PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK
13 July 2007
LAPORAN PERTAMA PIPP KPM JUN 2007
http://www.moe.gov.my/pipp2006
Semoga sambungan ini mendatangkan manfaat kepada semua warga pendidikan khasnya di Hulu Selangor.
KUTV PPDHS
08 July 2007
PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER DI CORAL BAY

GROUP ICT DAN PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER DAERAH HULU SELANGOR
Send email to this group: mak-komp-ict-hs@googlegroups.com
Hanya mereka yang telah dimasukkan menjadi ahli atau menerima jemputan menjadi ahli dan mengesahkan penerimaan menjadi ahli, boleh menggunakan alamat email ini. Jika tidak kiriman email anda akan ditolok oleh group ini.
Alamat group ini bagi penyelaras makmal komputer dan ict yang telah dimasukkan ke dalam group ini. Jika tiada anda tidak boleh menggunakannya. Sila hantar alamat email masing-masing kepada kutvppdhs, dan jangan lupa beri tahu bahawa email itu tidak menjadi mana-mana ahli group yang lain. Jika telah menjadi ahli group lain anda perlu beritahu terus terang supaya pihak gooogle tidak menghalang kerja saya memasukkan alamat tuan ke dalam group ini. Sebenarnya haya ini sahaja alamat yang boleh saya masukkan kerana google telah menolak proses memasukkan alamat email, seterusnya kerana terdapat di antara anda alamat emailnya telah menjadi ahli kumpulan lain.
Ahli yang telah menjadi ahli dengan syarat telah boleh membaca email daripada KUTV ialah beberapa orang penyelaras atau penolong penyelaras seperti berikut:
1. sk tun abd razak
2. sk batang kali
3. sjk c btg kali
4. sk serendah
5. sk tmn bunga raya
6. sk bdr baru btg kali
7. sk kg kuantan
8. sk sg tengi
9. sk bukit beruntug
10. sk sg choh
11. sk hulu bernam
12. sk kkb
13. sk gesir tengah
14. sk bukit beruntung
15. sk bdr sg buaya
16. sk serif ajar
17. sk sg buaya
18. sk lembah beringin
19. smk serendah
20. smk tmb bunga raya
21. smk gedangsa
22. smk bukit sentosa
Jika anda tidak menerima mesej daripada KUTV melalui email ini bererti alamat email anda tidak betul atau telah ditolak oleh goggle. Sila berikan alamat email yang betul untuk dimasukkan semula.
Rakan-rakan yang lain boleh tinggalkan pesanan, alamat email masing-masing pada blog ini. Saya akan cuba memasukkan anda menjadi ahli group.
Jangan lupa sediakan blog ict/penyelaras makmal komputer. Hantarkan alamat blog masing-masing kepada KUTV supaya projek kita akan berjalan dengan baik.
KUTVPPDHS
08.07.2007
02 July 2007
01 July 2007
KUMPULAN KECEMERLANGAN SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR
Kumpulan yang diwujudkan adalah bagi mewujudkan AJK bagi meningkatkan sekolah rendah yang mempunyai masalah dan sumber murid yang hampir sama. Kumpulan itu terdiri daripada:
- Kumpulan 9 buah sekolah SJK Cina.
- Kumpulan 9 buah sekolah SJK Tamil.
- Kumpulan 15 buah sekolah kebangsaan murid ramai.
- Kumpulan 15 buah sekolah kebangsaan murid sedikit.
Empat kumpulan sekolah-sekolah ini telah mengambil peluang semasa kursus PIPP untuk menubuhkan AJK setiap kumpulan. Kumpulan ini akan merancang aktiviti yang boleh dijalankan oleh sekolah ahli kumpulan masing-masing; progran kurikulum, sahsiah, kokurikulum dan pentadbiran.
Untuk masa terdekat, Tn PPD berhajat untuk mengadakan mesyuarat JK Kurikulum daerah kali ke-2 s007 dalam bulan Julai. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan kumpulan dalam mesyuarat pertama di Genting View yang lalu. Tumpuan pembentangan pertama adalah untuk program kurikulum.
Semoga semua Pengerusi kumpulan-kumpulan ini dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Pada mesyuarat kurikulum akan datang mungkin kita boleh mendengar cadangan aktiviti/program yang menarik dan dapat memberi manfaat kepada setiap sekolah dalam kumpulan masing-masing.
Alangkah baiknya pembentangan program atau aktiviti setiap kumpulan dibuat dalam pendekatan ICT, menggunakan power point.
KUTV berharap berbincangan tempoh hari akan menghasilkan sesuatu yang istimewa pagi program kurikulum di daerah Hulu Selangor.
KUTVPPDHS/01.07.2007.