salam sejahtera pada semua, Alhamdulillah, berjaya masuk semula dalam blog saya ini selepas lama mencuba, bertahun tahun dan berhari hari cuba masuk dalam sesawang ini. Baru hari ini berjaya,
Saya berhasrat menulis semuala.Saya telah mula bersara mulai 10 Januari 2017 baru baru ini, Ada banyak masa kot untuk menulis.
Selepas bersara saya hanya hidup berehat banyak di rumah sahaja. Sekali sekala sahaja keluar rumah pergi ke kedai bersama isteri saya yang juga telah bersara mulai 29 Januari 2017.Banyak masa dihabiskan berdua sahaja di rumah. Anak anak 5 orang berada di luar bekerja dan mssih belajar, Hanya seorang yang duduk di rumah tapi juga telah bekerja di Perodua Sg Choh Rawang Selangor. Baru baru ini kami 4 orang iaitu saya. isteri dan 2 orang anak saya sempat berkunjung ke Sabah kerada kenduri kahwin kawan anak saya di Kota Kinabalu, Semasa di Sabah kami sempat jalan jalan jalan ke Kundasang bermalam di sana selama 2 malam . Selesai dari itu kami pun bertolak balik ke rumah diambil oleh anak lelaki sulung di airport KLIA2. Begitulah sedikit pengenalan semula saya disini . Semoga berjumpa lagi selepas ini...
29 March 2017
15 April 2009
KARNIVAL SENI VISUAL
Assalamualaikum...
Pada 15.04.2009, pukul 11.00 pagi saya sempat menghadiri majlis Karnival Seni Visual yang bertajuk "Sehari Bersama Alam Seni Catan". Saya sempat memberikan ucapan perasmian penutup.
Tahniah diucapkan kepada SMK Ampang Pecah, kerana berjaya menganjurkan program bersama Unit Sains Kemanusiaan PPD Hulu Selangor. Terima kasih kepada semua Profesor dan Dr dari UPSI yang sama-sama terlibat dalam menjayakan program sehari ini. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana dan guru-guru sekolah yang turut terlibat. Sudah pasti tidak lupa terima kasih kepada semua murid yang hadir untuk menjayakan program ini.
Saya berharap mata pelajaran seni tidak akan menjadi subjek pinggiran kepada para murid di sekolah. Seni Visual seperti "Catan" ini amat diperlukan dalam mengimbangi ilmu lain yang diperolehi oleh murid-murid dalam proses menerima ilmu di sekolah.

15 March 2009
LAWATI LAMAN BLOG BARU
ASSALAMULAIKUM...
Saya bercadang untuk meninggalkan pengurusan blog ini pada masa ini. Saya baru menyediakan satu lagi laman blog saya. Saya akan memberikan tumpuan pada blog tersebut selepas ini. Jika perlu pada masa akan datang akan saya uruskan juga blog ini. InsyaAllah.
Sambungan pada blog baru ialah:
http://ppdhs.blogspot.com
Tuan-tuan boleh juga klik terus klik pada sidebar di sebelah kanan yang ada sambungan pada blog lain, yang tertulis "tppdhs"

12 March 2009
TAKLIMAT DAN LATIHAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SELANGOR
Assalamualaikum....
Pada hari ini selesailah latihan dan taklimat Program Kecemerlangan Akademik Selangor peringkat daerah Hulu Selangor. Tahniah dan terima kasih kepada semua sekolah yang hadir dalam program latihan in. Terdapat sebuah sekolah, SM Sains Hulu Selangor tidak menghantar wakil dalam latihan dan taklimat ini. Apa juga alasan pihak sekolah, yang pasti pihak sekolah tidak mahu turut serta tanpa kami ketahui sebabnya.
Mungkin pada pendapat pihak sekolah, sudah memadai dengan hadir untuk program SAP pada tahun lalu. Walau bagaimanapun jika untuk menggunakan SAP-HC sudah pasti terdapat masalah juga. Kami di Pengurusan Akademik tidak dapat berbuat apa-apa.
Apa yang dapat dimaklumkan di sini, jika pihak sekolah berasa ada tanggungjawab untuk menggunakan program SAP-HC, silalah hubungi Jurulatih Utama yang ada. Rujuklah kepada mereka untuk mendapatkan latihan secara persendirian.

11 March 2009
TARIKH-TARIKH PEPERIKSAAN TAHUN 2009
Tarikh Peperiksaan yang dijadualkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) ialah seperti berikut. Linknya:
Semoga sambungan ini akan memudahkan semua pihak sekolah yang tidak mahu mencari di laman LPM

Subscribe to:
Posts (Atom)