PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

07 November 2007

MESYUARAT KRK NEGERI SELANGOR

Pada 04-07 November 2007 suatu mesyuarat telah dihadiri oleh Pentyelaras KRK negeri Selangor i Hotel Mandarin Cout di Kuala Lumpur. Semua sekolah yang melaksanakan progran KRK (Kelas Rancangan Khas menghadiri mesyuarat ini. Hulu Selangor diwakili oleh 5 orang penyelaras daripada 5 buah sekolah iaitu:

1. SMK Dato Hj Kamaruddin.
2. SMK Syed Mashor.
3. SMK Sungai Choh
4. SMK Bukit Sentosa.
5. SMK Taman Bunga Raya (1).

Semoga pengurusan Kelas KRK di kelima-liama buah sekolah ini akan berjalan dengan nlancar. Pelajar yang menyertai KRK adalah murid-murid yang cemerelang dalam UPSR tetrapi tidak mempunyai peluang untuk menyertai Sekolah Bantuan Penuh (SBP). Mungkin juga mereka tidak mahu tinggal di asrama penuh. Program KRK akan memastikan mereka berjaya mengikuti kelas yang cemerlang tanpa pergi ke SBP.

03 November 2007

KURSUS ICTL MENENGAH PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR 2007

Kursus peringkat daerah Hulu Selangor akan dijalankan pada 13-15 November 2007, di SMK Kuala Kubu Bharu.

Surat panggilan telah dikeluarkan. Semoga semua sekolah menengah menghantar 2 orang guru bagi kursus berkaitan. Peserta yang hadir pastikan membawa perkara berikut:
1. Laptop yang mempunyai wifi.
2. Wayer sambungan.
3. Buku panduan ICTL yang telah diedarkan kepada semua sekolah.
4. Gambar-gambar dalam bentuk solf copy iaitu:
gambar lencana sekolah dan gambar bangunan sekolah masing-masing.

Semoga semua sekolah menghantar guru masing=masing. Jika ada sekolah ingin menghantar lebih daripada 2 orang harap hubungi saya terlebih dahulu.


02 November 2007

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH BENGKEL KHB CEMERLANG NEGERI SELANGOR

Pada 01 Oktober 2007 Majlis ini dijalankan di SMK Bandar Baru Sungai Long, Hulu Langat. Majlis ini dirasmi dan disumpurnakan oleh Pn Hanim bt Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Selangor.

Seminar Mata Pelajaran Teknik & Vokasional dijalankan pada sebelah paginya. Selepas itu Ketua Sektor dan hadiran dibawa melawat semua bengkel yang terdapat di sekolah ini.

Keputusan Anugerah 2007.

KHB Kemahiran Teknikal:
1. SMK Bandar Utama (Petaling)
2. SMK Bagan Terap (Sabak Bernam)
3. SMK Persekutuan Kajang (Hulu Langat)

KHB ERT:
1. SMK Bagan Terap (Sabak Bernam)
2. SMK Bandar Rinching (Hulu Langat)
3. SMK Seksyen 24(2) (Petaling)

KHB Pertanian:
1. SMK Cheras Jaya (Hulu Langat)
2. SMK Tiram Jaya (Kuala Selangor)
3. SMK Telok Gadong (Kelang)

Keseluruhan:
1. SMK Bandar Baru Sg Long (Hulu Langat)
2. SMK Subang (Petaling)
3. SMK jugra (Kuala Langat)

Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya mengecapi anugerah tahun ini. Daerah Hulu Selangor hanya mendapat hadiah sagu hati sahaja untuk semua kategori. Semoga ini dapat dijadikan pendorong. Wakil sekolah Hu;u Selangor yang hadir sudah pasti dapat melihat contoh sekolah yang terbaik semasa majlis ini. Sekolah yang mendapat anugerah boleh juga dijadikan penanda aras. Lawatilah sekolah tersebut.

Walau bagaimanapun tahniah juga kepada SMK Kg Soeharto (KHB Pertanian) dan SMK Bukit Sentosa (KHB KT, KHB ERT dan Keseluruhan). Semoga semua sekolah daerah Hulu Selangor akan bertambah baik dalam pengurusan bengkel KHB.

01 November 2007

KURSUS JURULATIH ICTL SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

Jurulatih ICTL sekolah rendah menjalani kurus di Cherating pada 31 Oktober - 3 November 2007. Jika JU sekolah menengah berada di Impiana, mereka pula berada di Sentuary Cherating. Pada 31 Oktober 2007, Semua KUTV yang berada di Impiana sempat berkunjung ke Sentuary pada waktu malamnya. KUTV sempat berjumpa Jurulatih. Hulu Selangor diwakili oleh 7 orang dan ditambah dengan 2 orang fasilitator iaitu Jurulatih Kebangsaan dan Jurulatih negeri.

KUTV sempat berjumpa dengan mereka sebelum balik atau ke Hulu langat kerana 01 November 2007 terdapat Seminat Teknik dan Vokasional negeri Selangor di SMK Sungai Long.

Pukul 11.00 malam KUTV terus bergerak ke Hulu Langat. KUTV sampai di Hulu Langat pada pukul 03.00 pagi.

Selamat berkursus kepada semua Jurulatih ICTL yang berada di Cerating.

31 October 2007

KURSUS APLIKASI ICT UNTUK JURULATIH ICTL NEGERI SELANGOR

Kursus ini dijalankan di Impiana Cherating pada 30.10. hingga 02.11.2007. Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Hjh. Hanim bt Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Selangor.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan kata-kata aluan daripada Ketua Jurulatih ICTL.
En Abd Razk bin Taib (Penyelia Bidang Kurikulum ICT dan Pengkomputeran)memulakan ucapan. Mengalu-ngalukan kehadiran Ketua Sektor dan kepada semua peserta.

Setiap daerah diwakili 4 orang peserta (Jurulatih).Jurulatih ICTL terdapat juga menjadi Jurulatih Aplikasi ICT.
En Abd Razak menerangkan bahawa Aplikasi ICT akan menjangkau 6 ribu orang. Pada masa yang sama kursus memanfaatkan schoolnet pada 20-21 November 2007. Untuk murid-murid akan dijalankan pada minggu hadapan. ICTL menengah akan dijalankan untuk 2 orang setiap sekolah. Telah dicadangkan tarikhnya 13-14 November 2007. ICTL sekolah rendah memulakan kursus 31.10 hingga 03.11.2007 di Sentuary, Cherating.

Ucapan Puan Hanim (Ketua Sektor Pengurusan Akademik)
Tahniah kerana pengerusi memulakan majlis dengan pantun. Walaupun musim hari raya masih ada peserta telah diminta hadir ke sini. Setiap kita perlu selesaikan visi yang perlu diselesaikan pada tahun ini juga. Dalam masa tersingkat ini hendaklah laksana sebelum SPM.

Ketua Sektor mencadangkan supaya gunakan Bahasa Inggeris lebih supaya selari dengan rancangan Kementerian Pelajaran dalam program ini. Guru yang menjadi Jurulatih masih muda dan diyakini untuk melaksanakan program ini. Harap lihat semula buat perancangan tahun hadapan kerana banyak kursus yang telah dibuat. Buat kajian terhadap ICT di daerah dan negeri.

Ucapan terima kasih kepada Jurulatih yang dikendali.Peserta dicadangkan supaya menyediakan minit curai dan diserahkan kepada Pengetua supaya mereka lebih faham dengan tugas yang dijalan dan akan dilaksanakan selepas ini. Majlis ini dirasmikan dengan ucapan Bismillahirrahmanir rahim.