PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

10 January 2009

MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN SEKOLAH MENENGAH

Assalamualaikum....

Mulai 12 Januari 2009 terdapat banyak perjumpaan guru-guru mata pelajaran peringkat menengah di daerah ini. Semua pengerusi mata pelajaran diharap dapat menghubungi ketua unit berkaitan untuk mendapatkan makluman terkini tentang jumlah peserta dan berapa jumlah minum petang perlu disediakan.

Saya berharap semua perjalanan mesyuarat panitia adalah baik dan lancar. Jika ada kelapangan saya akan berusaha untuk hadir dalam mesyuarat berkaitan, terutama mesyuarat mata pelajaran berkaitan Teknik dan vokasional. Jika tidak ada ruang saya berharap semua mata pelajaran akan menjalankan mesyuarat tanpa Ketua Unit / penolong PPD Pengurusan Akademik.

Selamat bermesyuarat buat kali pertama.

07 January 2009

RABU, 07 JANUARI 2009

Assalamualaikum.......

Hari ini saya rasa cukup lega apabila dua aktiviti dapat dijalankan dalam satu hari. Sesi pagi saya bersama KUSM, PPD Hulu Selangor berjaya melaksanakan tugas pepantauan (PPSAT) di SMK Syed Mashor, sehingga pukul 1.00 tengah hari.

Selepas itu, mulai pukul 2.00 petang mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah dapat diadakan. Terima kasih kepada semua yang hadir, khasnya kkepada Tuan PPD Hulu Selangor, Tn Hj Suhaimi bin Rashid. Tewrima kasih kepada beliau kerana dapat hadir untuk mempengerusikan mesyuarat pertama tahun 2009 ini.

Kepada semua pengetua dan Penolong Kanan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan komitmen untuk mesyuarat ini.

06 January 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KALI PERTAMA 2009

Assalamualaikum.....

Besok, 07 Januari 2009 akan dijalankan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah di SMK Syed Mashor, Batang Kali, pada pukul 2.00 petang.

Kehadiran mesyuarat melibatkan Tuan PPD, pegawai-pegawai Akademik PPD Hulu Selangor, Pengetua-pengetua dan Penolong Kanan Kurikulum sekolah menengah.

Harap bawa minit mesyuarat yang pernah diedarkan kepada semua sekolah sebelum ini.

Saya akan memulakan tugas harian esok dengan memantau (PPSAT) ke SMK Syed Mashor dari awal pagi persekolahan. Saya bersama KU Sains Matematik akan berada sepanjang pagi 07 Januari 2009 di sekolah. Kami berharap semua guru telah siap sedia. Kami akan berada di SMK Syed Mashor dari pagi hingga ke petang.

Saya berharap semua perkara telah selesai. Oleh kerana sudah memasuki hari ketiga persekolahan, kami berharap proses pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar. Saya amat berharap semua perkara berkaitan dengan akademik seperti Buku Persediaan Mengajar, jadual waktu dan lain-lain telah lengkap.

04 January 2009

AHAD 04 JANUARI 2009

Assalamualaikum.....

Hari ini Ahad, 04 Januari. Saya mula membuat catatan di blog ini pada pukul 7.00 pagi.

Hari ini pasti ada di kalangan guru daerah ini yang masih bercuti di kampung, walau bagaimanapun tentu tuan-tuan akan balik ke daerah ini untuk memulakan sesi persekolahan pertama tahun 2009, pada esok hari. Selamat balik ke Hulu Selangor dan seterusnya ke sekolah pada hari Isnin.

Adik-adik atau anak-anak yang bersekolah, cepatlah tengok keperluan persekolahan jika masih belum disediakan, ada masa satu hari ini lagi.

Bagi SMK Kuala Kubu Bharu, saya berharap semuanya telah tersedia. Saya dijadualkan akan hadir memantau ke sekolah tuan-tuan pada 05 Januari bersama En Aznan bin Kasan, Ketua Unit Sains dan Matematik. Kami berdua akan berada di sekolah tuan-tuan sepanjang satu hari persekolahan. Jumpa besok pagi.

03 January 2009

SABTU 03 JANUARI 2009

Assalamualaikum......

Selamat berjumpa lagi kepada semua yang biasa membaca maklumat di blog ini. Sekolah masih bercuti hingga besok hari bagi kawasan yang akan memulakan persekolahan pada 05 Januari 2009.Walau bagaimana[in pejabat tetap bercuti pada hari ini.

Saya difahamkan masih ada sekolah yang melakukan mesyuarat guru pertama pada hari ini. Selamat bermesyuarat saya ucapkan kepada Pengetua dan guru-=guru SMK Sungai Choh. Semoga selepas mesyuarat ini, tuan-tuan benar-benar bersedia untuk sesi persekolahan pada 05 Januari 2009. Harap semua yang perlu disediakan telah beres, supaya sesiapa sahaja yang bakal hadir pada awal persekolahan akan puas hati.

Selamat bermesyuarat.