PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

30 May 2007

TAKLIMAT PBS PMR KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

Semua Ketua Pentaksir peringkat sekolah PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) KHB Kemahiran Teknikal negeri Selangor telah diberi taklimat oleh Penilai Negeri dan Unit Peperiksaan JPN di Hotel Crytal Crown, Petaling Jaya pada 29-30 Mei 2007.

Hulu Selangor telah diwakili oleh:
  1. Zarina bt Musa (SMK Syed Mashor) Pentaksir Kawasan.
  2. Noryati bt Mohamad Ramzan (SMK Dato Hj Kamaruddin)
  3. Sarinab bt Ahmad (SMK Ampang Pecah)
  4. Shoib b Saddin (SMK Gedangsa)
  5. Zuraini bt Hj Md Radzi (SMK Bukit Sentosa)
  6. Khairun Nizam b Zafri (SM Sains Hulu Selangor)
  7. Asmariwati bt Bokhari (SMK BB Btg Kali)
  8. Noradhiah bt Osman (SMK BB Btg Kali)
  9. Ismail b Salleh (SMK Ampang Pecah)
  10. Norzaidah bt Abd Ghani (SMK Bdr Sg Buaya)
  11. Zasmani bt Mohd Nor (SMK Tmn Bunga Raya)
  12. Suzaini bt Salleh (SMK Serendah)

Sekolah yang tidak mempunyai wakil ialah

  1. SMK Kuala Kubu Bharu
  2. SMK Kg Soeharto
  3. SAM Tinggi Kuala Kubu Bharu
  4. Maktab Rendah Sains Mara

Sekolah yang tidak menawarkan subjek ini ialah:

  1. SMK Sg Choh
  2. SAM Sg Selisek.

Semoga sekolah yang tidak mempunyai wakil dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Boleh rujuk dengan pentaksir kawasan di daerah Hulu Selangor. Pada tahun ini akan ada penyetaraan markah yang diberi oleh pentaksir sekolah dengan pihak pentaksir kawasan dan pentaksir negeri.

30.05.2007

27 May 2007

SELAMAT HARI GURU 2007

Assalamualaikum semua...

Kali terakhir KUTV masuk keBlog ini ialah pada awal Mei 2007 yang lalu. Internet KUTV menghadapi masalah, kerana disambar petir.

Pada tempoh berkaitan KUTV juga terlalu sibok menghadiri mesyuarat dan menjadi urusetia kursus. Alhamdulillah, talian internet telah pulih semula mulai 27 Mei 2007.

KUTV akan cuba update maklumat melalui blog ini semula. Minta maaf banyak kepada semua.

KUTVPPDHS
27.05.2007
10 Jamadilawal 1428.

02 May 2007

link blog penyelaras makmal komputer dan ict

BULAN MEI 2007 TELAH MENJELANG. HANYA TERDAPAT 4 BLOG YANG MENYERTAI KUTVPPDHS.

  1. BLOG PKG KALUMPANG
  2. BLOG SK KUALA KUBU BHARU
  3. BLOG SMK KUALA KUBU BHARU
  4. BLOG SMK SYED MASHOR

SEMOGA BULAN YANG MENDATANG KEAHLIAN AKAN BERTAMBAH UNTUK MEMERIAHKAN PROJEK PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER DAN ICT INI. SEMOGA YANG LAIN AKAN SEGERA SIAPKAN BLOG MASING-MASING.

KUTVPPDHS/02.05.2006

29 April 2007

BLOG SMK SYED MASHOR

Selamat datang ke blog penyelaras makmal computer SMK Syed Mashor. Blog ini adalah blog keempat disambungkan dengan blog KUTVPPDHS, merupakan blog ke-3 kalangan penyelaras makmal komputer.

Tahniah kepada penyelaras makmal computer SMK Syed Mashor, En Law kerana kejayaan ini. tuan-tuan dan puan-puan dipelawa hadir di blog ini dengan memasuki ruangan sidebar (sebelah kanan), warna biru, ruangan khas untuk penyelaras makmal komputer dan ict. Blog ini boleh dicapai terus dengan menggunakan alamat:
http://smksm.blogspot.com

Semoga lebih ramai akan menyertai KUTV dalam projek blog penyelaras makmal komputer ini.

Disediakan oleh
KUTVPPDHS
29.04.2007
11 Rabiulskhir 1428

27 April 2007

BLOG SMKKKB

BLOG PENYELARAS BESTARI SMKKKB

Selamat datang ke blog penyelaras bestari smk kkb. Blog ini adalah blog ketiga disambungkan dengan blog KUTVPPDHS, merupakan blog ke-2 kalangan penyelaras makmal komputer.

Tahniah kepada penyelaras bestari smkkkb, Tn Syed Hassan kerana kejayaan ini. tuan-tuan dan puan-puan dipelawa hadir di blog ini dengan memasuki ruangan sidebar (sebelah kanan), warna biru, ruangan khas untuk penyelaras makmal komputer dan ict. Blog ini boleh dicapai terus dengan menggunakan alamat: http://smkkkb.blogspot.com

Semoga lebih ramai akan menyertai KUTV dalam projek blog penyelaras makmal komputer ini.

Disediakan oleh:
KUTVPPDHS
27.04.2007
09 Rabiulakhir 1428.