PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 March 2017

Salam sejahtera. kali ini saya ingin cerita sedikit aktiviti harain saya Biasanyanya saya menebas dan meracun mana mana yang perlu di sekitar rumah saya? jika ada kesempatan saya cuba menanm sayur sikit sikit dalam pasu mana yang kesempatan. Asa ketika tertentu saya kan berjalan kaki keliling taman  Pesara bersam anak anak atau isteri saya. begitulah lebih kurang. Assalam MUalaikum. semoga jumpa lagi.
Minta maaf kerana tidak sempat buang pos pos lama dalam blog ini.Anggaplah tidak ada dalam blog ini lagi. sudah Tidak berkaitan lagi > Amin

MAKLUMAT UNIT PEPERIKSAAN

MAKLUMAT LAMA YANG BELUM DIPOSKAN LAGI

Unit Peperiksaan menguruskan semua yang berkaitan dengan peperiksaan Awam dan peperiksaan PTK Guru. Namun bagi yang ingin mendudki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian, berikut adalah makluman yang penting.

Peperiksaan SPM November:
Peperiksaan ini diadakan dalam bulan November. Mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon persendirian seperti berikut:






  1. 1103 - Bahasa Melayu (RM12.00)



  2. 1119 - Bahasa Inggeris (RM20.50)



  3. 1223 - Pendidikan Islam (RM10.50)



  4. 1225 - Pendidikan Moral (RM10.50)



  5. 1249 - Sejarah (RM10.50)



  6. 1449 - Matematik (RM10.50)



  7. 1511 - Sains (RM12.00))



  8. 2205 - Literature in English (RM10.50)



  9. 2215 - Kesusasteraan Melayu (RM10.50)



  10. 2280 - Geografi (RM10.50)



  11. 2361 - Bahasa Arab Tinggi (RM10.50)



  12. 2611 - Pendidikan Seni Visual (RM12.00)



  13. 3472 - Matematik Tambahan (10.50)



  14. 3755 - Perdagangan (RM10.50)



  15. 3756 - Prinsip Perakaunan (RM10.50)



  16. 3757 - Ekonomi Asas (RM10.50)



  17. 3759 - Lukisan Kejuruteraan (RM10.50)



  18. 4531 - Kimia (RM12.00)



  19. 4541 - Fizik (RM12.00)



  20. 4551 - Biologi (RM12.00)



  21. 4561 - Sains Tambahan (RM12.00)



  22. 4571 - Pengetahuan Sains Sukan (RM10.50)



  23. 5226 - Tasawwur Islam (RM10.50)



  24. 5227 - Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah (RM10.50)



  25. 5228 - Pendidikan Syariah Islamiah (RM10.50)



  26. 6351 - Bahasa Cina (RM10.50)



  27. 6354 - Bahasa Tamil (RM10.50)



  28. 6355 - English for Science and Technology (RM10.50)



  29. 6362 - Bahasa Arab (Komunikasi)



  30. 9216 - Kesusasteraan Cina (RM10.50)



  31. 9217 - Kesusasteraan Tamil (RM10.50)



  32. 9221 - Bible Knowledge (RM210.50)



  33. 9302 - Bahasa Peranchis (RM10.50)



  34. 9378 - Bahasa Punjabi (RM10.50)



Mata Pelajaran bewarna merah adalah mata pelajaran dengan komponen kerja kursus. Calon perlu mendapat tajaan sebelum mendaftar mata pelajaran tersebut.



Bagaimana untuk mendaftar?



Barang pendaftaran, buku peraturan dan panduan peperiksaan SPM untuk mengambil peperiksaan ini boleh diperoleh di Jabatan Pelajaran Negeri. Tarikh pendaftaran akan diumumkan melalui akhbar-akhbar tempatan. Calon perlu mengemukakan borang pendaftaran sebelum tarikh tutup pendaftaran.



Apakah syarat-pendaftaran?



Mereka yang pernah menduduki PMR sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun sebelum mendaftar untuk SPM atau yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPM/MCE/SC/FMC atau yang telah mencapai umur 19 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan semasa.



Syarat Pemilihan mata pelajaran.



Calon yang mengambil peperiksaan SPM kali pertama wajib mendaftar mata pelajaran berikut:



1103 - Bahasa Melayu



1119 - Bahasa Inggeris



1223 - Pendidikan Islam atau



1225 - Pendidikan Moral



1249 - Sejarah



1449 - Matematik



1511 - Sains



Calon juga boleh menambah mata pelajaran lain yang ditawarkan tertakluk kepada syarat syarat mata pelajaran berkenaan. Calon yang mempunyai sijil SPM/SPMV/MCE/PMC boleh memilih mana-mana mata pelajaran yang ditawarkan tertakluk kepada syarat

KURSUS PERANCANGAN PEMBANGUNAN SEKOLAH

AKLUMAT LAMA YANG BELUM DIPOSKAN LAGI

Assalamulaikum


Kursus untuk program Sekolah Gandingan ini dianjurkan oleh IAB pada 30.11.2008 hingga 05.12.2008 di Hotel Impian.


Pada hari pertama kursus diuruskan oleh En Abdullah bin Seman. Dalam sehari beberapa input tentang penyediaan perancangan strategik.


Pada hari kedua Dr Hairuddin Mohd Ali turut sama mendengar pembentangan tentang perancangan SMK Dato Hj Kamaruddin.


Pada sesi pertama hari kedua, Pn Mazmin bt Mohd membentangkan Visi dan Misi yang dicadangkan. Dicadangkan;


Visi: SMK Dato Hj Kamaruddin Gemilang 2012.

Misi: Membangunkan Modal Insan Gemilang Melalui Amalan Perkhidmatan Berkualiti.

Menunjukkan Carta Organisasi. Menerangkan sejarah sekolah, kemudahan fizikal dan lain-lain lagi.



salam sejahtera pada semua, Alhamdulillah, berjaya masuk semula dalam blog saya ini selepas lama mencuba, bertahun tahun dan berhari hari cuba masuk dalam sesawang ini. Baru hari ini berjaya,
Saya berhasrat menulis  semuala.Saya telah mula bersara mulai 10 Januari 2017 baru baru ini, Ada banyak masa kot untuk menulis.
Selepas bersara saya hanya hidup berehat banyak di rumah sahaja. Sekali sekala sahaja keluar rumah pergi ke kedai bersama isteri saya yang juga telah bersara mulai 29 Januari 2017.Banyak masa dihabiskan berdua sahaja di rumah. Anak anak 5 orang berada di luar bekerja dan mssih belajar, Hanya seorang yang duduk di rumah tapi juga telah bekerja di Perodua Sg Choh Rawang Selangor. Baru baru ini kami 4 orang iaitu saya. isteri dan 2 orang anak saya sempat berkunjung ke Sabah kerada kenduri kahwin kawan anak saya di Kota Kinabalu, Semasa di Sabah kami sempat jalan jalan jalan ke Kundasang bermalam di sana selama 2 malam . Selesai dari itu kami pun bertolak balik ke rumah diambil oleh anak lelaki sulung di airport KLIA2. Begitulah sedikit pengenalan semula saya disini . Semoga berjumpa lagi selepas ini...

15 April 2009

KARNIVAL SENI VISUAL

Assalamualaikum...

Pada 15.04.2009, pukul 11.00 pagi saya sempat menghadiri majlis Karnival Seni Visual yang bertajuk "Sehari Bersama Alam Seni Catan". Saya sempat memberikan ucapan perasmian penutup.

Tahniah diucapkan kepada SMK Ampang Pecah, kerana berjaya menganjurkan program bersama Unit Sains Kemanusiaan PPD Hulu Selangor. Terima kasih kepada semua Profesor dan Dr dari UPSI yang sama-sama terlibat dalam menjayakan program sehari ini. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana dan guru-guru sekolah yang turut terlibat. Sudah pasti tidak lupa terima kasih kepada semua murid yang hadir untuk menjayakan program ini.

Saya berharap mata pelajaran seni tidak akan menjadi subjek pinggiran kepada para murid di sekolah. Seni Visual seperti "Catan" ini amat diperlukan dalam mengimbangi ilmu lain yang diperolehi oleh murid-murid dalam proses menerima ilmu di sekolah.