Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua 14 orang Guru Besar sekolah yang telah hadir dalam perjumpaan khas antara PPDHS dengan pemimpin / pentadbir sekolah. Tuan PPD Hulu Selangor tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat yang lebih penting pada hari ini: 17 Januari 2008.
Saya telah mengambil alih tugas pengerusi mesyuarat atau perjumpaan tersebut. Semua guru besar yang hadir sempat membentangkan masalah , analisi peperiksaan UPSR sekolah masing-masing dan membentangkan usaha atau langkah yang akan dilaksanakan pada tahun 2008.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana tuan-tuan dan puan-puan sudi berkongsi maklumat dengan PPD dan sekolah lain dalam usaha meningkatkan prestasi daerah keseluruhannya. Saya berharap UPSR 2008 peringkat daerah ini akan bertambah baik.
Marilah kita berusaha bersama-sama. Semua guru yang terlibat diharap dapat menyokong semua usaha guru besar sekolah masing untuk melaksanakan program peringkat sekolah.
Sekian. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment