Satu mesyuarat berkaitan telah diadakan di Hotel Grand Continental, Langkawai pada 7-9 Mei 2008.
Mesyuarat diuruskan Unit Akademik Menengah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia bersama 2 orang wakil daripada setiap daerah negeri berkaitan.
Saya bersama Pn Hj Hamidah mewakili Hulu Selangor dalam mesyuarat tersebut. Bahagian Sekolah memberi penerangan segala program yang berkaitan dengan Tingkatan 6, Bahasa, Sains Matematik, Teknik & Vokasional, Kemanusiaan dan segala program khas Kementerian Pelajaran.
10 May 2008
07 May 2008
PROGRAM BTPN SELANGOR DI HOLIDAY VILLA SUBANG JAYA
Pada 5 Mei 2008 saya telah menghadiri mesyuarat anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor di Holiday Villa. Mesyuarat yang dibahagikan kepada dua bahagian.
Mesyuarat Pertama:
Mesyuarat bermula 8.30 pagi yang dipengerusikan oleh Tuan Timbalan Pengarah iaitu Tn Hj Bajuri bin Abdullah. Selain perutusan dan ucapan Pengerusi, mesyuarat ini mendengar 2 pembentangan kertas kerja:
1. Isu-isu Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah di Selangor, disampaikan oleh En Mohd Noor Leza b Mansor.
2. Tahap Pencapaian Sekolah Bestari Perdana Selangor Melalui Penilaian Smart School Qualification Standard (SSQS), disampaikan oleh En Khairie bin Sharip.
Mesyuarat Kedua:
Mesyuarat masih dipengerusikan oleh Tn Hj Bajuri bin Abdullah. Terdapat pembentangan 2 kertas laporan:
1. Laporan status pelaksanaan program NILAM peringkat negeri Selangor tahun 2007, oleh Tn Hj Ahmad Dahlan bin Kardi
2. Laporan Status Perjawatan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah negeri Selangor tahun 2008, disampaikan oleh Nik Asma bt Nik Ahmad.
Melalui mesyuarat ini didapati SMK Kuala Kubu Bharu, sekolah Bestari di Hulu Selangor telah diberikan kedudukan 3 bintang oleh BTP. Sekolah ini menduduki kedudukan ke- 6 daripada semua sekolah Bestari yang terdapat di Selangor dan Putrajaya.
Tahniah juga kepada SM Sains hulu Selangor kerana pelajar sekolah ini, Siti Aishah bt Razali telah dianugerahkan sebagai Johan Anugerah NILAM Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.

29 April 2008
PROGRAM PKG KG SOEHARTO
Pada 29 April 2008, saya berkesempatan bersama-sama kumpulan pelajar dan guru-guru PKG Kg Soeharto dalam majlis penutupan program Menjejak Maklumat Peringkat Zon PKG Kg Soeharto.
Tahniah kepada En Azman b Aris Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg Soeharto kerana berjaya melaksanakan program yang berfaedah dan mendatangkan manfaat kepada pelajar.
Saya juga berharap pelajar yang mengikut program ini dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran semasa program ini pada masa akan datang. Kemahiran mendapatkan maklumat adalah penting untuk menjadi pelajar cemerlang pada masa akan datang.

28 April 2008
MESYUARAT GURU CEMERLANG DAERAH HULU SELANGOR KALI PERTAMA 2008
Semua guru cemerlang daerah Hulu Selangor dijemput untuk hadir mesyuarat di PPD Hulu Selangor (Cawangan) / Bilik mesyuarat SK Kuala Kubu Bharu.
Surat mesyuarat ini telah diedarkan. Mesyuarat akan diadakan pada 15 Mei 2008, pukul 2.30 petang.
Terdapat 8 orang guru yang disenaraikan sebagai guru cemerlang yang masih ada di daerah Hulu Selangor.
Selamat bermesyuarat.

PENGUMPULAN DAN PENGEDARAN SOALAN SELARAS KRK DAERAH HULU SELANGOR
Kepada semua sekolah pelaksana KRK daerah Hulu Selangor...................
Pengumpulan soalan selaras pertengahan tahun yang dijadualkan pada 05 Mei 2008 terpaksa diubah kepada 07 Mei 2008 pukul 2.30 petang atas permintaan beberapa orang pengetua sekolah berkaitan. Saya berharap dengan berubahnya tarikh tersebut akan memberi ruang yang lebih baik ke lima-lima sekolah untuk membereskan tugasan mereka.
Sekolah terbabit ialah:
1. SMK Dato Hj Kamaruddin.
2. SMK Syed Mashor.
3. SMK Sungai Choh.
4. SMK Bukit Sentosa.
5. SMK Taman Bunga Raya (1)
Saya berharap apabila sampai masanya pada 07 Mei 2008, semua soalan akan siap sedia. Penolong Kanan Kurikulum dapat hadir ke PPD Hulu Selangor (Cawangan) untuk meneylesaikan pengagihan soalan berkaitan.
Surat untuk tujuan ini telah dikeluarkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)