PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

12 April 2007

hari anugerah perkhidmatan cemerlang

Pada 11 April 2007, suatu majlis telah diadakan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu. Maslis bermula pada pukul 02.00 petang. Sisil APC ini disampaikan oleh Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Kaya Daerah Hulu Selangor.

KUTV ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dianugerahkan APC pada hari berkaitan, terutama kepada guru-guru yang tidak sempat KUTV mengucapkan secara terus. Ini adalah majlis yang jarang KUTV dapat bersama sejak dahulu kerana sentiasa ada tugas rasmi diluar.

Jadikanlah APC ini sebagai pencetus untuk kita berkhidmat lebih baik dan cemerlang. harapan KUTV, semoga kecemerlangan tidak terhenti selepas mendapat pengiktirafan secara rasmi ini. Banyak perkara yang masih boleh dituntut. Percayalah pasti ramai rakan guru yang lain ingin mengecapi APC itu, tetapi mungkin rezeki masih belum ada pada mereka. InsayaAllah pada tahun yang akan datang giliran mereka pula.

KUTV sempat merakamkan beberapa gambar di majlis tersebut. Jika tuan-tuan ingin melihatnya bolehlah cari di dalam blog KUTV ini. carilah pada link(sidebar) sebelah kanan bewarna biru, atau terus ke laman berikut:

http://www.esnips.com/web/kutvppdhs

Di sini hanya terdapat beberapa keping gambar, jika ngin lebih banyak sila masuk ke:
http://s162.photobucket.com/albums/t246/rorokiza

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
12.04.2007
24 Rabiulawal 1428.

10 April 2007

program i-board

Pemantauan dan taklimat program rintis "i-board".

Semua KUTV daerah di negeri Selangor bermesyuarat di SMK Bukit Changgang, Kuala Langat pada 10 April 2007.

Semua yang hadir memantau dan menyaksikan pengajaran & pembelajaran guru Biologi dan Fizik mengajar menggunakan i-board. Sekolah ini adalah sebagai sekolah rintis yang menggunakan kemudahan ini.

Teknologi terkini ini nampak cukup canggih, malah memudahkan guru. Murid sendiri lebih mudah dan belajar dengan menyeronokkan.

Selepas itu wakil syarikat yang menjalankan rintis ini menunjukkan secara detail bagaimana kemudahan ini berfungsi. Sekolah ini adalah sekolah pelaksana MPV iaitu Katering dan Penyajian dan juga Seni Reka Tanda.

Bersama ini disediakan gambar-gambar yang diambil sepanjang KUTV berada di SMK Bukit Changgang. Gambar semasa menunggu kehadiran Ketua Sektor Pengurusan akademik, semasa dalam kelas Biologi dan Fizik,dan semasa makan di restoren MPV Katering dan Penyajian.

http://s162.photobucket.com/albums/t246/rorokiza

Jika perlukan lebih banyak gambar, boleh muat turun dari:
http://www.mediamax.com/kutvppdusel

Jika terlupa alamat di atas, tuan-tuan boleh klik pada link yang terdapat pada sidebar (warna biru sebelah kanan).

Semoga sekolah lain akan dapat kemudahan ini jika kementerian bercadang untuk meluaskan penggunaannya di sekolah-sekolah lain.

Semua KUTV ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah, SMK Bukit Changgang, PPD Kuala Langat dan JPNS kerana memberi peluang kepada KUTV untuk memantau penggunaan peralatan ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
10.04.2007
22 Rabiulawal 1428.

09 April 2007

SENARAI NAMA MURID GALUS

SEGERA

PERHATIAN KHUSUS BAGI SEMUA SEKOLAH KEBANGSAAN, (30 BUAH SEKOLAH) SEMUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HARIAN (13 BUAH SEKOLAH) DAN 02 BUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA.

Sekolah Kebangsaan dikehendaki menyenaraikan nama murid yang tahap ujian / peperiksaan yang berada pada tahap GALUS, bagi murid tahun 6 (murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini)

Sekolah menengah dikehendaki menyenaraikan nama murid GALUS peringkat tingkatan 5 (SPM 2007). Subjek yang diutamakan B Inggeris, Sains,dan Matematik

Senarai nama perlu dihantar ke PPD ( cawangan) fak segera ke 03-60641818. Senarai ini mesti sampai ke PPD Cawangan selewat-lewatnya 04.00 petang ( Selasa ). boleh ditujukan kepada KUTV PPDHS.

SENARAI INI AMAT PENTING.

Disediakan oleh:
KUTVPPDHS
09.04.2007
21 Rabiulawal 1428

perpindahan tempat bengkel ekonomi asas

PENGUMUMAN PENTING:

Program "Bengkel Ekonomi Asas" yang sepatutnya berlangsung di SMK Syed Mashor, Batang Kali terpaksa dipindahkan ke tempat lain. Oleh kerana masalah teknikal program ini akan dilaksanakan di SMK Kuala Kubu Bharu. Tarikh dan masa masih lagi sama seperti ketetapan awal.

KUTV minta maaf kerana tidak dapat mengelakkan masalah ini daripada berlaku. Semoga masalah ini akan wujudnya semangat yang tinggi pada semua yang terlibat. Jika ada masalah sila hubungi KUTV PPDHS segera.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
09.04.2007
21 Rabiulawal 1428.

08 April 2007

bulan april sebagai bulan ict dan pembestarian untuk pipp

Telah diumumkan dalam bulan April ini akan menjadi bulan program ICT di peringkat KPM. Ini sebagai menyokong teras dalam pipp khususnya dalam merapatkan jurang pendidikan, khasnya jurang digital.

Bersama ini disertakan bahan bacaan tentang:
  • Pembestarian sekolah, boleh dilihat bahan yang ditulis oleh Bahagian Teknologi Pendidikan:

http://www.esnips.com/doc/38d4b4a1-3173-4454-b18d-6f0dc3117f90/bestari

  • Rencana ICT yang tertera dalam akhbar tempatan pada April 2007.

http://www.esnips.com/doc/181ba9ea-c667-485a-848f-ee958fdebc8b/RENCANA-ICT-04

Semoga bahan ini memudahkan semua rakan guru mencari bahan berkaitan ICT dan pembestarian sekolah.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS

08.04.2007/ 20 Rabiulawal 1428.