PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

09 December 2006

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Tahniah kepada Pengetua-pengetua dan Guru besar yang telah didedahkan dengan KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL pada tahun 2006.

Pihak Kementerian Pelajaran telah berusaha menyebarluaskan konsep Kepimpinan ini kepada semua pengetua dan guru besar. Terima kasih dan tahniah kepada pihak kementerian yang berusaha menukar cara bertindak dan berfikir pentadbir atau pemimpin di sekolah.

Pendidikan adalah sektor paling penting di Malaysia. Oleh itu amat penting untuk memastikan pendidikan negara kita mampu melahirkan warga negara yang mampu bersaing pada masa akan datang dalam apa-apa hal juga pun. Kepimpinan di sekolah memang dituntut untuk memastikan mereka benar-benar memberikan perhatian dalam pengajaran & pembelajaran. Tumpuan pada aspek inilah yang akan benar-benar meletakkan pemimpin di sekolah sebagai pemimpin instruksional.

Semua pengetua dan guru besar daerah Hulu Selangor telah mendapat pendedahan dalam hal ini. Pengetua dan guru besar rasanya mampu untuk memastikan segala yang perlu dan yang dituntut untuk dilaksanakan. Marilah kita sama-sama memastikan semua guru daerah ini mendapat pendedahan dalam hal ini. Guru-guru yang menjalankan tugas dan tanggung jawab sebagai pengajar dalam kelas sudah pasti menjadi individu penting.

Jika guru-guru tidak mahu memberikan kerjasama dan bertugas dengan penuh didikasi dalam melaksanakan segala tuntutan, kita bimbang hasrat murni yang ada tidak akan tercapai. Kepimpinan pengetua dan guru besar yang benar-benar memahami mereka selaku pemimpin instruksional, amat dituntut untuk membawa dan memacu sekolah ke arah pendidikan yang sebenarnya.

Kita berharap tidak ada lagi pemimpin instruksional melakukan tugas lain lebih banyak peratusannya daripada tugas yang berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran. Walaupun mereka perlu melaksanakan tugas lain tetapi berikanlah perhatian yang lebih kepada aspek pengajaran & pembelajaran.

Marilah kita sebagai warga pendidik, bergerak bersama-sama memastikan apa-apa sahaja yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilaksanakan. Setiap orang kita yang bergelar guru pasti mahu melihat anak didik kita berjaya dan mampu mengharung hidup mereka selepas alam persekolahan dengan ilmu dan kemahiran yang dapat mengatasi segala rintangan dan halangan hidup.

Semoga segala perkara berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran akan diuruskan dengan baik oleh semua warga pendidik. Kita berharap pendidikan di daerah Hulu Selangor akan makin meningkat dalam segala aspek terutamanya yang berkaitan dalam pengajaran & pembelajaran.

Hasil catatan:
KUTV PPDHS
09.12.2006.

No comments: