.

KHB Pertanian
2.70 (rank 8) 2006 berbanding 2.82 (rank 10) 2005. Terdapat peningkatan. GPMP negeri hanya 2.85.

KHB Perdagangan & keusahawanan
2.23 (rank 1) 2006 berbanding 2.24 (rank 1) 2005. Terdapat peningkatan. GPMP negeri hanya 2.36.

Tahniah kepada semua guru yang berkaitan kerana mampu mengekalkan subjek KHB Pil 4 sebagai subjek terbaik bagi tahun kedua berturut-turut.

Marilah kita, terutamanya semua guru KHB setiap sekolah di Hulu Selangor meneliti analisis ini dan bandingkanlah dengan keputusan KHB sekolah masing-masing. Tahniah jika sekolah tuan-tuan dan puan-puan berada pada tahap yang lebih baik daripada himpunan analisis daerah dan negeri. Tahniah khusus kepada pendidik yang berada di dalam kelas dan bengkel KHB untuk memastikan perkara tersebut terhasil. Walau bagaimanapun kita tidak boleh cepat berpuas hati. Pasti masih ada ruang untuk melakukan penambahbaikan.

Bagi sekolah yang tidak mencapai tahap itu, sama-samalah tanamkan azam untuk berusaha mengubah semua yang kekurangan.


Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
05.01.2007
15 Zulhijjah 1427.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKADEMIK

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKADEMIK HULU SELANGOR KALI PERTAMA 2007

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada:
Sekolah Rendah:
Tarikh: 09 Januari 2007
Tempat : SK RASA
Masa: 09.00 pagi
Kehadiran: Semua guru besar daerah Hulu Selangor
48 orang.

Sekolah Menengah:
Tarikh: 10 Januari 2007
Tempat: PPD Hulu Selangor
Masa: 09.00 pagi
Kehadiran : Semua pengetua daerah Hulu Selangor
16 orang.

Semoga tuan-tuan dan puan-puan maklum akan hal ini. Semoga kehadiran semua akan meletakkan pendidikan kurikulum Hulu Selangor dan sekolah masing-masing pada tahap yang terbaik.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
04.01.2007
14 Zulhijjah 1427.

02 January 2007

SELAMAT MEMULAKAN SESI 2007

Pada 03 Januari 2007 bersamaan 13 Zulhijjah 1427 bermulalah sesi persekolahan 2007

Selamat kembali menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing, kepada warga pendidik di daerah Hulu Selangor.

Kita semua baru selesai melalui Hari Raya Kurban. Pasti telah ramai rakan pendidik yang telah selesai menjalani ibadat ini. Semoga mereka akan selamat kembali ke tanah air. Bagi yang tidak ke tanah suci Mekah, mereka menjalani ibadat kurban di tanah air.

Perkara yang paling penting daripada ibadat ini, pasti kita dituntut untuk terus berkorban dalam bidang pendidikan. Kaum pendidik pasti dituntut untuk melakukan sedikit pengorbanan semasa menjalankan tanggungjawab. Marilah kita fikirkan bersama-sama, apakah kita telah mengorbankan tenaga kita, malahan memang dituntut, memberikan komitment dalam tugas kita.

Adakah benar-benar kita telah melaksanakan tanggungjawab kita sepenuhnya, atau mungkin hanya sekadar yang sepatutnya sahaja. Apa yang terhasil pastilah berkait dengan apa sahaja yang kita usahakan. Jika sedikit usaha, pastilah hasilnya tak seberapa juga. InsyaAllah, saya ingin mengingatkan diri saya dan semua, Allah akan memberikan balasan yang sepatutnya dengan segala pengorbanan yang kita lakukan.

Pada tarikh yang sama kita disambungkan dengan tanggal 01 Januari 2007. Menjelang tahun baru ini pelbagai perayaan dilakukan, kadang kala jika diteliti semuanya tidak lebih daripada hiburan semata-mata. Paling malang jika sambutan kita menyimpang daripada kehendak agama dan adat orang timur sendiri.

Tahun baru juga masing-masing menanam azam baru. Ada yang war-warkan azam masing-masing di radio dan alat media yang lain. Kadang kala terlintas difikiran ini, azam yang dikemukakan hanya memenuhi tuntutan masa sahaja. Apabila, mulanya hari-hari mendatang azam yang dilafazkan hanya tinggal begitu sahaja.

Azam atau tekat ini sama seperti menanam tumbuh-tumbuhan yang kita harap membuahkan hasil. Jika setakat ditanam tanpa dibaja pasti hasilnya tak begitu memuaskan hati. Ada juga tanaman yang ditanam itu tidak hidup, apatah lagi hendak mengeluarkan hasil. Azam tahun baru juga memerlukan pelaksanaan sepenuh hati. Pada masa inilah pengorbanan kita diperlukan.

Saya berharap semua warga pendidik, khususnya guru-guru bidang teknologi & vokasional akan meneruskan tanggungjawab masing-masing dengan lebih baik. Semoga segala kesilapan dan kekurangan pada sesi 2006 yng lalu dapat kita baiki bersama-sama. Semoga sesi 2007 akan membuahkan hasil yang menggembirakan kita semua.

Semoga hidup kita sebagai pendidik akan sentiasa dirahmati Allah hendaknya. Berikan pendidikan yang terbaik kepada anak didik kita, sesuai dengan tuntutan agama dan matlamat Kementerian Pelajaran.Marilah kita berikan yang terbaik sebagaimana kita mengharapkan pendidik lain mendidik anak-anak kita atau adik-adik kita, mungkin semua waris kita.

Selamat bertugas kembali. Selamat memulakan tugas di daerah ini bagi rakan-rakan guru yang baru bertukar ke daerah ini.

Sekian, terima kasih.
KUTV PPDHS
02.01.2007
12 Zulhijjah 1427.

28 December 2006

ROUTER SCHOOL-NET

DIHARAP AMBIL PERHATIAN SEMUA SEKOLAH, SEMOGA MENGHIDUPKAN / 'ON' ROUTER SCHOOL-NET 48 JAM TERUS MENERUS:

JANGAN LUPA LAKUKAN PADA 08-09 JANUARI 2007.

ATAS ARAHAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HARAP SEMUA PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER ATAU PENYELARAS ICT DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.

kutv ppdhs
28.12.2006
07 Zulhijjah 1427.

SIJIL BPPT SK HULU BERNAM

Sijil BPPT ambilan 6,7,8 dan 13 guru sekolah rendah telah diserahkan kepada semua guru besar atau wakil yang menghadiri mesyuarat guru besar dengan PPD di rumah Rehat Kuala Kubu Bharu pada 28.12.2006 (09.00 am - 01.00 pm )

Semua sijil telah diserahkan. Harap guru-guru dapatkan daripada pihak pentadbir / guru besar masing-masing. Hanya sijil-sijil guru sekolah:
SK HULU BERNAM
masih tidak dapat diserahkan.

Pihak guru boleh mengambil tindakan menghubungi KUTV.
Guru terlibat ialah:
1. Shamsiah bt Bustami
2. Aminatulida bt Yob
3. Zaleha bt Abu

Pihak sekolah/ guru besar boleh rujuk kepada KUTV dalam hal ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
28.12.2006
07 Zulhijjah 1427.